Samsung telah melancarkan produk telefon pintar terbarunya GALAXY S4 yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan menggunakan sensor PERGERAKAN MATA pada jarak 5 INCI (12.5cm).
Teknologi ini adalah satu inovatif terkini dan canggih setakat ini yang berada dipasaran.
Produk ini akan berada dipasarkan seluruh dunia pada akhir April 2013.
Teknologi ini sangat berguna kepada pengguna kenderaan awam seperti komuter atau LRT dan juga kepada mereka yang sukakan elemen futuristik.
Memiliki kamera sisi hadapan 2 MEGAPIXEL dan belakang 13 MEGAPIXEL,
berat 130g dan ketebalan 7.9mm merupakan spesifikasi yang lebih ringan dan nipis daripada GALAXY S3 sekarang.
Skrinnya pula menggunakan teknologi HD AMOLED dan mempunyai resolusi 441 pixel per inci memberi satu lagi kelebihan yang membuatkan pengguna SAMSUNG akan rasa TERUJA untuk bertukar kepada produk ini.
Spesifikasi SAMSUNG Galaxy S4:
- Paparan skrin 5-inci, resolusi 1920 x 1080, 441ppi
- 1.9 GHz quad-Core / 1.6 octa-core processor
- Android 4.2.2 Jelly Bean
- 2GB RAM / 16,32,64 internal /external micro SD Slot
- WiFi / Bluetooth 4.0 LE / NFC /GPS
- IR port (boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh-'remote control' )
- Bateri 2600mAh
- Kamera hadapan 2MP / Belakang 13MP
Segalanya Kekal MISTERI Jika Tidak Mengkaji