Anda dalam kategori yang mana? Adakah nyamuk lebih suka kepada anda, atau selalu terselamat daripada menjadi mangsa nyamuk?
Penulis adalah dalam kategori terselamat daripada gigitan nyamuk. Perkara ini disedari ketika berusia akhir belasan tahun lagi. Tapi kalau masuk dalam hutan memang 'kompem' di-'kokak' dek nyamuk juga.
Fakta ringkas mengenai nyamuk yang ingin dikongsikan kepada anda, secara purata nyamuk berukuran
16mm panjang dan mempunyai
berat 2.5 mg.
Hanya nyamuk betina sahaja yang gemar menghisap darah spesis jenis mamalia termasuk darah manusia. Ia mampu mengesan mangsanya melalui derianya yang mampu
mengesan haba, penghasilan
karbon dioksida melalui pernafasan dan
asid laktik pada jarak
35 METER. Berbeda dengan nyamuk jantan yang hanya lebih gemar menghisap madu.
Nyamuk betina lebih gemar menghisap darah
ibu mengandung kerana ibu mengandung menghasilkan karbon dioksida melebihi yang lain iaitu
sebanyak 31%.
Adakah anda darah jenis 'O'? Jika YA, anda juga bakal menjadi santapan si nyamuk.
Anda ingin mengetahui tentang darah yang menjadi kegemaran nyamuk? Saksikan video dibawah.
Cara nyamuk mencari pembulur darah
Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji