Hidup umpama pelayaran disamudera. Ombak dan badai ditempuhi. |
Mimpi belayar melambangkan kehidupan yang sedang anda lalui dan bagaimana anda mengatasi segala permasalahan didalam hidup anda. Anda melalui hidup dengan baik. Mimpi ini berkemungkinan sebagai satu metafora yang menyatakan kehidupan anda sedang "belayar dengan baik". Jika anda belayar mengharungi ombak dan badai ia bermaksud anda bakal mengatasi segala permasalahan dalam hidup. Sekiranya anda belayar bertentangan dengan arah angin, ianya bermaksud anda sedang mengalami sedikit kesulitan didalam hidup anda sekarang.