Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Saturday 22 December 2012

KIAMAT TAK JADI LAGI!




Berdekad atau mungkin berabad ramalan hari kiamat ini sering diramalkan oleh sebilangan manusia daripada pelbagai fahaman dan kepercayaan masing-masing.


Sudahnya “habuk pon tara!”


Setiap sesuatu kejadian Tuhan ciptakan perlu melalui proses-proses dan ianya terikat kepada MASA.  


Bayi didalam kandungan ibu melalui proses 9 BULAN sebelum ianya keluar daripada alam Rahim ke alam nyata.



  

Setelah bayi lahir, ia akan MENINGGAL-kan alam Rahim ibu dan lahir ke alam nyata ini. Di dalam alam nyata sebagai seorang bayi ia juga melalui proses-proses tertentu sehingga membesar sebagai seorang kanak-kanak; maka ia akan MENINGGAL-kan alam bayi kemudian ‘lahir’ ke alam kanak-kanak pula . Begitulah seterusnya proses ini akan terus berlaku daripada satu alam ke alam yang lain sehingga tempoh atau masa ‘MATANG’ kita didunia ini selesai.


Maka, kita yang berjasad ini pada suatu ketika nanti yang tidak dicepatkan atau dilambatkan walau SESAAT akan MENINGGAL-kan alam nyata ini dan terus ke proses-proses yang lain sehingga kita kembali kepada-NYA.


Daripada Allah Kita Datang, Kepada Allah kita kembali


Begitu juga dengan bumi ini, ia perlu melalui proses yang terikat kepada masa yang ditetapkan apabila sampai waktunya ia juga akan MENINGGAL-kan alam ini dan akan melalui proses seterusnya sehingga ia juga akan kembali ke 'tempat' asalnya nanti. Persoalannya, bilakah proses alam cakrawala ini akan selesai?


Sama seperti manusia 9 BULAN atau 1000 tahun lagi?


Semakin besar skala kejadian maka semakin besar skala masa proses yang ditetapkan oleh Maha Pencipta alam ini. Hanya DIA yang mengetahui masa yang TEPAT!




Mengikut  ilmu astrofizik, riwayat matahari kita masih lagi muda. Saya ibaratkan ianya baru sahaja masuk waktu awal remaja yang baru nak ‘akil baligh’. Mengikut jangkaan saintis umur matahari baru sahaja mencecah 4.5 BILLION tahun dan jangka hayat matahari sekurang-kurangnya mempunyai 6 BILLION tahun lagi sebelum ia MENINGGAL-kan alam ini.


Ketika matahari pada usia 10 BILLION tahun nanti, ianya akan bersaiz besar(Red Giant) sehingga planet yang berdekatan seperti  Utarid(Mercury) dan Zuhrah(Venus) akan ‘ditelan’ oleh matahari dan pada ketika itu jarak antara bumi dan matahari diibaratkan ‘sejengkal’ sahaja jaraknya. Bayangkan betapa panas ketika itu. Mungkinkah ada hidupan dibumi yang mampu hidup dalam keadaan sepanas itu? Adakah anda mampu hidup 6 BILLION tahun lagi?


'Kiamat' paling hampir dengan diri adalah AJAL yang bakal kita temui. Bila? 


Hanya DIA yang Maha Mengetahui. 


SEGALANYA KEKAL MISTERI SEKIRANYA TIDAK MENGKAJI!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini