Sel Darah Merah |
Di masa akan datang anda tidak perlu lagi bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen kepada tubuh badan. Suatu kenyataan yang akan membuat anda terpinga-pinga sambil menyatakan "mengarut je ! " . Segalanya kekal MISTERI jika tidak mengkaji.
Para saintis daripada Boston telah menemui solusi yang dapat membantu pesakit untuk hidup selama 15-30 minit sekiranya pesakit mempunyai masalah untuk bernafas dengan menyuntik sejenis zarah halus kedalam saluran darah dan dengan serta merta akan memberi bekalan oksigen kedalam sistem tubuh badan tanpa melalui proses pernafasan. Dengan cara ini para doktor dapat menyelamatkan ramai pesakit yang mengalami masalah pernafasan kritikal tanpa memberi risiko serangan jantung atau radang otak keatas pesakit.
Penemuan ini telah berjaya diuji kepada binatang-binatang yang mempunyai masalah radang paru-paru dan kesannya sangat mengujakan. Binatang itu kelihatan pulih sedia kala tanpa melalui proses respirasi.
Pneumonia |
John Kheir daripada jabatan kardiologi di Hospital Kanak-Kanak Boston menyatakan " Penemuan ini telah dibuat berdasarkan pengalaman pada tahun 2006. Pada ketika itu seorang kanak-kanak perempuan mempunyai masalah pneumonia dan masalah radang otak yang kritikal yang boleh menyebabkan kematian serta merta. Semenjak daripada itu para saintis yang terdiri daripada jurutera kimia dan doktor perubatan telah bergabung untuk mencipta solusi ini. Kami telah menguji penemuan kami dengan darah didalam tabung uji. Hasilnya cecair biru yang mengandungi partikel zarah oksigen bertukar menjadi MERAH dengan serta merta "
Skyrim Alchemy |
Kepada pemain permainan video sebagai contoh SKYRIM , sudah biasa mendengar 'botol ubat' yang mampu menaikkan hayat karekter permainan video dengan serta merta. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana 'botol ubat' itu anda boleh gunakan juga nanti :)
Dive Buddy |
Penemuan ini bakal memudahkan para angkasawan dan mungkin kepada para penyelam laut dalam pada masa akan datang. Segalanya kekal MISTERI jika tidak mengkaji.
[ScienceDaily]