Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Wednesday 29 August 2012

Lima Hari Saiful Dilarikan Ke Alam Bunian



Ikut Pak Halim Sembahyang Asar

"NAKK! Bangun nakk...!" terngiang-ngiang suara dari belakang. Ketika itu mata saya tertutup separuh. Kepala saya masih lagi berpusing-pusing pening lalat. Apabila saya celikkan mata, saya sedang terjelopok berada di pinggir sebuah hutan.

    Saya memandang sekeliling, pepohon merimbun melatari pandangan mata. Lalu saya tenyeh-tenyeh mata lagi. Saya bangun dengan lemah longlai, saya lihat pintu kereta saya terbuka luas. Saya jadi bingung, bila masa pintu kereta terbuka, dan kenapa saya berada di lantai pinggir hutan di sini?

Saya bingkas bangun menuju ke arah kereta dan melihat pada jam kereta, sudah pukul 6.00 lebih. Apa berlaku tadi?

"Nakk... kamu nak ke mana?"" saya segera tersentak dan menoleh ke belakang.

"Tak tahu!" jawab saya kebingungan.

Seorang lelaki tua  berserban dan berjubah putih berdiri di belakang saya. Kulitnya putih, sedikit berkedut pada dahi, bawah mata, manakala kumis dan janggutnya juga beruban putih. Saya lihat  waja lelaki tua di hadapan saya ini begitu bersih. Beberapa ketika kemudian lelaki tua itu bertanya lagi kepada saya.

"Dah solat Asar?" soalnya lembut. Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala setelah termangu memandang lelaki tua itu.

"Mari ikut Pak Halim pergi surau, solat Asar!" katanya dengan ringkas memperkenalkan diri sebagai Pak Halim walaupun saya tak bertanya namanya. Tanpa banyak soal saya mengangguk.

Lalu Pak Halim naik kereta saya dan duduk di sebelah. Entah mengapa saya menurut saja kata Pak Halim. Lalu saya terus memandu keluar dari pinggir hutan tadi masuk ke sebuah simpang di mana letaknya sebuah surau lama.


Pak Halim Beri Duit Lama

Pak Halim menceritakan dia ternampak saya sedang memandu dalam kebingungan menuju ke suatu destinasi di kawasan perkampungan ini. Pak Halim nampak di sebelah saya duduk seorang perempuan cantik.

Apabila menyedari saya seolah-olah dipukau perempuan cantik itu, Pak Halim datang menyelamatkan saya lalu mengusirnya. Kemudian perempuan cantik itu terbang menerusi tingkap kereta saya.

Pak Halim turut memberitahu saya perempuan yang duduk menganggu saya tadi sebenarnya berhajat hendak berkahwin dengan saya. Impiannya mahu memiliki saya sudah lama, sejak saya belum berkahwin lagi.

Menurut kata Pak Halim lagi, perempuan yang duduk di sebelah saya semalam akan terus mengganggu saya hinggalah dia berjaya memiliki saya.

Selepas dia memberitahu perihal perempuan yang mengganggu saya tadi, Pak Halim memberi  saya sebotol air Yasin sebanyak 1.5liter. Pak Halim turut memberi saya tiga keping duit lima ringgit.

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada saiful sehinggakan dia tersadai di pinggir hutan? Siapakah Pak Halim dan siapakah wanita cantik itu? Benarkah air yang diberi Pak Halim itu, air Yasin dan kenapa Pak Halim memberi tiga keping wang kertas lima ringgit kepada Saiful? Ingin tahu kisah selanjutnya? Dapatkan MASTIKA SEPTEMBER 2012 yang sememangnya sedang laris di pasaran jika anda ingin mengetahui sebab dan kesudahan cerita Saiful!!

 

Tuesday 28 August 2012

Lembaga Jururawat Tanpa KEPALA Hantui Wad 11





Nor Liana Razali, 30 terjaga dari tidurnya. Dia menggeliat menghilangkan lenguh-lenguh di badan akibat tidurnya tidak selesa di atas sofa. Dia mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih lagi mengantuk sambil melihat jam ditangan.

“Ahhh…dah pukul 2.00 pagi,” Liana mengeluh keseorangan. Dia memandang ke sekeliling, kalau-kalau kawannya sudah pulang. Nampaknya, bilik wad itu masih lagi kosong dan sunyi. Hanya Liana seorang saja yang berada dalam bilik itu. Sebenarnya syif Liana sudah habis pukul 12:00 tengah malam tadi. Namun, Liana dan kawan-kawan biasanya akan tidur tempat kerja kerana mereka belum berkahwin.

Bukan apa, senang nak datang kerja esok pagi ataupun on call . Maklum sajalah jururawat memang kena selalu stand by. Biasanya mereka akan cari mana bilik wad yang kosong untuk menjadikan tempat tidur. Hari itu, hanya wad 11 kosong. Sebelum ini wad tersebut memang kosong. Memang pihak hospital menempatkan pesakit di wad itu.

Entah kenapa pihak hospital tidak menempatkan pesakit di situ, tidak pula Liana tahu. Liana yang baru lima tahun bekerja di hospital itu tidak ambl tahu sangat perkara itu.

Liana masih lagi mengantuk. Dia terus merebahkan badannya kembali di atas sofa yang empuk itu. Sebaik saja Liana hendak melelapkan matanya, tiba-tiba kedengaran bunyi goncangan tombol pintu, seolah-olah ada orang yang ingin membuka.

Kreeeeek!!

Liana terkejut dan terus bangun dari tempat tidurnya. Dia mendiamkan diri dan menunggu-nunggu apakah yang sedang terjadi. Pintu ditolak dan engsel berbunyi. Jantungnya berdegup kencang.

Tap…Tap…Tap…

Kedenganran bunyi tapak kaki orang berjalan menuju ke arahnya. Degupan jantung Liana bertambah kencang. Bulu romanya mula menegak.

“Ayu.. Ayu.. Ayu..!” ….. Liana memanggil menyangka orang yang sedang berjalan itu rakan sekerjanya yang baru balik.



Tapi, panggilan Liana tidak bersahut. Meskipun takut Liana cuba berfikiran positif. Mungkin itu hanya imaginasinya saja. Dia merebahkan semula badannya kembali di atas sofa. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing. Matanya makin lama makin rapat dan terus terlena.

Selang beberapa minit kemudian.

Kreeeeeeeeeeeeaaaakkk…

Tiba-tiba Liana tersedar. Dia terkejut mendengar bunyi pintu…







Ikuti kisah selanjutnya Mastika keluaran Ogos 2012 ms 54-57




ISLAM hanya dalam bahasa ARAB?!




Pelakon Que Haidar diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.

Que menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.

Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.

p.s : Cleopatra adalah berasal daripada perkataan "kleo" dan "pater" yang bermaksud "kemasyuran" dan "bapa". Bapa disini bukan merujuk kepada jantina seseorang tapi membawa maksud pencetus sebagai contoh; 'Bapa Kemerdekaan'.

Belajar BAHASA baru tahu apa erti sebenar jangan cepat menghukum. Apa pun terpulang kepada diri sendiri kerana hidup kita ditentukan oleh 'Belief System' yang anda sendiri tentukan. Kenapa ramai yang tak menggunakan nama dalam bahasa arab tetapi mereka tetap berjaya dan membawa kebaikan berbanding yang bernama ARAB mempunyai maksud yang SANGAT BAIK tetapi jadik dot dot dot? SEGALANYA KEKAL MISTERI JIKA TIDAK MENGKAJI !

Sumber : Berita.My
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini