Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Friday 14 November 2014

TUJUH Fenomena MISTERI Kehidupan

TUJUH Fenomena MISTERI Kehidupan



1. Déjà Vu

Déjà Vu adalah keadaan perasaan anda yang merasakan seperti pernah mengalami peristiwa yang sedang berlaku.

2. Déjà Vécu

Déjà Vécu adalah sama seperti Déjà Vu tetapi ia lebih detail. Jika Déjà Vu seolah anda pernah MELIHAT peristiwa yang sedang berlaku.

Tetapi Déjà Vécu anda seolah pernah MENDENGAR beserta dengan BAU, pengalaman yang anda sedang lalui.

3. Déjà Visité

Déjà visité adalah perasaan anda seolah-olah pernah lawati tempat yang anda lawati sekarang ini.

Apabila anda berjalan disatu tempat anda merasakan anda pernah pergi ketempat ini.

Mungkin didalam mimpi atau melalui pengalaman mistik anda.



4. Déjà Senti

Fenomena ini seolah anda sudah merasakan ianya telah berlaku.

Misalnya, anda merasakan anda sudah bercakap tentang sesuatu hal kepada rakan anda.

Sebenarnya anda tidak menyatakan lansung kepada rakan anda pun.

Ianya hanya berlaku didalam fikiran anda sahaja.




5. Jamais Vu

Jemais Vu ia berlawanan dengan Dejavu.

Ianya sesuatu yang anda tidak dapat pastikan.

Pengalaman ini berlaku apabila anda menyebut suatu perkataan misalnya perkataan 'biawak' banyak kali.

Apabila anda sebut banyak kali bunyi akan jadi pelik dan makin lama anda sendiri tidak faham apa yang anda sebutkan.



6. Presque Vu

Presque Vu, anda cuba mengingati sesuatu nama atau perkataan.

Ia seolah anda sudah nampak didalam minda anda perkataan atau nama itu, tetapi tak dapat menyebutnya.



7. L’esprit de l’Escalier

Perasaan atau pengalaman ini selalu berlaku didalam kehidupan seharian.

Pada ketika kita ingin menyampaikan sesuatu perkara, kita lupa atau tidak ingat apa yang hendak disampaikan.

Tetapi, bila kita sudah pulang atau tamat perbualan, baru kita ingat apa yang hendak disampaikan

Monday 15 September 2014

9 Pengalaman 'REAL' Disaat Hampir MATI

9 Pengalaman 'REAL' Disaat Hampir MATI


Pengalaman ini bukannya diambil daripada kitab-kitab mana-mana agama. Tapi nukilan pengalaman mereka disaat hampir mati.

Inilah pengalaman yang mereka lalui:


1. Melihat Cahaya




Kebanyakkan menyatakan mereka melalui pengalaman melihat cahaya terowong yang cerah dipenghujung terowong.

2. Melihat Tubuh Sendiri





Pengalaman melihat tubuh sendiri juga pengalaman yang biasa diceritakan oleh mereka yang pernah merasai pengalaman hampir mati.

Terasa diri terapung dan dapat melihat tubuh sendiri yang sedang kaku. Dapat melihat keadaan sekeliling bilik dan mereka yang ada didalam bilik.

3. Berjumpa Dengan Malaikat Yang Menjaga





Ramai yang memberi laporan, bahawa mereka berjumpa malaikat yang membimbing mereka sepanjang perjalan hidup dimuka bumi.

Mereka akan ditemani oleh malaikat ini sehingga 'roh' dikembalikan ke jasad semula.


4. Berjumpa Dengan Ibu Yang Telah Meninggal Dunia



Kebanyakkan mereka yang pernah merasai saat hampir mati dapat berjumpa dengan arwah si ibu.


5.Berjumpa Dengan Saudara/Adik Beradik Yang Telah Mati



Pengalaman berjumpa dengan sanak saudara dan adik beradik yang telah mati, adalah suatu pengalaman yang biasa.


6. Melihat Semula Perbuatan Ketika Di Dunia



Mereka dapat melihat semula pengalaman/perbuatan yang paling manis dan pahit ketika didunia. Mereka dapat melihat peristiwa ini seakan menonton video.


7. Dapat Melihat Dan Mendengar Mereka Yang Ziarah 



Ramai yang dapat melihat dan mendengar mereka yang datang ziarah, tetapi tubuh tidak bermaya untuk berinteraksi.

8.Berasa Aman Dan Tenang





Merasa terlalu tenang dan aman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa ini tidak dapat dirasa oleh kita yang berada dialam fizikal ini.


9. Tidak Mahu Pulang Ke Jasad Semula




Rasa yang teramat aman dan tenang itu membuatkan ramai yang melalui saat pengalaman hampir mati ini, tidak mahu pulang ke jasad semula.

Jika perasaan disaat mati itu digambarkan seperti syurga, apa agaknya gambaran perasaan ketika terpaksa kembali ke jasad semula?


Sekiranya anda pernah merasai pengalaman ketika hampir mati, kemudian kembali ke jasad semula, bolehlah kiranya berkongsi pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

Monday 8 September 2014

Monday 1 September 2014

16 Manusia Luar Biasa

16 Manusia Luar Biasa



1. Mata X-Ray

Natasha Demkina gadis Russia mampu melihat tembus ke dalam badan manusia. Beliau mampu mengdiagnos masalah dalam tubuh.

Sehingga umur 10 tahun, Natasha adalah seperti kanak-kanak biasa. Ketika umur 10 tahun beliau mula memiliki mata X-Ray.

"Ketika saya bersama dengan ibu, saya mampu melihat organ didalam tubuh ibu saya. Dalam beberapa saat, saya mampu melihat kedalam tubuh dan menganalisanya.." ujar Natasya




2. Tubuh Magnetik

Liew Thow Lin berasal daripada Malaysia mampu melekatkan barang besi ditubuh.







3. Memori Yang Sangat Kuat

Daniel Temmet memiliki daya ingatan yang sangat kuat. Beliau mampu menghafal nombor Phi sehingga 22,414 digit dalam masa 5 jam, 9 minit pada 14 Mac 2004.

"Setiap nombor mempunyai tekstur, warna, bentuk dan rasa yang berbeza.." ujarnya. Ini membuatkan beliau mudah untuk menghafal setiap nombor.

Menurut pengalaman beliau, nombor 289 mempunyai bentuk yang hodoh, 333 memiliki rupabentuk yang menarik dan Phi sangat cantik.

Ini membuktikan setiap nombor mempunyai frekuensi tertentu.





4. Tidak Perlu Tidur

Al Herpin tidak tidur dan mendakwa mampu pergi kerja dan kemudian berehat dikerusi malasnya sehingga keesokkan harinya. Beliau tetap sehat sehingga umur 94 tahun.








5. Perut Besi

Michel Lotito mampu makan objek yang tidak mampu dihadam oleh perut manusia. Beliau mampu makan besi, getah dan objek-objek lain.






6. Bertutur Banyak Bahasa

Harold Williams mampu bertutur 58 bahasa.

Ketika berumur 7 tahun beliau mengatakan mempunyai pengalaman luarbiasa. Beliau merasakan seperti otaknya seakan meletup.

Semenjak daripada pengalaman itu, beliau mempelajari bahasa latin, akar kepada banyak bahasa.

Beliau banyak meluangkan masa ke negara-negara didunia untuk mempelajari bahasa.







7. Mata Helang

Veronica Seider mampu melihat objek yang sangat kecil.

Pada 1972 Universiti Stuttgart di Barat German mengatakan beliau mampu melihat objek 20 kali berbanding manusia biasa.

Beliau mampu melihat sejauh 1.6km!




8. Penglihatan Sonar (seperti kelawar dan ikan lumba)

Ben Underwoods hilang penglihatan disebabkan penyakit kanser. Beliau mampu melihat melalui alat pendengarannya iaitu telinga.

Klik untuk tonton kelebihan beliau







9. Ketahanan Sakit 

Tim Cridland memiliki daya tahan sakit yang sangat tinggi.








10. Berkomunikasi Dengan Haiwan

Kevin Richardson mampu berkomunikasi dengan haiwan melalui daya intuisi.









11. Daya Rasa Yang Tinggi

Arthur Lintgen ahli fizik amerika mampu mengetahui lagu dalam phonograf samada ianya kuat atau perlahan melalui daya rasanya sahaja tanpa mendengar lagu yang terdapat didalam phonograf.









12. Manusia Komputer

Shakuntala Devi berasal daripada India berupaya mengira melebihi daripada keupayaan manusia biasa.

Beliau telah diuji di Universiti California dan ianya terbukti mampu mengira nombor yang sangat kompleks dengan cepat.









13. Memori Fotografi

Stephen Wiltshire, artis arkitek mampu melihat pemandangan sekali imbas dan melukisnya dengan tepat.

Beliau mampu melukis seluruh bandar London setelah beliau dibawa bersiar-siar dengan menaiki helikopter.






14. Lari Jarak Jauh

Orang asli Mexico yang dikenali sebagai Tarahumara dikenali dengan kemampuan untuk lari jarak jauh.

Mereka digelar sebagai Rarámuri dalam masyarakat Tarahumara yang bermaksud "pelari yang pantas".

Mereka mampu belari 320km dalam satu masa selama 2 hari tanpa henti.






Dean Kernazes pula mampu belari 560km dalam 80 jam 44 minit tanpa tidur pada tahun 2005.






15. Orang Ais

Win Hof berumur 50 tahun mampu duduk didalam ais dalam jangkamasa yang lama.

Beliau telah mendaki gunung Kilimanjaro dan Gunung Everest dengan berseluar pendek dan telah memecah rekod dunia dengan berenang air sejuk dan belari di gurun tanpa minum.

Beliau menggunakan teknik meditasi yang membuatkan beliau tidak merasa sejuk. Beliau juga mendakwa bahawa beliau mampu meningkatkan sistem imuniasasi tubuhnya yang membuatkan beliau tidak menghadapi sebarang sakit ketika merendamkan diri didalam ais.







16. Kuasa Refleks

Isao Machi, guru Laido mempunyai daya refleks yang sangat tinggi.





Klik video untuk saksikan ketangkasan Isao Machi.






Monday 4 August 2014

RAHSIA DNA Dibongkar - Struktur DNA Boleh Diubah Dengan...

RAHSIA DNA Dibongkar - Struktur DNA Boleh Diubah Dengan...





Saintis biofizik dan biologis molekul Russia Pjotr Garjavev membuat kajian dan menemui bahawa gelombang pemikiran mampu mengubah struktur molekul DNA pada tubuh.

"Kromosom berfungsi seperti komputer hologram yang menggunakan sinaran laser DNA endogen".

Ianya bermaksud, pola frekuensi tertentu mampu dimodulasi dengan menggunakan sinar laser untuk mempengaruhi frekuensi DNA dan informasi genetik pada tubuh.

Ini secara tidak lansung membuktikan, niat atau afirmasi melalui pemikiran, hypnosis juga dapat mempengaruhi tubuh badan manusia secara lansung.

Terkini, pakar Russia sedang mencipta alat yang mampu mengubah struktur DNA melalui gelombang radio dan frekuensi cahaya untuk merawat masalah genetik pada kromosom.

'Alat' sediada yang mampu mengubah struktur genetik pada tubuh, ada pada diri kita sendiri melalui pemikiran/niat/kepercayaan kita sendiri.

Setiap niat atau afirmasi pemikiran mempunyai gelombang tertentu.

Berhati-hati dengan apa yang kita fikir dan percaya kerana ia mampu merawat dan juga memusnahkan tubuh badan anda!


Sumber Rujukan:

http://www.washington.edu/news/2013/12/12/scientists-discover-double-meaning-in-genetic-code/

http://preventdisease.com/news/12/091112_97-Percent-of-Our-DNA-Has-a-Higher-Purpose-And-Is-Not-Junk-As-Labeled-By-Scientists.shtml

http://www.sciencemag.org/content/342/6164/1367.abstract

Monday 21 July 2014

HARAM Berkahwin Wanita Satu Sekolah!

HARAM Berkahwin Wanita Satu Sekolah!







Mie : Aku nak kahwin la Joi

Joi : Dengan budak mana ?

Mie : Satu sekolah .

Joi : Issh mana boleh kahwin satu sekolah..Haram tu !

Mie : Ehh, apasal lak haram ? Kau ni dah terikut ajaran sesat ke apa ?

Joi : Aku ni alim gak . Aku pun ada dengar ceramah kat masjid

Mie : Okay, bagitahu aku , sebab apa sampai jadi haram ?

Joi : Islam suruh kahwin paling ramai 4 orang je .Kalau dah satu sekolah ada 200 , 300 orang perempuan, kan haram .

Mie : #@$*@#

Sunday 13 July 2014

Betul Ke GWGFX Scam?

Betul Ke GWGFX Scam?



Ada yang percaya ada yang tidak percaya skim terbaru di Malaysia sekarang ni iaitu GWGFX adalah SCAM!

Betul ke?

Nampak macam SCAM je, tapi biasalah orang kita memang suka dengan skim-skim cepat kayap nih. Ya lah..cepat dapat duit. Lambat dapat duit siapa pun tak nak.

Ada juga rakan yang duk promote ni, tapi memang sejak daripada dulu lagi tak berapa minat dengan sistem MLM ni. Bukan MLM tak bagus, ada gak yang bagus, cuma tak kena dengan jiwa.

Ada sistem MLM yang bagus macam BOB2e.com . Genuine!

CEO nya dulu pakai Mercedez . Sekarang dah pakai Bently plak. Dasat lu bro. Dia punya seksobar(absorber) kalau rosak, katanya RM13,000 kena siapkan duit. Memang harga cam nak nikah anak dara sekarang.

Berbalik kepada citer GWGFX ni. Gaya diorang nak pikat pelabur cam biasa la, gunakan kereta-kereta mewah. Macam LAMPBERGER dulu yang selalu duk tarik pelabur kat satu restoran melayu di Kuala Lumpur. Tu pun pernah gak kawan promote. Last-last bungkus siap ikat tepi lagi.

Baru-baru ni YSLM pulak. Adeh, mungkin ni kesan kata harga petrol nak naik kot. Entahlah.


Mana pengkalan GWGFX?


Katanya di Saint Vincent and Grenadines.

Celah mana negara tu wujud?




Alamat dia :

Global Wave Gold Corporation
Suite 305, Griffith Corporate Center,
PO Box 1510 Beachmont
Kingstown, St. Vincent & Grenadines

Pakai PO Box? Kenapa syarikat yang boleh buat besar keuntungan JUTA-JUTA pakai PO BOX? Smell like tin spirit..



Mana Pi Link MT4?

Celah mana pun carik memang tak jumpa link MT4. Ni kalau diorang baca, nak tutup 'kesalahan' dia buh la link MT4. Nanti cakap le.. "eh ada je link MT4 kat sini"


GWGFX ni money-game/market-maker ?

Memang pun market-maker. Istilah orang forex cakap. Pernah tanya dengan member yang pakar buka broker 'white label' ni. GWGFX ni broker apa? Market-maker katanya. Market-maker ni memang pakar buat 'spike' kat broker derang untuk kaut keuntungan.

GWGFX ni pulak guna sistem 'binary' katanya.

Ya lah, dulu nak jual MLM guna produk macam-macam. Tapi industri MLM ni untuk tahun ni dah berkurang sebab ramai yang lari ke Forex pulak. So depa pun dengan mengunakan kepakaran yang ada, buat la sistem MLM kat Forex.

Pengasasnya mesti bukan calang-calang. Dia tau nak penetrate market, dan tau jalan cara cam ne nak 'exit' nanti. Sama la ngan orang buat Speedline, VGMC dan seangkatan dengannya...

Katanya dulu alamat diorang ni kat PANAMA, sekarang tukar negara lain plop. Awat?


Awat Pakai LR (Liberty Reserve)?

LR ni kalau ikut sejarah dicipta oleh pengasasnya yang asalnya digunakan untuk penjual dadah dan jenayah seangkatan dengannya supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Dah bungkus ikat tepi jugak.

So, bagi yang belum terjebak lagi, jauh-jauhkan lah.

Nanti bila derang dah tak bleh bayar, geng diorang gak yang buat report ke Bank Negara suh tangkap nanti. Bayar la sket kat tukang report tu, buat duit belanja dapur.

Sudahnya akaun orang yang join kena 'freeze'. Melangok lah tak dapat balik duit modal balik.


So, Boleh Ke Join GWGFX ni?

Sukati korang la, duit korang. Nanti kalau papehal tanggung sendiri.

Ada la nanti puak-puak yang 'Zealot' yang kata macam-macam. "eleh kitaorang dah dapat modal balik dah bla bla.."

Ok la tu dah dapat balik. Kalau tak dapat, jadik apam balik la nanti.

Orang lain nanti paling tidak pun akan cakap 'Kesian' je. Cakap apa?

KESIANNN...

Sumber Asal


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mencari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini