Illustrasi Pelukis - vaghauk.deviantart.com |
Sebuah kapal UFO telah dijumpai di Lautan Baltik tahun lepas. Misteri penemuan kapal ini masih belum terungkai dan masih menjadi MISTERI.
Bagaimana kapal ini boleh berada didasar Laut Baltik? Adakah benar UFO wujud? 'Makhluk Asing' wujud atau hanya cerita dongeng sains?
Pada 19 Jun 2011 pasukan peneroka harta karun daripada Sweden telah meneroka ke dasar Laut Baltik dengan mengunakan teknologi sonar, apa yang mengujakan mereka adalah mereka telah menemui struktur berbentuk cakera yang mempunyai kedalaman 90 meter. Para penyelidik diseluruh dunia tidak dapat menerangkan hal ini dan masih menjadi misteri atau mereka sengaja merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan DUNIA?
Objek yang tersangat besar terapung 3-4 meter di atas dasar laut dan berdiameter 60 meter. Ahli ekspedisi yang menemui objek itu menggambarkan ianya berbentuk bulatan dengan tepi yang bergerigi dan sisi cengkung. Ianya mirip seperti sebuah cendawan yang besar atau lebih tepat lagi seperti Millennium Falcon daripada filem Star Wars.