BAT - Tetikus Terapung |
Tetikus tanpa wayar terapung telah direka cipta oleh Vadim Kabardin, Kabardin Studio dimana tetikus diapungkan dengan menggunakan teknologi elektromagnetik.
Tetikus ini direka untuk mengelakkan penyakit 'carpal tunnel' yang ramai dialami oleh pengguna komputer yang menggunakan komputer pada jangkamasa yang lama. Ianya berlaku kerana tekanan pada saraf pergelangan tangan yang menyebabkan rasa kebas, lenguh atau boleh sehingga ke tahap kerosakkan otot pada pergelangan tangan.
Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji