Artikel TERKINI

Monday, 23 January 2012

Misteri Puncak Gunung Ledang

Salam wahai pembaca sekalian.

Kisah pertama yang akan diceritakan di dalam blog ini merupakan pengalaman saya sendiri pada tahun 2001 dimana ianya berlaku sewaktu saya dan keluarga (ibu dan bapa tiri) ingin berhijrah dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Sewaktu itu, saya berumur 17tahun dan ketika itu, bapa tiri saya bertugas sebagai salah seorang "orang kuat" Syarikat Air Johor (SAJ). 

Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, kami terpaksa singgah di Gunung Ledang kerana bapa tiri saya ingin meninjau keadaan lokasi dan pekerja yang berada di puncak. Kami tiba di sebuah rumah percutian yang disediakan SAJ dan meninggalkan kereta kami di situ. Kemudian sebuah kenderaan pacuan 4 roda menjemput kami sekeluarga untuk naik ke puncak Gunung Ledang. Kami terpaksa bermalam di situ memandangkan hari sudah petang dan jalan untuk turun dari gunung tersebut sangat gelap.

Sesampainya kami di lokasi tersebut, bapa tiri saya menyuruh salah seorang pekerja membawa ibu dan saya melihat-lihat pemandangan serta kawasan loji memproses air manakala bapa tiri saya menyiapkan urusannya. Untuk pengetahuan pembaca, pekerja di gunung tersebut cuma ada 3 orang. Selesai meninjau kawasan, kami di bawa ke sebuah banglo khas yang menempatkan pekerja-pekerja. terdapat beberapa bilik kosong yang disediakan khas untuk pengurus dan "orang kuat" syarikat. 

Pada sekitar jam 8 malam, kami dihidangkan dengan mi hailam yang di beli oleh pemandu pacuan 4 roda yang menjemput kami tadi. Selesai menjamu selera, bapa tiri saya memutuskan bahawa dia dan ibu ingin tidur di ruang tamu manakala saya ditempatkan di sebuah bilik besar. Bilik tersebut mempunyai 3 katil single, lengkap dengan kipas dan penghawa dingin. Saya memilih katil yang paling hujung dan ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan tingkap bilik. Saya menyelak langsir yang menutupi tingkap tersebut dan kelihatan suasana di luar amat gelap. Yang kelihatan cuma pokok-pokok yang disimbahi cahaya spotlight dari luar banglo tersebut.

Jam menunjukkan angka 10 dan saya bersiap sedia untuk tidur. Sudah menjadi kebiasaannya jika saya ingin tidur, saya akan membawa sebotol air mineral untuk diminum ketika haus. Saya meletakkan botol air di katil sebelah yang jaraknya hanya 2 kaki dari katil saya. Memandangkan saya amat suka keadaan yang sejuk, saya menekan suis kipas dan meletakkan di nombor 5 dan saya menghidupkan alat penghawa dingin pada kadar 22°C.  Saya mematikan suis lampu dan baring di atas katil sambil bermain dengan telefon bimbit saya sehingga terlelap. Tiba-tiba saya terjaga. Saya mencapai telefon dan melihat pada waktu yang tertera.

3.05pagi. Saya kehairanan. Tidak pernah sama sekali saya terbangun di tengah malam melainkan ingin ke tandas atau minum. Lebih menghairankan lagi saya bangun dalam keadaan berpeluh-peluh, seolah-olah cuaca amat panas. Apabila difikirkan kembali, saya berada di atas gunung, kipas nombor 5 ditambah dengan penghawa dingin. Mustahil bagi seseorang untuk berpeluh dalam keadaan begitu. Saya memejamkann mata semula dengan harapan ingin tidur walaupun tiada rasa  mengantuk. Sebaik sahaja menutupkan mata, saya terdengar sesuatu di luar rumah. Sayup-sayup, kedengaran bunyi muzik gamelan beserta dengan seruling. Saya menjadi kaku. Adakah pekerja yang memasang muzik itu? Jika ya, mengapa pada waktu begini? Tetapi, bilik kesemua pekerja terletak di belakang banglo, bertentangan dengan kawasan bilik yang dihuni saya dan jaraknya boleh dikatakan jauh. Bunyi yang datang itu berada dari arah tingkap bilik. Saya semakin resah. Telefon yang digenggam saya perkemaskan lagi. Saya terus memasang telinga namun di fikiran saya timbul pelbagai persoalan dan apa yang harus dibuat pada ketika itu. 



Panik. Hanya itu perasaan yang saya ada di waktu kejadian. Saya takut untuk bergerak keluar dari bilik tersebut bimbang jika saya melihat benda yang tidak diingini di dua katil pertama tadi. Saya terus mengambil keputusan untuk menelefon seorang sahabat bagi menghilangkan ketakutan. Dalam keadaan yang menggigil, saya berusaha mencari nombor telefon sahabat saya. Akibat terlalu takut, telefon saya jatuh lalu masuk ke bawah katil. Saya menjadi lebih panik. Adakah saya perlu lari keluar dari bilik atau, mengambil telefon saya? 

Saya terus mencapai tangan saya ke bawah katil tanpa melihat. Rupa-rupanya, sewaktu telefon terjatuh, penutup bateri serta bateri juga tercabut. Mahu atau tidak, saya harus bangun dari katil, buka suis lampu dan cari bahagian-bahagian telefon saya. Keadaan terlalu gelap. Dalam masa yang sama, bunyi gamelan itu semakin jauh kedengaran dan lama-lama terus hilang. Hati saya mulai tenang sedikit. Baru sahaja saya menggerakkan badan dari posisi baring menuju ke posisi duduk, kedengaran satu lagi bunyi yang membuatkan semangat saya menjunam dari 20% ke 0.01%. Pembaca ingat botol air yang saya letakkan di katil sebelah tadi? Kali ini airnya BERKOCAK!!!! Bunyi kocakkanya amat kuat dan jelas seperti ada orang yang megoncang-goncangkan botol tersebut! Saya kumpulkan segala sisa semangat yang tinggal, tinggalkan telefon yang jatuh berkecai, tanpa menoleh kiri dan kanan, terus saya meluru ke suis lampu.

Apabila lampu dihidupkan, saya lihat pada botol air di katil itu. Tidak terdapat tanda-tanda air bergoyang atau botol dialihkan. Saya kemudiannya terus keluar meninggalkan bilik tersebut dan berjalan menuju ke ruang tamu di mana ibu dan bapa tiri saya tidur. Saya kejutkan mereka dan memberitahu keadaan di dalam bilik panas.

Pada keesokkan paginya, Saya menceritakan segala kejadian kepada ibu dan bapa tiri saya. Bapa tiri saya memanggil ketiga-tiga pekerjanya dan bertanya jika ada sesiapa yang memasang muzik pada lewat malam tadi. Mereka semua menafikan dan menjelaskan bahawa itu adalah sebahagian dari rutin malam mereka. Malah ketiga-tiga pekerja itu pernah diganggu dengan lebih dahsyat sekali. Kejadian yang sama berlaku, pada malam yang sama, terhadap 3 individu berbeza.

KISAH 3 PEKERJA

Kejadian berlaku bukannya sekali dua malahan beberapa kali sehingga ketiga-tiga pekerja menjadi lali. Seperti biasa, pada waktu malam, mereka tidur di dalam bilik berasingan. Mereka bangun pada keesokkan paginya di tempat yang berbeza. Seorang di tepi sungai sumber air negeri Johor Darul Ta'zim, seorang di bilik kawalan proses air, dan seorang lagi di bawah sebuah pohon. Kalau difikir secara logik, tidak mungkin ianya berlaku kepada 3 individu berbeza, berlainan bilik tidur, pada satu malam yang sama. Kata ketiga-tiga pekerja tersebut, hampir setiap malam kedengaran muzik gamelan beserta dengan seruling dan juga bunyi wanita menyanyi.

Para pembaca yang dihormati sekalian,
seperti yang  diketahui umum, Puteri Gunung Ledang berasal dari daerah Bintoro Demak, Jawa Tengah. Adakah muzik gamelan jawa yang saya dengar ini, berkaitan dengan Misteri Puteri Gunung Ledang Yang tidak berkesudahan? Dengan izin Allah, jika ada peluang, ingin team CECITER kesana bagi mendapatkan bukti serta kesahihan segala kejadian yang berlaku. Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini