Menurut "Urban Legend" penduduk Johor Darul Ta'zim, jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil. Contohnya jika seramai 10 orang yang masuk mereka akan mengalami kejadian aneh dimana akan terlebih seorang (makhluk halus?) atau terkurang seorang (disorok?).
Di bawah penulis ada menghidangkan beberapa gambar yang terdapat di laman twitter, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini penulis berasa "Skeptical" terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. Jika sesiapa yang mempunya info lengkap serta update terbaru, sila hubungi kami.
UPDATE: "Dengar cerita", remaja-remaja tersebut ber "adventure" ke dalam villa itu pada tanggal 16 November 2013. Operasi pencarian diteruskan sehingga 18 November 2013. Hmm... Mana satu tarikh yang sahih ya?
UPDATE: "Dengar cerita" interview wartawan dengan pihak berkuasa, yang hilang cuma seorang je. Tapi interview dengan orang awam yang ada kat tempat kejadian, 23 orang. Berikut adalah kenyataan
Dik, hati-hati kalau nak "petik" nama DYMM Sultan Johor. Kalau salah informasi kan tak elok jadinya. |
Komen penulis: Tidak semestinya anda wajib mempercayai setiap berita yang tersebar di media tidak kira sama ada media cetak, media elektronik atau media "Cik Kiah". Cerita-cerita yang ada sekarang bukanlah cerita first hand daripada 30 individu tersebut, tetapi ianya sudah menjadi second hand, 11th hand, 50th hand dan sebagainya. Cerita 1st hand pun kadang-kadang ada "nasi tambah" nya. Inikan pula cerita mulut orang ke 50. Pendapat saya, janganlah komen mengikut emosi seolah-olah anda begitu pasti dengan berita-berita yang disampaikan. Ikutlah akal serta logik kerana Allah mengurrniakan akal. Itu yang membuatkan kita berbeza dengan haiwan dan amat rugi jika kita tidak menggunakannya.
UPDATE: "Dengar khabar", seorang budak lelaki, Izzat Izzudin Husin, yang dilaporkan hilang, sudah ditemui semula. Tapi, bukan dalam Villa Nabila. Di rumah rakannya. Baca berita selanjutnya KLIK DI SINI.
Komen Penulis: Belacan punya budak! Kasi orang panik. Apa pun, Alhamdulillah dah ditemui dengan selamatdan bukan di bawah lipatan hantu kopek.
UPDATE: "Dengar khabar", seorang budak lelaki, Izzat Izzudin Husin, yang dilaporkan hilang, sudah ditemui semula. Tapi, bukan dalam Villa Nabila. Di rumah rakannya. Baca berita selanjutnya KLIK DI SINI.
Komen Penulis: Belacan punya budak! Kasi orang panik. Apa pun, Alhamdulillah dah ditemui dengan selamat