Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Showing posts with label kajian. Show all posts
Showing posts with label kajian. Show all posts

Sunday, 11 August 2013

NYAMUK TAK AKAN MENGHISAP DARAH ANDA JIKA....





Anda dalam kategori yang mana? Adakah nyamuk lebih suka kepada anda, atau selalu terselamat daripada menjadi mangsa nyamuk?

Penulis adalah dalam kategori terselamat daripada gigitan nyamuk. Perkara ini disedari ketika berusia akhir belasan tahun lagi. Tapi kalau masuk dalam hutan memang 'kompem' di-'kokak' dek nyamuk juga.

Fakta ringkas mengenai nyamuk yang ingin dikongsikan kepada anda, secara purata nyamuk berukuran 16mm panjang dan mempunyai berat 2.5 mg.

Hanya nyamuk betina sahaja yang gemar menghisap darah spesis jenis mamalia termasuk darah manusia. Ia mampu mengesan mangsanya melalui derianya yang mampu mengesan haba, penghasilan karbon dioksida melalui pernafasan dan asid laktik pada jarak 35 METER. Berbeda dengan nyamuk jantan yang hanya lebih gemar menghisap madu.

Nyamuk betina lebih gemar menghisap darah ibu mengandung kerana ibu mengandung menghasilkan karbon dioksida melebihi yang lain iaitu sebanyak 31%.

Adakah anda darah jenis 'O'? Jika YA, anda juga bakal menjadi santapan si nyamuk.

Anda ingin mengetahui tentang darah yang menjadi kegemaran nyamuk? Saksikan video dibawah.









Cara nyamuk mencari pembulur darah



Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Friday, 28 June 2013

BUMI sebenarnya tidak mengelilingi Matahari?





Mungkin ada yang akan mengatakan beliau 'gila' . Jika beliau menyatakan hal ini berabad dahulu mungkin akan dibunuh oleh puak-puak ekstrimis kerana menyatakan fakta berlainan daripada kepercayaan majoriti dan dituduh sesat dan menyeleweng.

Begitulah hakikatnya manusia, sukar untuk berubah. Sentiasa bermusuhan dengan perkara yang mereka tidak tahu.


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Sunday, 13 January 2013

ALAM Semesta adalah OTAK GERGASI!





Seluruh alam semesta ini adalah sebenarnya OTAK? Jika seluruh semesta ini otak, Bumi ibarat atom didalam sel dan kita ni sebenarnya sub partikel atom yang berada didalam sel?

Ide yang menyatakan kita berada didalam ‘Otak Gergasi’ bukanlah satu ide baru tetapi ianya telah menjadi bualan kebanyakkan pengkaji  Fizik.




Menurut kajian mereka, alam semesta berkembang sama seperti sel-sel neuron didalam otak manusia – rupa bentuk neuron didalam otak sama seperti galaksi di angkasa lepas.





“ada perkara yang kebanyakkan daripada kita tidak tahu bagaimana seluruh alam ini berfungsi” kata Dimitri Krioukov salah seorang pengkaji di Universiti California San Diego.

Mereka mencipta sebuah model simulasi mengenai kejadian awal alam semesta raya ini setelah berlakunya letupan ‘big bang’ dengan melihat bagaimana partikel-partikel atom dan sub partikel atom berhubungkait antara satu sama lain daripada awal kejadian hingga sekarang.




Kajian ini bukannya bermaksud alam semesta ini sedang ‘berfikir’ tetapi ianya memberitahu kita bahawa apa yang berada dialam semesta(di luar diri) sama seperti apa yang ada didalam diri, malahan ianya juga berada didalam setiap makhluk dan kejadian cuma skala dan tempatnya  yang berbeza. 

– Dzoul Ezy


Monday, 25 June 2012

Benarkah YAKJUJ dan MAKJUJ sudah MUNCUL?



Yakjuj & Makjuj?

Pelbagai pendapat telah diberikan oleh para ulama atau para cendekiawan berkenaan tentang apakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj. Kebanyakkannya bersepakat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah sejenis makhluk yang Tuhan ciptakan bakal muncul ketika dunia hampir kiamat kelak.


Tembok ghaib?

Buku YAKJUJ & MAKJUJ Popular di pasaran


Apa yang hendak diketengahkan disini bukanlah sesuatu perkara yang biasa didengar oleh kita. Suatu kajian daripada seorang pengkaji yang saya spesifikasikan sebagai pandangan lain daripada yang lain tetapi mempunyai hujah yang tersendiri dan berani menyuarakannya.
“ Yakjuj dan Makjuj bukanlah satu golongan manusia(makhluk) yang membuat kerosakan diatas muka bumi tetapi merupakan limpahan lava gunung berapi. Zulkarnain telah membina sebuah empangan(tembok besi) untuk menyekat aliran lava gunung berapi yang mengancam kehidupan sebuah kaum yang berada dalam wilayah kekuasaannya...” jelas seorang pengkaji yang telah menyelidik bahasa Al-Quran lebih kurang setahun setengah yang lalu.


Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di bumi maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu upah untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?" - [18:94]

Gambaran pengkaji pembinaan tembok besi yang dibina
oleh Zulkarnain pada pecahan dua tebing kawah gunung berapi.


“ Perkataan YAKJUJ  mempunyai kata akar ALIF-JIM yang membawa pengertian ‘api yang menyala’. Perkataan MAKJUJ mempunyai sama maksud dengan perkataan ‘Maja’ dan ‘Yamuj’ yang membawa pengertian ‘gelombang atau penyebaran’. Jadi YAKJUJ DAN MAKJUJ diertikan sebagai ‘gelombang api yang menyala’ ” ujar beliau untuk menyokong kuat hujahnya bahawa Yakjuj dan Makjuj bukanlah makhluk seperti yang digambarkan, tetapi ianya adalah lava gunung berapi.


Kamus Quran Lexicon

Ayat-ayat Al-Quran yang mencatat kisah pembinaan TEMBOK BESI yang dibina oleh Zulkarnain :


Berkata "Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka. Berilah aku kepingan-kepingan besi." Sehingga apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi dia berkata, "Tiuplah!". Sehingga apabila dia telah membuatnya api dia berkata, "Berilah aku supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya." - [18:95-96] Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya. Berkata, 'Ini adalah satu pengasihan daripada Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang DIA menjadikannya musnah dan janji Pemeliharaku adalah benar'. - [18:97-98]


Ayat 18:95-98 menceritakan bahawa Zulkarnain telah diminta untuk membina sebuah tembok daripada kepingan besi yang kuat. Pembinaan besi ini mampu menghalang daripada ‘Yakjuj & Makjuj’ daripada keluar daripada kawah tersebut dan melimpah ke kawasan penempatan yang berhampiran. Zulkarnain berpesan, walaubagaimanapun kuat tembok ini dibina, dengan izin Tuhan ianya akan hancur juga satu hari nanti.

Ayat-ayat lain yang menceritakan tentang ‘Yakjuj & Makjuj’ yang telah memusnahkan kaum nabi-nabi terdahulu.

Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan
dan mereka melongsor turun dari tiap-tiap lereng. [21:96]

"Dan Jeritan mengambil mereka pada waktu matahari terbit." - [15:73] 
"Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa." - [7:84]  
"...... adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran." - [26:173] 
"Kami mengutuskan kepada mereka angin ribut  yang mengandungi batu." - [54:34]  
"Maka apabila perintah Kami datang, Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar bertubi-tubi." - [11:82]


SEKIRANYA apa yang dinyatakan oleh pengkaji ini BENAR, apakah persiapan kita? Kita sendiri lihat sejak akhir-akhir ini banyak BENCANA-BENCANA ALAM timbul disana sini; Tsunami, letusan gunung berapi diserata dunia, cuaca tidak menentu dan sebagainya. Didalam satu ayat Tuhan memberi amaran bahawa SATU HARI nanti akan berlaku malapetaka yang dahsyat. Bila? BILA-BILA MASA SAHAJA!





"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih." - [44:10-11]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?" - [67:17]

"Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung yang di dalamnya hujan batu supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki." - [24:43]


"....... atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit." - [34:9] 



Bencana Kaum Sodom - amaran telah diberikan tetapi mereka tetap
INGKAR & SOMBONG


Kebanyakkan daripada umat manusia sebelum ini musnah kerana tidak percaya dengan berita amaran yang telah disampaikan akhirnya musnah bersama dengan keangkuhan mereka. 

SEKIRANYA kajian dan hujah pengkaji ini TIDAK TEPAT, anggaplah kajiannya ini sebagai satu hipotesis yang bakal membawa kearah KEBENARAN. Hanya Tuhan yang Mengetahui KEBENARANNYA. Hanya DIA yang mengetahui para hambaNYA yang benar-benar IKHLAS.


Lingkaran Gunung Berapi Yang Masih AKTIF
menunggu masa untuk MELETUS!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini