Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Thursday 28 June 2012

Anda TIDAK Perlu BERNAFAS lagi!


Sel Darah Merah


Di masa akan datang anda tidak perlu lagi bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen kepada tubuh badan. Suatu kenyataan yang akan membuat anda terpinga-pinga sambil menyatakan "mengarut je ! " . Segalanya kekal MISTERI jika tidak mengkaji.

Para saintis daripada Boston telah menemui solusi yang dapat membantu pesakit untuk hidup selama 15-30 minit sekiranya pesakit mempunyai masalah untuk bernafas dengan menyuntik sejenis zarah halus kedalam saluran darah dan dengan serta merta akan memberi bekalan oksigen kedalam sistem tubuh badan tanpa melalui proses pernafasan. Dengan cara ini para doktor dapat menyelamatkan ramai pesakit yang mengalami masalah pernafasan kritikal tanpa memberi risiko serangan jantung atau radang otak keatas pesakit.

Penemuan ini telah berjaya diuji kepada binatang-binatang yang mempunyai masalah radang paru-paru dan kesannya sangat mengujakan. Binatang itu kelihatan pulih sedia kala tanpa melalui proses respirasi.

Pneumonia

John Kheir daripada jabatan kardiologi di Hospital Kanak-Kanak Boston menyatakan " Penemuan ini telah dibuat berdasarkan pengalaman pada tahun 2006. Pada ketika itu seorang kanak-kanak perempuan mempunyai masalah pneumonia dan masalah radang otak yang kritikal yang boleh menyebabkan kematian serta merta. Semenjak daripada itu para saintis yang terdiri daripada jurutera kimia dan doktor perubatan telah bergabung untuk mencipta solusi ini. Kami telah menguji penemuan kami dengan darah didalam tabung uji. Hasilnya cecair biru yang mengandungi partikel zarah oksigen bertukar menjadi MERAH dengan serta merta "



Skyrim Alchemy


Kepada pemain permainan video sebagai contoh SKYRIM , sudah biasa mendengar 'botol ubat' yang mampu menaikkan hayat karekter permainan video dengan serta merta. Kini anda tidak perlu risau lagi kerana 'botol ubat' itu anda boleh gunakan juga nanti :)



Dive Buddy


Penemuan ini bakal memudahkan para angkasawan dan mungkin kepada para penyelam laut dalam pada masa akan datang. Segalanya kekal MISTERI jika tidak mengkaji.


[ScienceDaily]


Tuesday 26 June 2012

TAFSIR MIMPI : Mimpi Belayar


Hidup umpama pelayaran disamudera. Ombak dan badai ditempuhi.


Mimpi belayar melambangkan kehidupan yang sedang anda lalui dan bagaimana anda mengatasi segala permasalahan didalam hidup anda. Anda melalui hidup dengan baik. Mimpi ini berkemungkinan sebagai satu metafora yang menyatakan kehidupan anda sedang "belayar dengan baik". Jika anda belayar mengharungi ombak dan badai ia bermaksud anda bakal mengatasi segala permasalahan dalam hidup. Sekiranya anda belayar bertentangan dengan arah angin, ianya bermaksud anda sedang mengalami sedikit kesulitan didalam hidup anda sekarang.



Monday 25 June 2012

Benarkah YAKJUJ dan MAKJUJ sudah MUNCUL?



Yakjuj & Makjuj?

Pelbagai pendapat telah diberikan oleh para ulama atau para cendekiawan berkenaan tentang apakah sebenarnya Yakjuj dan Makjuj. Kebanyakkannya bersepakat bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah sejenis makhluk yang Tuhan ciptakan bakal muncul ketika dunia hampir kiamat kelak.


Tembok ghaib?

Buku YAKJUJ & MAKJUJ Popular di pasaran


Apa yang hendak diketengahkan disini bukanlah sesuatu perkara yang biasa didengar oleh kita. Suatu kajian daripada seorang pengkaji yang saya spesifikasikan sebagai pandangan lain daripada yang lain tetapi mempunyai hujah yang tersendiri dan berani menyuarakannya.
Yakjuj dan Makjuj bukanlah satu golongan manusia(makhluk) yang membuat kerosakan diatas muka bumi tetapi merupakan limpahan lava gunung berapi. Zulkarnain telah membina sebuah empangan(tembok besi) untuk menyekat aliran lava gunung berapi yang mengancam kehidupan sebuah kaum yang berada dalam wilayah kekuasaannya...” jelas seorang pengkaji yang telah menyelidik bahasa Al-Quran lebih kurang setahun setengah yang lalu.


Mereka berkata, "Wahai Zulkarnain sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj membuat kerosakan di bumi maka adakah kami mengadakan bagi kamu satu upah untuk kamu membuatkan satu benteng antara kami dan antara mereka?" - [18:94]

Gambaran pengkaji pembinaan tembok besi yang dibina
oleh Zulkarnain pada pecahan dua tebing kawah gunung berapi.


Perkataan YAKJUJ  mempunyai kata akar ALIF-JIM yang membawa pengertian ‘api yang menyala’. Perkataan MAKJUJ mempunyai sama maksud dengan perkataan ‘Maja’ dan ‘Yamuj’ yang membawa pengertian ‘gelombang atau penyebaran’. Jadi YAKJUJ DAN MAKJUJ diertikan sebagai ‘gelombang api yang menyala’ ” ujar beliau untuk menyokong kuat hujahnya bahawa Yakjuj dan Makjuj bukanlah makhluk seperti yang digambarkan, tetapi ianya adalah lava gunung berapi.


Kamus Quran Lexicon

Ayat-ayat Al-Quran yang mencatat kisah pembinaan TEMBOK BESI yang dibina oleh Zulkarnain :


Berkata "Apa yang Pemeliharaku meneguhkan kepadaku adalah lebih baik maka bantulah aku dengan kekuatan dan aku akan membuatkan satu benteng antara kamu dan antara mereka. Berilah aku kepingan-kepingan besi." Sehingga apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi dia berkata, "Tiuplah!". Sehingga apabila dia telah membuatnya api dia berkata, "Berilah aku supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya." - [18:95-96] Maka mereka tidak boleh sama ada untuk mendakinya atau menebuknya. Berkata, 'Ini adalah satu pengasihan daripada Pemeliharaku. Tetapi apabila janji Pemeliharaku datang DIA menjadikannya musnah dan janji Pemeliharaku adalah benar'. - [18:97-98]


Ayat 18:95-98 menceritakan bahawa Zulkarnain telah diminta untuk membina sebuah tembok daripada kepingan besi yang kuat. Pembinaan besi ini mampu menghalang daripada ‘Yakjuj & Makjuj’ daripada keluar daripada kawah tersebut dan melimpah ke kawasan penempatan yang berhampiran. Zulkarnain berpesan, walaubagaimanapun kuat tembok ini dibina, dengan izin Tuhan ianya akan hancur juga satu hari nanti.

Ayat-ayat lain yang menceritakan tentang ‘Yakjuj & Makjuj’ yang telah memusnahkan kaum nabi-nabi terdahulu.

Sehingga apabila Yakjuj dan Makjuj dibukakan
dan mereka melongsor turun dari tiap-tiap lereng. [21:96]

"Dan Jeritan mengambil mereka pada waktu matahari terbit." - [15:73] 
"Dan Kami menghujani mereka dengan suatu hujan maka perhatikanlah kamu bagaimana kesudahannya orang-orang yang berdosa." - [7:84]  
"...... adalah buruk hujan orang-orang yang diberi amaran." - [26:173] 
"Kami mengutuskan kepada mereka angin ribut  yang mengandungi batu." - [54:34]  
"Maka apabila perintah Kami datang, Kami menterbalikkan yang atasnya ke bawahnya dan menghujaninya dengan batu-batu daripada tanah liat yang dibakar bertubi-tubi." - [11:82]


SEKIRANYA apa yang dinyatakan oleh pengkaji ini BENAR, apakah persiapan kita? Kita sendiri lihat sejak akhir-akhir ini banyak BENCANA-BENCANA ALAM timbul disana sini; Tsunami, letusan gunung berapi diserata dunia, cuaca tidak menentu dan sebagainya. Didalam satu ayat Tuhan memberi amaran bahawa SATU HARI nanti akan berlaku malapetaka yang dahsyat. Bila? BILA-BILA MASA SAHAJA!





"Maka berjaga-jagalah akan satu hari apabila langit mendatangkan asap yang jelas menutupi manusia ini adalah azab yang pedih." - [44:10-11]

"Adakah kamu berasa aman bahawa Dia yang di langit tidak akan mengutus kepada kamu angin ribut yang mengandungi batu kemudian kamu akan mengetahui bagaimanakah dengan amaran-Ku?" - [67:17]

"Dan Dia menurunkan dari langit, gunung-gunung yang di dalamnya hujan batu supaya Dia menimpakan kepada siapa yang Dia mengkehendaki dengannya dan memalingkannya daripada siapa yang Dia mengkehendaki." - [24:43]


"....... atau Kami menjatuhkan kepada mereka serpihan dari langit." - [34:9] 



Bencana Kaum Sodom - amaran telah diberikan tetapi mereka tetap
INGKAR & SOMBONG


Kebanyakkan daripada umat manusia sebelum ini musnah kerana tidak percaya dengan berita amaran yang telah disampaikan akhirnya musnah bersama dengan keangkuhan mereka. 

SEKIRANYA kajian dan hujah pengkaji ini TIDAK TEPAT, anggaplah kajiannya ini sebagai satu hipotesis yang bakal membawa kearah KEBENARAN. Hanya Tuhan yang Mengetahui KEBENARANNYA. Hanya DIA yang mengetahui para hambaNYA yang benar-benar IKHLAS.


Lingkaran Gunung Berapi Yang Masih AKTIF
menunggu masa untuk MELETUS!


Friday 22 June 2012

MISTERI Burger McD Nampak SEDAP







"First IMPRESSION is the LAST impression"


Dalam setiap perniagaan ini adalah salah satu perkara penting terutama sekali didalam pengiklanan baik secara media elektronik atau media cetak.

Kadang-kadang kita tertanya "Apesal burger dalam TV nampak sedap, yang bebetul tak macam tu pun?"

McDonald Kanada telah menyiarkan bagaimana proses fotografi dilakukan supaya burger mereka kelihatan menarik dan membuatkan anda lapar apabila melihatnya. Ini akan menjawab persoalan anda kenapa 'burger' McDonald nampak sedap 'giler' dalam iklan mereka.







Ada lagi satu RAHSIA yang ingin saya kongsikan kepada pembaca Ceciter Misteri. Kenapa anda lebih mudah untuk singgah ke McD bila terasa lapar? Salah satu rahsianya adalah pada WARNA yang digunakan iaitu MERAH.

Jika anda menjual produk makanan, lebihkan warna MERAH
supaya ianya boleh meransang nafsu makan pelanggan anda.

"Warna membawa gelombang tertentu dan ianya bertindak se-harmoni dengan gelombang EMOSI anda"



Klik gambar untuk melihat dengan lebih jelas



Jadi, jika anak anda susah nak makan, tukar warna ruang makan kepada warna MERAH kerana ianya akan memberi dorongan kepada nafsu makannya dan jika pekerja anda kurang produktif, tukarkan warna pejabat kepada warna BIRU kalau tak berkesan juga, naikkan sahaja gajinya hehe.


Setelah saya memberi sedikit ilmu tentang KEINGINAN dan PSIKOLOGI WARNA kepada anda, saya ingin bertanya satu perkara " Adakah keinginan anda membeli sesuatu JENAMA itu disebabkan keinginan anda sendiri atau disebabkan ada faktor dorongan lain? " Jawapan saya adalah "Anda sebenarnya telah di HIPNOSIS di alam bawah sedar " Pelajari ilmu ini bersama Master Rey , beliau akan menjelaskannya kepada anda dengan terperinci.




Sebagai hadiah kepada pembaca Ceciter Misteri ,  kami ingin menghadiahkan anda kupon 'breakfast' McDonald sebagai tanda penghargaan kami kepada anda. Sila klik link 'KLIK & PRINT' dibawah dan 'print' untuk penebusan.



Available from 4am - 11am. Redemption limited to 4 coupons per customer in one receipt. 
Photocopy, B&W print-out allowed. While stocks last. 



Segalanya Kekal MISTERI sekiranya tidak mengkaji

Wednesday 20 June 2012

Misteri MUZIK boleh MEMBUNUH


" Getaran jiwa
Melanda hatiku
Tersusun nada
Irama dan lagu

...

Andai dipisah
Lagu dan irama
Lemah tiada berjiwa
Hampa "

Getaran Jiwa - Tan Sri P.Ramlee


Begitulah lirik lagu Getaran Jiwa yang ditulis oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Memang benar lagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan getaran. Setiap sesuatu itu mempunyai getaran tertentu -- perbuatan, emosi, fikiran, lukisan, tulisan kesemuanya mempunyai energi-energi yang membawa kepada 2 perkara ; Positif atau Negatif.

Dikalangan para pembaca mesti mempunyai lagu kegemaran. Tak jemu didengar walaupun lagu kegemaran diulang berkali-kali. Mengapa terjadi begitu? Kerana getaran pada lagu itu seiring atau dengan kata lain 'Synchronise' dengan getaran yang ada pada diri. Begitu juga dengan perkara yang lain, jika anda suka kepada kekasih anda, kerana getaran pada diri anda, sama dengan getaran pada diri kekasih anda.

Daripada perspektif saintifik, telah terbukti bahawa muzik boleh mendorong emosi kita kepada keadaan tertentu; seperti gembira, sedih, bersemangat, negatif, positif dan seterusnya.

Didalam kajian juga, muzik boleh mengurangkan stress, menguatkan memori dan ianya mampu memberi perubahan psikologi kepada para pendengar.



Muzik Meningkatkan Daya Ingatan


Apa yang ingin diceritakan oleh saya pada kali ini ialah tentang sejarah muzik yang telah membawa perubahan drastik kepada para pendengarnya. Mungkin anda tidak pernah mendengar seorang komposer yang bernama Seress Reszo berasal daripada Hungary. Pada tahun 1932 ketika dunia mengalami 'Great Depression' , beliau telah mencipta sebuah lagu yang berjudul Gloomy Sunday. Kisah lagu ini dicipta adalah kerana beliau berada didalam keadaan tertekan disebabkan perhubungan beliau dengan tunang mengalami kemusnahan.

Seress Reszo

Dipendekkan cerita, lagu ini mendapat sambutan hangat. Seorang pemuda di Budapest telah mendengar lagu ini dengan penuh penghayatan di sebuah cafe. Setelah selesai acara, pemuda itu pulang ke rumah menceritakan keadaannya yang pelik setelah mendengar lagu ini kepada keluarganya. Disebabkan beliau tidak tahan dengan keadaan yang aneh setelah mendengar lagu Gloomy Sunday, beliau telah membunuh diri.

Banyak lagi peristiwa bunuh diri berlaku setelah pendengar mendengar lagu Gloomy Sunday sehinggakan pihak stesen radio terpaksa mengharamkan lagu ini. Mungkin ada yang beranggapan pengaruh lagu ini hanya terhad dikalangan para remaja dan dewasa sahaja. Seorang vateran berumur 82 tahun telah membuat keputusan membunuh diri terjun daripada bangunan tingkat 7 di New York setelah selesai memainkan lagu ini dipianonya.


Gloomy Sunday menyebabkan ramai pendengar membunuh diri


Pada tahun 1968 komposer Gloomy Sunday Seress Reszo juga telah mengambil tindakan membunuh diri. Bekas tunangnya juga telah bertindak membunuh diri dengan disisinya sekeping kad yang tercatat  - Gloomy Sunday.

Menurut laporan, dianggarkan tidak kurang daripada 200 orang telah membunuh diri setelah mendengar lagu ini.

Setelah perang Dunia Kedua tamat, situasi tegang mulai reda sedikit demi sedikit, para pendengar sudah lupa tentang peristiwa ngeri lagu ini. Gloomy Sunday diperdengarkan semula kepada orang awam.


Gloomy Sunday


Walaubagaimanapun kisahnya, Gloomy Sunday merupakan salah satu bukti bahawa muzik mampu mendorong emosi anda kepada TINDAKAN tertentu. Didalam istilah psikologi ianya dipanggil 'Anchoring'. Berhati-hati dengan apa yang anda dengar, baca, kata, rasa kerana ianya mampu mempengaruhi EMOSI anda dan yang lain.


"Semakin kuat mempengaruhi EMOSI, semakin kuat ia mendorong kepada TINDAKAN"


Segalanya Akan kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji.


Jika anda mempunyai lagu yang ingin dirakam dalam bentuk EP/LP hubungi BOM Productions kerana mereka mampu merealisasikan impian anda yang selama ini terpendam. Jangan persiakan bakat dan impian anda.



Hubungi Bom Productions



Tuesday 19 June 2012

MAGIK! Anda Boleh TUKAR Udara kepada AIR


Adakah ini suatu perkara yang mustahil? Mungkin ada yang berkata "Gila mana boleh tukar udara jadik air". Benar, sememangnya ini satu perkara gila sebab ilmu ini tidak ada lagi didalam pengetahuan anda. Begitu juga suatu ketika dahulu ketika pencipta telefon bimbit mengatakan beliau ingin mencipta telefon yang boleh dibawa kemana sahaja tanpa wayar. Sekarang ini ciptaan 'orang gila' itu digunakan setiap hari.

Segalanya Akan kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji.


Bagaimana menukar udara kepada air?


Eole Water sebuah syarikat di Perancis telah mereka-cipta sebuah teknologi yang canggih mampu menukar udara kepada air dikenali sebagai WMS1000. Bukan itu sahaja alat itu juga mampu membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna.



Dengan kelajuan 24kmh, alat ini mampu menjana 500-1000 liter air
dan 30 kilowatt tenaga elektrik
 





WMS1000 mengubah tenaga kinetik angin kepada tenaga elektrik pada masa yang sama ia akan menyedut udara ke turbin. Kemudian angin yang disedut terus ke sistem penyejuk dimana lembapan akan diserap. Air daripada lembapan udara akan disalurkan ke tangki melalui saluran paip, ditapis dan dibersihkan supaya ianya selamat untuk diminum.



Sebenarnya banyak lagi teknologi yang lebih hebat telah dicipta untuk kemudahan manusia. Tetapi ianya telah DISIMPAN secara RAHSIA dan penciptanya telah dibunuh oleh 'Badan Rahsia'. Salah seorangnya adalah ;

Nikola Tesla

Monday 18 June 2012

Ada SESUATU sedang mengintai ANDA!





Google dan Apple sedang berlumba-lumba untuk membuat perisian peta yang mampu melihat anda dimana sahaja. Walaupun anda sedang mandi dikolam renang di laman rumah anda!

Kedua-dua syarikat gergasi ini dilaporkan menggunakan kapal terbang perisik teknologi tertinggi tentera yang menyediakan peta yang sangat TELITI.


Gambar daripada Google Satelit ini menunjukkan mereka
yang sedang berjemur diatas bumbung di kota Manhattan.


Apa yang lebih memeranjatkan, " ianya berkupayaan untuk merakam gambar objek sekecil 4 INCI ".


Teknologi ini ada kebaikkannya tetapi secara tidak lansung telah mengancam HAK PRIVASI orang awam. 

Adakah teknologi hanya mampu melihat objek sekecil 4 inci sahaja? Saya percaya teknologi mampu melihat apa yang ada dalam tubuh anda sekecil-kecil zarah pada jarak ribuan kilometer! 

Segalanya kekal MISTERI jika tidak mengkaji. 

Ini Wajah MANUSIA di BUMI?

Adakah hanya manusia yang berada dibumi ini sahaja dikategorikan sebagai makhluk Tuhan yang mempunyai akal fikiran? Apakah tiada makhluk lain yang sama hebat seperti manusia atau lebih hebat yang tinggal di angkasa lepas yang luas terbentang?

Ada yang percaya ada yang tidak. Terpulang kepada individu. Walaubagaimanapun sistem kepercayaan anda ianya tidak akan mampu mengubah kebenaran walaupun ianya menjadi MISTERI untuk anda.


"Fakta boleh diubah, tetapi bukan KEBENARAN"


Sebuah tengkorak yang berumur 900 tahun telah ditemui di dalam terowong di sebuah lombong kuari di Mexico. Bentuk tengkorak yang sangat luarbiasa berbeza dengan tengkorak manusia berspesis homosapiens.

Tengkorak 'StarChild' ditemui di Mexico


Ianya telah diberi nama sebagai 'StarChild'.

Nama Starchild diberi oleh para saintis kerana berat tengkoraknya separuh daripada berat tengkorak manusia biasa seberat 1kg. Walaubagaimanapun para saintis menafikan tengkorak yang ditemui ini adalah kepunyaan budak kecil.

Hasil daripada kajian DNA mendapati "setelah dibuat kajian melalui data-data yang diperoleh secara menyeluruh, bentuk tengkorak ini adalah unik dan tidak dimiliki oleh mana-mana genetik manusia di muka bumi ini, samada disebabkan oleh mutasi, masalah genetik, kecacatan, penyakit dsb"




"Spesis ini juga dipercayai mempunyai keupayaan melebihi daripada keupayaan manusia biasa mampu lakukan."

Kita menggelarkan mereka 'Makhluk Asing' kerana rupanya yang sangat asing kepada kita. Mungkin juga mereka menggelarkan kita dengan gelaran yang sama. Daripada mana asal mereka, tiada siapa mampu mengklasifikasikannya. Kajian JELAS menyatakan, ia bukan daripada BUMI!!

Prometheus - www.imdb.com/title/tt1446714


Jika mereka mampu datang ke bumi dengan teknologi yang mereka miliki, mengapa manusia di bumi tidak mampu lagi ke tempat mereka? Segalanya akan terus menjadi MISTERI sekiranya tidak mengkaji .



Lakaran Wajah 'StarChild'








Sunday 17 June 2012

UFO ditemui di Lautan Baltik?



Illustrasi Pelukis - vaghauk.deviantart.com


Sebuah kapal UFO telah dijumpai di Lautan Baltik tahun lepas. Misteri penemuan kapal ini masih belum terungkai dan masih menjadi MISTERI.

Bagaimana kapal ini boleh berada didasar Laut Baltik? Adakah benar UFO wujud? 'Makhluk Asing' wujud atau hanya cerita dongeng sains?






Pada 19 Jun 2011 pasukan peneroka harta karun daripada Sweden telah meneroka ke dasar Laut Baltik dengan mengunakan teknologi sonar, apa yang mengujakan mereka adalah mereka telah menemui struktur berbentuk cakera yang mempunyai kedalaman 90 meter. Para penyelidik diseluruh dunia tidak dapat menerangkan hal ini dan masih menjadi misteri atau mereka sengaja merahsiakan sesuatu daripada pengetahuan DUNIA?


Skuad penyelam mendapati trek gelincir UFO sepanjang 300-meter


Objek yang tersangat besar terapung 3-4 meter di atas dasar laut dan berdiameter 60 meter. Ahli ekspedisi yang menemui objek itu menggambarkan ianya berbentuk bulatan dengan tepi yang bergerigi dan sisi cengkung. Ianya mirip seperti sebuah cendawan yang besar atau lebih tepat lagi seperti Millennium Falcon daripada filem Star Wars.



Friday 8 June 2012

'Nabi' Melakar Peta Syurga?


Tebogo menjelaskan bagaimana rupa syurga yang sebenar



Seorang lelaki dikenali sebagai Tebogo Letsie Mthembu berasal daripada Mandeni, Afrika Selatan mengakui pernah mengunjungi syurga sebanyak 4 kali. Beliau juga telah melakar peta syurga didinding rumahnya untuk memberi gambaran bagaimana keadaan syurga yang sebenar.


Beliau juga telah mengaku diri sebagai seorang nabi dan mengatakan ada 11 jenis syurga dan dia telah mengunjungi kesemuanya. Jadalem adalah sebuah planet yang diliputi air dan ais merupakan planet yang pernah dikunjungi oleh  Mthembu .


"Saya diajak ke syurga kelima yang disebut sebagai Crista, di situ saya bertemu dengan Jesus (Nabi Isa) di sebuah kota yang dinamakan Sharomy" katanya kepada akhbar Sowetan.


Sejak kembali dari perjalanan terakhirnya ke syurga pada tahun 2008, Mthembu menggambarkan peta syurga serta penghuninya. Itulah yang ingin dia tunjukkan pada dunia.


Beliau mengajak manusia seluruh dunia untuk melihat peta syurga yang dibuatnya kerana suatu hari nanti pasti ada orang China, Inggeris, atau Jepun yang mengaku membuat peta syurga. "Afrika Selatan akan dilupakan sebagai tempat peta syurga pertama dilakar," jelasnya.



KISAH BENAR : Mati Hidup Semula




Brazil - Seorang budak lelaki hidup semula dan telah meminta sedikit air. "Kemudian anak saya mati semula" Begitulah kata bapa kepada budak lelaki itu menceritakan pengalaman bagaimana anaknya hidup dan kemudian mati semula. Arwah anaknya mengalami masalah 'pneumonia' telah disahkan mati oleh doktor telah dimasukkan kedalam plastik mayat dan diserahkan kepada ibubapanya. 


Ketika kejadian berlaku, anaknya hidup dan meminta sedikit minuman. Para hadirin yang hadir menjerit ketakutan. Setelah meminta minuman, beliau kemudian baring semula dan mati. 


Budak lelaki yang dikenali sebagai Kelvin telah dibawa semula ke hospital oleh keluarganya untuk mengesahkan semula kematiannya, tanpa memberitahu kejadian yang berlaku. "Kemungkinan mereka tidak memeriksanya dengan teliti, saya bertekad untuk mencari apa yang sebenarnya berlaku" kata bapanya.


PENEMUAN : Rangka Manusia Pontianak




Menurut kepercayaan mitos dahulukala manusia yang berperangai buruk akan bertukar menjadi pontianak selepas meninggal dunia. Hanya logam dan kayu yang ditebuk dibahagian dada dapat menghalang kebangkitan makhluk berkenaan.


Di Bulgaria, pasukan arkeologi menemui dua rangka manusia berusia 800 TAHUN dalam keadaan misteri dengan serpihan logam tertanam dibahagian dada.


"Dua rangka berkenaan dicucuk dengan logam. Keadaan ini sama seperti yang dipraktikkan oleh penduduk kampung di Bulgaria pada abad ke-20 bagi menghalang seseorang itu bertukar menjadi pontianak" - The Daily Mail


Adakah makhluk ini benar wujud atau sekadar mitos masyarakat dahulukala untuk menakut-nakutkan anak mereka? Tiada siapa tahu kebenarannya. Setakat ini tiada laporan kes yang keluar didada akhbar berkenaan manusia digigit pontianak atau penduduk kampung melaporkan pontianak mengganas di kampung mereka. Melainkan zombi mengganas di Kampung Pisang :)


Sumber : MyNewsHub


TAFSIR MIMPI : Mimpi Berlari



BERMAKSUD : Tekad & Motivasi diri anda didalam mencapai apa yang anda inginkan dalam hidup. Anda akan BERJAYA diantara orang yg berada disekeliling anda. Secara tidak lansung anda perlu membuat keputusan PANTAS didalam hidup!! 


"FAST Action, Fast Result"....


TAFSIR MIMPI : "Mimpi Kematian Seseorang"






Mimpi tentang kematian SESEORANG ; simbol kepada berkurangnya kualiti perhubungan keluarga/persahabatan/percintaan terhadap orang yang anda mimpikan. 

Mimpi kematian IBUBAPA yang masih hidup ; membawa maksud akan berlaku perubahan yang signifikan didalam kehidupan harian anda. Akan ada suatu perkara baru didalam perhubungan anda dengan ibubapa.

Mimpi kematian ANAK bermaksud ; anda perlu ubah sikap kebudak-budakkan untuk menjadi lebih matang.

Mimpi kematian DIRI SENDIRI ; akan mengalami perubahan dalam fasa kehidupan anda. Ianya simbol perubahan dalaman, transformasi yang berlaku dalam kehidupan anda. 


Kematian secara POSITIF bermaksud:
perubahan dalaman, transformasi,anda telah melupakan peristiwa yang lalu, perubahan kepada keadaan yang lebih baik dsb.

NEGATIF ; simbol kepada kesakitan dalam perhubungan, ketidaksihatan diri anda, tabiat buruk yang merosakkan diri. Anda berkemungkinan berada dalam keadaan depresi atau anda merasakan tertekan dengan seseorang yang anda mimpikan dalam kehidupan anda sekarang.

Ianya juga membawa maksud anda terlalu memikirkan seseorang yang sedang tenat sakit atau mati.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini