Pages

Tuesday, 31 July 2012

UFO di Malaysia???

Kami ingin tahu apa pendapat anda berkenaan objek yang ditunjukkan di dalam rakaman ini. Adakah ianya benar-benar UFO atau sekadar alat permainan yang berfungsi sebagai layang-layang atau helikopter kawalan jauh dihiasi lampu LED???



Mungkinkah 3 objek yang kelihatan di dalam rakaman ini merupakan pesawat perisik dari negara lain? Kami mengalu-alukan komen serta penjelasan mengikut teori anda sendiri. 

 

Monday, 30 July 2012

FOMALHAUT -- Sistem Suria Makhluk Asing


FOMALHAUT - Sistem Suria 25 tahun cahaya daripada BUMI



ALMA (Atacama Large Milimeter/submilimeter Array) sejenis teleskop radio telah digunakan oleh para pengkaji angkasa untuk mengkaji sebuah planet yang mengorbit bintang "Fomalhaut". 

"Planet yang mengorbit bintang Formalhaut adalah lebih kecil daripada jangkaan" ujar pengkaji.

Imej cakera yang sangat jelas, cincin dan debu terletak 25 TAHUN CAHAYA daripada BUMI diperoleh daripada teleskop ALMA. Penemuan ini telah membantu menyelesaikan kontroversi dikalangan pengkaji sebelum ini.

"Imej ALMA menunjukkan sisi dalam & luar cakera yang nipis dan berhabuk ini mempunyai sisi yang sangat tajam. Penemuan ini telah diuji dengan simulasi komputer dan para saintis telah bersepakat menyatakan partikel habuk didalam ruangan cakera sentiasa berada didalam ruangannya dengan tarikan graviti daripada 2 BUAH PLANET - satu berhampiran dengan bintang dan satu lagi pada jarak yang lebih jauh..." ujar para pengkaji angkasa membuat kesimpulan terhadap penemuan mereka berkenaan bintang 'Fomalhaut' ini.

Adakah bintang ini mempunyai makhluk yang bertamadun seperti kita? Mungkin mereka LEBIH maju dan mempunyai sifat KASIH SAYANG yang tinggi berbanding dengan MANUSIA di muka bumi ini!

Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

- Dailygalaxy.com

Sunday, 29 July 2012

TAFSIR MIMPI : Ombak Laut


Ombak Simbol Kepada POTENSI & KUASA Diri


Secara amnya ombak adalah lambang kepada pembaharuan dan pencerahan didalam hidup anda. Anda berhadapan dengan situasi dimana anda perlu membuat keputusan didalam hidup. Sekiranya anda sedang berada didalam alunan ombak, bermakna anda sedang mengawal emosi. Ombak simbol kepada POTENSI & KUASA didalam diri anda.

MENDENGAR ombak didalam mimpi bermaksud KETENANGAN. Jika anda terperangkap didalam ombak dengan perasaan TAKUT(Negatif) bermakna anda sedang mengalami masalah emosi yang perlu anda ambil perhatian. Anda berkemungkinan sedang dilanda KEMURUNGAN atau apa sahaja EMOSI yang negatif yang anda pendam selama ini. Anda berkemungkinan memendam kesedihan terlalu lama didalam diri yang anda takut untuk luahkan.

Bermain Dengan Alunan Ombak : Kawalan Emosi


Pada sudut yang POSITIF, ombak membawa maksud perubahan kepada tabiat atau sikap yang LEBIH BAIK. Sekiranya anda sedang dibawa oleh ombak dan anda MENIKMATINYA bermaksud anda SEDIA untuk membuat sesuatu perubahan didalam hidup anda.

Ombak yang BAHAYA dan GANAS membawa maksud anda telah membuat keputusan SALAH didalam hidup. Kembalilah kepangkal jalan.

Ombak Ganas : Salah Membuat Keputusan

Mimpi bagi sesetengah orang mempercayainya sebagai 'mainan tidur'. Ini adalah satu pandangan yang tidak tepat. Sememangnya ada sesetengah mimpi tidak membawa maksud apa-apa, tetapi kebanyakkannya ianya membawa maksud kepada sikap atau mengenai tentang diri kita yang harus kita ubah atau kita harus kembangkan supaya potensi diri menjadi lebih besar. Adakalanya menjadi khabar berita kepada perkara yang bakal berlaku seperti mimpi Nabi Yusuf.


Mimpi Mesej ALAM Kepada Diri

Apa yang anda lihat didalam mimpi merupakan simbol yang membawa mesej-mesej tertentu. Mimpi adalah mesej daripada ALAM kepada kita. Perhatikan, lakukan eksperimen dan analisis terhadap mimpi anda. Semakin anda ambil peduli dengan mimpi anda, semakin TEPAT mimpi anda untuk menjadi PANDUAN kepada diri anda.SELAMAT MENTAKWIL MIMPI!

Segalanya Akan Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Friday, 27 July 2012

Budak Bermata Kucing Kacukan Makhluk Asing?





Budak Bermata Kucing di China



Terdapat sebuah berita melaporkan mengenai pakar perubatan di China yang telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Ia bukanlah mata hiasan seperti yang digunapakai iaitu contact lens bagi sesetengah individu.

Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.

Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.dan dapat melihat dengan jelas pada waktu malam.

- Melayukini.Net




Thursday, 26 July 2012

#UNCLESEEKERS V2 : NEW REVIVAL!! 2 HARI LAGI


Uncleseekers V2




UNCLESEEKERS V2 - NEW REVIVAL!! - 2 HARI LAGI Nantikan PEMBONGKARAN TERBARU Daripada Uncleseekers . Lebih PANAS, Lebih KONTROVERSI .
Nantikan kemunculannya di :

http://uncleseekers-v2.blogspot.com/

Sunday, 22 July 2012

DOKUMENTARI : Kajian Misteri Alam Ghaib






Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Monday, 16 July 2012

TAFSIR MIMPI : Mimpi Terbang


Mimpi Terbang - Kekuasaan dalam diri & KEBEBASAN




MIMPI TERBANG ; Jika anda terbang dalam keadaan yang tenang dan menghayati keadaan sekeliling bermaksud anda berada dalam situasi yang terpenting. Anda telah bangkit kepada keadaan yang lebih baik. Anda memperoleh perspektif baru tentang sesuatu hal. Jika anda berkeupayaan mengawal penerbangan, ianya menunjukkan anda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda.






Jika anda mempunyai masalah dalam penerbangan, bermaksud sebaliknya; tidak mempunyai kuasa mengawal kehidupan sendiri. Halangan seperti pokok, gunung dan sebagainya bermaksud banyak halangan dalam hidup anda sekarang ini. Anda perlu kenalpasti apa atau siapa yang menghalang anda daripada maju kehadapan didalam hidup. Kesukaran untuk terbang juga bermaksud anda kurang yakin atau keraguan dalam hidup anda. Anda perlu PERCAYA pada diri dan jangan takut. Jika anda takut ketika terbang, ianya bermaksud anda takut kepada cabaran. Mungkin anda belum lagi bersedia untuk langkah seterusnya.




Secara keseluruhan MIMPI TERBANG bermaksud kekuatan MINDA & KEINGINAN anda. Anda merasakan tiada siapa yang dapat menghalang segala usaha anda. Mimpi ini melahirkan rasa KEBEBASAN didalam diri untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup anda.


Friday, 13 July 2012

5 TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA

Berikut adalah 5 tempat yang dipercayai berhantu di Malaysia. Ceciter Misteri percaya bahawa terdapat banyak lagi tempat seperti itu di dalam negara kita. Jika anda mempunyai informasi terhadap tempat-tempat sebegini, sila e-mail kepada kami atau anda hanya perlu tulis di ruangan komen yang disediakan.

1. HIGHLAND TOWER

Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang menjadi mangsa korban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang yang tersenarai di Wikipedia manakala mangsa yang selebihnya, terus terkubur di tapak itu. Mungkin, atas sebab itulah tempat ini "berhantu". Pernah juga Ceciter Misteri mendengar pengalaman dari pemandu teksi yang menghantar penumpang di daerah ini namun apabila sampai di lokasi yang dituju, "penumpang yang kebiasaannya duduk di tempat duduk belakang akan ghaib!! 

Komen Ceciter Misteri : Ceciter Misteri juga pernah meninjau ke lokasi ini di waktu malam sekitar 5 tahun lepas. Benar, tempat ini mempunyai sejenis energi yang mendatangkan perasaan seram dan sedih. Namun kami tidak mengalami apa-apa kejadian aneh.



2.BANGLO MONA FANDEY


Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail agak popular pada awal 90-an kerana kes bunuh ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo ini yang terletak di Pahang. Mona merupakan seorang penyanyi pop dan dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.

Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka



Komen Ceciter Misteri : Mana cerita hantunya? Benarkah tempat ini berhantu? Setakat ini, Ceciter Misteri belum pernah dengar apa-apa kisah yang melibatkan banglo tersebut. Jika ada pembaca yang pernah mengalami atau pernah mendengar cerita banglo ini, sila kongsi ya.


3. KEMAYAN CITY 


Kemayan City Mall. Hmm.... Nama juga sudah mendatangkan perasaan seram. Terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang kami dapat selongkar tentang latar belakang bangunan ini namun, apa yang selalu kami dengar, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah? Berikut adalah kisah yang biasa diceritakan.









Sebuah keluarga yang berasal dari Singapura menghadiri kenduri saudara mereka di Johor. Sewaktu pulang dari kenduri pada lewat malam, mereka terlihat sebuah pusat membeli-belah yang terang bercahaya dan kelihatan meriah. Mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bangunan itu dan bershopping sakan. Selesai membeli-belah semahunya, mereka segera pulang ke Singapura memandangkan hari semakin lewat. Sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila barang-barang yang diletakkan di dalam but ghaib dan duit 'baki' yang diberi jurujual tidak lagi berada di dalam poket. Yang ada hanyalah dedaun kering. Keesokannya siang, mereka pergi bangunan itu sekali lagi dan mendapati bahawa bangunan itu sememangnya kosong.

Komen Ceciter Misteri : Hmmm... Kisah ini agak cliche dengan kisah-kisah seram yang lainnya. Ada sesiapa yang pernah mengalaminya sendiri. Jika ada rezeki, mahu juga kami kesana. Katanya, gangguan hanya terjadi di antara jam 12 malam sehingga 4 pagi.


4. LEBUHRAYA KARAK
 

Tidak lengkap sebuah artikel seram itu jika tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya tersebut juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar akan kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?

Komen Ceciter Misteri : Pengalaman peribadi kami bukannya di lebuhraya ini tetapi selepas melalui kawasan ini. Setibanya di Janda Baik, Pahang, sahabat kami yang sedang memandu tiba-tiba seperti mengelak sesuatu di tengah jalan. Apabila ditanya, dia berkata bahawa dia mengelak seekor anjing bewarna hitam sedangkan kami yang lain tidak nampak seekor makhluk pun di situ.


5. Villa Nabilla
 
Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Ta'zim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Kami mendapat 4 versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini

Versi 1
Sebuah keluarga yang kaya dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nabilla. Oleh kerana terlalu menyayangi anak itu, mereka menamakan rumah tersebut dengan Villa Nabilla. Suatu hari, rumah mereka dirompak oleh sekumpulan penjenayah yang kemudiannya membunuh kesemua penghuni manakala mayat anak perempuan itu disimen di dalam dinding/lantai rumah tersebut. Misteri terungkai apabila mereka yang diganggu meminta pertolongan dari 'orang bijak pandai' yang berjaya mengeluarkan mayat Nabilla. Kejadian yang berlaku dipercayai bersangkut paut dengan dendam dan iri hati ibu tiri Nabilla.

Versi 2
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, suatu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang di dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri. 

Versi 3
Keluarga Nabilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut. 

Versi 4
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. Keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada kedua orang tuanya.
Nabilla nama diberi. Tidak diketahui latar belakang keluarga itu. Nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. Mayatnya di simenkan di dinding rumah tersebut. Menurut cerita saksi yang pernah masuk ke dalam rumah itu, terdapat sebuah kolam renang dan segala perabot masih ada serta dalam keadaan baik. Terdapat juga gambar-gambar Nabilla di atas meja ruang tamu. 

Komen Ceciter Misteri : Sumber versi-versi yang dipaparkan adalah dari laman ini (KLIK DI SINI). 

 

Sumber asas artikel adalah dari Illustrasiaku  

Thursday, 5 July 2012

DOLPHIN pun pandai BUAT "O"



Terlalu banyak MISTERI alam yang tidak dikaji oleh kita. Terlalu sibuk dengan urusan-urusan hidup hingga mengabaikan rahsia-rahsia potensi yang ada pada DIRI yang dapat memberi manfaat kepada alam dan diri kita sendiri. Kelebihan-kelebihan diri ini DIRAHSIA-kan atau ditutup daripada pengatahuan kita kerana 'mereka' ingin menjadikan kita sebagai 'LEMBU-LEMBU' mereka yang dicucuk hidung. Carilah RAHSIA itu, anda pasti TEMUINYA!


"Apabila kau ingin MENGETAHUI sesuatu, pasti kau akan menemui 'GURU'-nya"




UPDATE TERKINI : UNCLESEEKERS akhirnya ditangkap POLIS






Akta Rahsia Rasmi 1972 - Klik Untuk Download


Seksyen 8 (1) (d)







Senarai Geledah
Sumber : Kerajaan Rakyat







Update 1/8/2012 1:32pm : Uncleseekers memberi penjelasan berkenaan penahanannya
di TOL SENAWANG dan menjelaskan mengenai isu beliau mengambil dadah. Untuk membaca kisah penahanan beliau sila klik disini






Apabila Yang HAK Muncul Maka Yang BATIL Akan Musnah




Update 14/7/2012 11:55pm :


UNCLESEEKERS pemilik blog uncleseekers.blogspot.com yang direman polis semenjak 5/7/2012 telah dibebaskan atas jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak mengesahkan perkara itu berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengahari. Uncleseekers yang direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 8(1)(d) dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

"Kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah" kata Mohd Akhir.

Walaubagaimanapun bekas pengurus peribadi UNCLESEEKERS dan teman wanitanya masih direman sehingga hari ini.





Update 14/7/2012 1:30am :


Video Sumber : NTV7


Polis telah menahan 2 orang lagi untuk membantu siasatan ke atas kes UNCLESEEKERS.


Seorang lelaki berusia 39 tahun bersama dengan seorang perempuan berusia 27 tahun telah ditahan di pusat membeli-belah Wangsa Maju pada pukul 9.30 malam kelmarin (12 Julai 2012). Menurut laporan Mstar

ACP Mohd Akhir Ishak selaku Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor mengatakan, " Lelaki yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah kini ditahan 3 hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu siasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972"  katanya.

Mereka terlebih dahulu dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Baharu untuk mendapat perintah reman dihadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa.



Update 13/7/2012 9:21pm :


Media Antarabangsa yang membuat liputan tentang UNCLESEEKERS



1. Heraldsun, 
http://www.heraldsun.com.au/news/world/blogger-arrested-for-sultan-slur/story-fnd134gw-12264196185672


2. Couriernews australia, 
http://www.couriermail.com.au/ipad/blogger-arrested-for-sultan-slur/story-fn6ck55c-1226419615656


3. Reporters without borders, 
http://en.rsf.org/malaisie-blogger-held-under-draconian-05-07-2012,42967.html


4. advocacy.globalvoicesonline.org 
http://advocacy.globalvoicesonline.org/2012/07/11/netizenreport-blackout/


5. YahooNews
http://my.news.yahoo.com/blogger-arrested-articles-against-johor-sultan-051433212.html


6. BikyaMasr 
http://www.bikyamasr.com/71999/malaysia-blogger-girlfriend-charged-with-sultan-insult-has-detention-extended/


7.NEWS.com.au 
http://www.news.com.au/world/blogger-arrested-for-sultan-slur/story-fn6sb9br-1226419615656


8. Police.com.au 
http://www.police.com.au/blogger-arrested-for-sultan-slur/


9. Daily Telegraph australia 
http://www.dailytelegraph.com.au/news/world/blogger-arrested-for-sultan-slur/story-fnddckzi-1226419618567


10. DOHA CENTRE FOR MEDIA FREEDOM
http://www.dc4mf.org/en/content/malaysian-blogger-detained-over-royal-slur


Iklan : Got2Go - Muslim Tour - [klik]

Update 9/7/2012 9:05pm : Peguam UNCLESEEKERS telahpun dilantik pada 9 Julai 2012 pada pukul 1.30pm. Surat perlantikan telahpun ditandatangani oleh anak perempuan Syed Abdullah Al Attas (Uncleseekers), Engkuyah disaksikan oleh saudara Zelmey.


Peguam yang dilantik dikenali sebagai T.Kumar akan memulakan tugasnya di IPD Nusajaya, Johor esok.


Dari Kiri : T.Kumar & Zelmey

Update 9/7/2012 8:40pm : Dokumen UNCLESEEKERS paparkan adalah yang 'ORIGINAL'.

MalaysiaKini - Klik Untuk Baca


Kamal Hisham tidak bersetuju dokumen-dokumen yang dipaparkan diblog diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi.



Malaysian Must Know The Truth - Klik Untuk Baca




Update 9/7/2012 8:25pm : 2 lagi kenalan UNCLESEEKERS ditahan untuk bantu siasatan. Kedua-dua lelaki berumur 23 dan 24 tahun merupakan kenalan beliau ditahan jam 9.30 malam tadi, di Jalan Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka.

Sumber Berita Harian - Klik Untuk baca







Update 9/7/2012 8:10pm : Lagi ada 'UNCLESEEKERS' yang telah dilaporkan kepada polis kerana menghina Sultan Johor. Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) , Ahmad Shukri Kamarudin didakwa kerana membuat kenyataan di Facebook dan Twitternya.



Buletin Utama TV3 pada 8/7/2012


Kali ini jumlah yang membuat laporan polis lebih ramai iaitu sebanyak 50 orang berbanding dengan laporan polis sebelum ini ke atas Syed Abdullah Syed Hussien (Uncleseekers) hanya seramai 30 orang sahaja.

Ahmad Sukri merupakan pelajar Universiti Terbuka Malaysia.


Sinar Harian - Klik untuk baca






Twitter


Update 9/7/2012 5:40pm : UNCLESEEKERS telah mendapat perhatian media antarabangsa. Artikel yang bertajuk " Penulis Blog Di Tahan Di Bawah Akta Rahsia Rasmi 'Draconian' " . Sila klik link/gambar dibawah untuk membaca keseluruhan artikel.


klik untuk membaca artikel -> en.rsf.org




Klik Untuk Melihat Imej Lebih Besar




Update 9/7/2012 9:50am : Setakat ini Ceciter Misteri belum terima berita terkini daripada mana-mana sumber berkenaaan dengan UNCLESEEKERS.

Sedang Malaysia dilanda fenomena UNCLESEEKERS ini, senario politik di Malaysia tak habis-habis dengan isu "Video Porno". Apabila tiba musim kempen akan keluar macam-macam teori konspirasi. Pemerintah akan keluarkan teori mereka, pembangkang pun sama mengeluarkan teori mereka. Buruk-memburukkan antara satu sama lain. Masing-masing beretorik supaya parti mereka menjadi pilihan menerajui negara Malaysia tercinta ini. Apapun ceritanya, fakta boleh diubah-ubah , tetapi KEBENARAN tak mungkin diubah sampai bila-bila. "Hanya Maniam mengenal karinya..."

Gambar Sumber : Tukar Tiub - Hishamuddin Rais





Update 9/7/2012 6:30am : Tempoh reman UNCLESEEKERS telah dilanjutkan 3 HARI dan mungkin berakhir pada 11/7/2012 sekiranya tidak dilanjutkan lagi.

Sumber Video TV3 - Buletin Utama 8/7/2012


Siti Nadhirah atau lebih dikenali sebagai ADEEKSEEKERS yang pernah popular ketika rancangan "Seekers" musim pertama & kedua di NTV7 dan beliau juga pernah berlakon didalam filem arahan M Jamil - "Momok Jangan Panggil Aku" , kelihatan tenang didalam kenderaan polis sempat melambaikan tangan kearah media.

ADEEKSEEKERS ketika pengambaran filem 
"Momok Jangan Panggil Aku" arahan M.Jamil

Update 8/7/2012 8:00pm :


Rupanya UNCLESEEKERS bukan berjuang seorang diri. Ramai lagi UNCLESEEKERS. Satu ditahan melahirkan 100 lagi UNCLESEEKERS. Ianya kini bukanlah merujuk kepada gelaran kepada individu tetapi telah menjadi 'brand' yang bermotokan 'To Seek The Truth' . Apakah kesudahan isu ini? , sehingga ada yang menyatakan "isu Uncleseekers dengan Sultan Johor ni dah macam movie" . Ikuti Ceciter Misteri daripada masa ke semasa.

Media Perak



Antara mereka yang bersuara
Twitter
Update 8/7/2012 4:50pm : 


Gambar Hiasan


Tempoh reman UNCLESEEKERS dilanjutkan kepada 3 HARI lagi. Beliau yang disiasat dibawah Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 bersama dengan Siti Nadhirah telah direman semenjak 5/7/2012 dan tamat tempoh reman pada hari ini telah dilanjutkan tempoh reman sehingga ke hari RABU 11/7/2012 oleh pihak mahkamah.







Update 8/7/2012 12:45am :





Gambar Sumber - Sinar Harian

Hari ini 8/7/2012 genap 4 hari UNCLESEEKERS ditahan reman. Apa yang Ceciter difahamkan mereka masih lagi disoal siasat. Adakah mereka akan dibebaskan daripada tahanan reman pada hari ini atau sebaliknya, ia bergantung kepada budi bicara pihak yang berwajib.

"Suka hati polis lah nak tahan dia berapa lama. Nanti pihak polis akan cakap dia ada dadah lah, ada macam-macam lah" ujar Syed Hussein Al Attas yang dikenali ramai dengan gelaran Pak Habib. Beliau baru sahaja selesai menganjurkan majlis ilmu ALXS2012 di taman yang serba indah yang diberi nama oleh beliau "Wadi Hussein Taman Hana" , di Janda Baik Pahang.


Peserta ALXS2012 - [klik]

Pak Habib adalah bapa kepada UNCLESEEKERS telah ditemuramah berhubung dengan kes ini mengatakan “Kami tak panik. Kita semua tahu dia bukan ditahan kerana dadah, merogol, mencuri, merompak . Dia ditahan kerana dia cuba membela nasib Kamal Hisham. Dia berani kerana benar! Saya rasa dalam Malaysia ni dia seorang saja yang berani lawan dengan raja." Ujar S.H Al Attas kepada media Malaysian Digest.

Apa pun Pak Habib dan keluarga berharap agar anaknya berada dalam keadaan baik dan selamat.


Update 7/7/2012 6:30pm :


Gambar Hiasan

Benar atau tidak UNCLESEEKERS bakal dibelasah?  “Ada maklumat dalaman yang dah terbocor kat beberapa unit...yang bagitau bahawa berkemungkinan UncleSeekers bakal dibelasah dalam lokap... dan yang membelasah UncleSeekers nih bukan anggota PDRM... tapi tahanan lain....” menurut sumber yang tidak dapat dikenalpasti yang diperoleh daripada blog terkemuka AMENOWORLD.

Samada sumber maklumat ini boleh dipercayai atau tidak itu bukan persoalannya. Jika sumber maklumat ini benar, para pembaca sendiri dapat menilai sejauh mana sistem keselamatan dan keadilan didalam  negara ini. “Just wait and see..” ujar keluarga terapat beliau.

Apapun situasinya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Sekiranya kita dipihak yang benar kita tidak perlu takut kerana Tuhan sentiasa bersama dipihak yang benar. Perjalanan hidup ini telah tertulis di Luh Mahfuz” kata S.H AlAttas bapa kepada UNCLESEEKERS.



Update 6/7/2012 7:55pm : 
Gambar Hiasan


UNCLESEEKERS telah diuji saringan air kencing pada 1.25pm tengahari tadi , beliau didapati positif dadah jenis morfin dan beliau disiasat dibawah siasatan jenayah narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Laporan diperoleh daripada Sinar Harian & Berita Harian . Menurut sumber, berita ini telah memeranjatkan pelbagai pihak terutama pihak keluarga terdekat beliau kerana mereka mengenali UNCLESEEKERS sangat rapat, adalah MUSTAHIL beliau mengambil dadah.

