Pages

Tuesday, 17 March 2015

Melihat Kelahiran Anak Sejauh 4,000km

Melihat Kelahiran Anak Sejauh 4,000km


Melihat kelahiran anak sejauh 4,000km

Apakah agaknya perasaan anda sebagai seorang suami apabila tidak dapat berada disisi isteri ketika melahirkan anak yang dinanti-nantikan kelahirannya?

Kepada yang sudah memiliki pengalaman, pastinya terasa sedikit sedih kerana saat kelahiran anak inilah yang sentiasa dinanti-nantikan.

Begitulah perasaan bapa kepada tiga orang anak, Jason Larke yang berasal daripada Australia.

Beliau terpaksa berada diluar kawasan sejauh 4,000km ketika kelahiran anak ketiganya kerana terpaksa bertugas.

"Setelah kami mendapat tahu, saya mengandung 5 minggu untuk anak ketiga kami, kami melihat perkembangan anak kami ini hari demi hari, pada minggu ke-30 usia kandungan ini, Jace (suami) terpaksa bertugas diluar kawasan ketika saya bersalin nanti dan pastinya Jace tidak dapat bersama melihat detik-detik kelahiran yang dinanti-nantikan." kata Alison, isteri kepada Jake.

Tetapi Jason telah diberi peluang oleh SAMSUNG untuk menggunakan teknologi ciptaan baru syarikat gergasi terkenal ini, iaitu 'Gear VR Headset'.

Jason dapat melihat detik kelahiran anak ketiga ini sejauh 4,000km seperti benar-benar berada di wad bersalin di Perth, Barat Australia.


Saksikan video dibawah untuk melihat detik-detik berharga ini.





Segalanya Kekal Misteri Sekiranya Tidak Mencari

No comments:

Post a Comment