Diharap pihak berwajib dapat menjalankan tanggungjawab sebaik-baiknya mengikut prosedur yang ADIL & BERSIH agar tidak berlaku kezaliman keatas mana-mana pihak, baik dipihak yang dituduh dan penuduh.


Komen Pembaca







Update 6/7/2012 2.20 pm : UNCLESEEKERS diperkarangan mahkamah pada 5/7/2012 sekitar 2.55ptg semalam. "Tak sempat menyerahkan dokumen, saya ditahan" begitulah ujarnya didalam video ini. Isyarat 'GOOD' yang ditunjukkan seperti beliau sangat mengalu-alukan keadaan para wartawan untuk memberitahu kisah yang sebenar. Blognya uncleseekers.blogspot.com semakin menjadi minat pembaca menerima kunjungan pelawat sebanyak 1 JUTA SEHARI menjadikan jumlah kunjungan keseluruhan sebanyak 11 JUTA setakat ini.






UNCLESEEKERS mendapat liputan akhbar nasional tempatan







Update 5/7/2012 10:00 pm
UNCLESEEKERS memberi kenyataan "Pendedahan akan dibuat, lebih banyak lagi selepas ini. Saya ditahan ketika dalam perjalanan nak hantar dokumen kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)" laporan Sinar Harian.


Pengguna TWITTER yang memuji girlfriend UNCLESEEKERS



Update 5/7/2012 8:50 pm : 
Syed Hussein Al-Attas penulis buku prolifik politik negara dan bapa kepada  UNCLESEEKERS  mengatakan  "Sesungguhnya penahanan Beb Lah (Uncleseekers) tidak sedikitpun menjejaskan perancangan yang telah dirancang.." ujarnya. Beliau yang bakal mengadakan Program Transformasi Diri (ALXS2012) pada hari Sabtu 7 Julai 2012 di Wadi Hussein Taman Hana, Janda Baik Pahang, sebagai tambahan mengatakan "Perjalanan hidup ini telah tertulis di Luh Mahfuz" - Menurut Laporan Kerajaan Rakyat


S.H Al Attas

Al-Attas University Of Life


UNCLESEEKERS @ TV9


Update 5/7/2012 6:30 pm: Gambar UNCLESEEKERS & teman wanitanya yang ditahan. Mereka tiba di perkarangan mahkamah pada pukul 2.55ptg tadi. 

Sinar Harian







Seksyen (8)(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972


Update 5/7/2012 4:54pm : UNCLESEEKERS direman selama 4 hari di NUSAJAYA Johor dibawah 
Seksyen (8)(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972
mazidulakmal.com



Blog UNCLESEEKERS semakin menjadi tatapan pembaca. Angka pengunjung telah mencapai 10 JUTA





Walaubagaimanapun ranking-nya masih dibawah AMENOWORLD iaitu ranking ke-2



aku-tak-peduli.blogspot.com



Update 5/7/2012 2:45am : menurut sumber, UNCLESEEKERS telah dipindah daripada Balai Polis SENAWANG ke NUSAJAYA JOHOR.

-------------

UNCLESEEKERS akhirnya telah ditahan di balai polis SENAWANG dalam lebih kurang pukul 10.00pm pada Rabu 4/7/2012. Beliau yang terkenal dengan kontroversi-kontroversi berstatus 'high-profile' telah ditahan dan disiasat. Menurut sumber juga peralatan seperti komputer juga telah dirampas.

Ceciter telah mengikuti isu "Sultan Johor Atau Kerabatnya?" sejak daripada awal lagi. Episod terkini beliau yang terahkir adalah yang ke-64. Hanya tinggal 2 episod seperti yang dijanjikan oleh beliau, tetapi tidak berkesempatan. Kenapa setelah episod ke-64 bukan semenjak daripada awal lagi?

Segalanya kekal MISTERI sekiranya tidak mengkaji!

Update terkini akan diupdate daripada semasa ke semasa


*PERINGATAN: Ceciter Misteri tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.