Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Monday 18 November 2013

GEMPAR!!! MISTERI 23 REMAJA HILANG DI VILLA NABILA NOV 2013!!!

Penulis baru sahaja mendapat berita ini dari seorang sahabat. Khabarnya pada tanggal 18 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudah midnight, 30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah "terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak berkuasa turut kelihatan di situ.

Menurut "Urban Legend" penduduk Johor Darul Ta'zim, jika sesiapa masuk ke dalam banglo tersebut dengan angka genap, ia akan menjadi ganjil. Contohnya jika seramai 10 orang yang masuk mereka akan mengalami kejadian aneh dimana akan terlebih seorang (makhluk halus?) atau terkurang seorang (disorok?).


Di bawah penulis ada menghidangkan beberapa gambar yang terdapat di laman twitter, yang kemungkinan dirakam di lokasi berkenaan. Setakat ini penulis berasa "Skeptical" terhadap kejadian tersebut selagi tidak mendapat kesahihan yang benar-benar sahih. Jika sesiapa yang mempunya info lengkap serta update terbaru, sila hubungi kami.










UPDATE: "Dengar cerita", remaja-remaja tersebut ber "adventure" ke dalam villa itu pada tanggal 16 November 2013. Operasi pencarian diteruskan sehingga 18 November 2013. Hmm... Mana satu tarikh yang sahih ya? 

UPDATE: "Dengar cerita" interview wartawan dengan pihak berkuasa, yang hilang cuma seorang je. Tapi interview dengan orang awam yang ada kat tempat kejadian, 23 orang. Berikut adalah kenyataan berani mati dari individu yang bernama Izral Jailani:


Dik, hati-hati kalau nak "petik" nama DYMM Sultan Johor.
Kalau salah informasi kan tak elok jadinya.



Komen penulis: Tidak semestinya anda wajib mempercayai setiap berita yang tersebar di media tidak kira sama ada media cetak, media elektronik atau media "Cik Kiah". Cerita-cerita yang ada sekarang bukanlah cerita first hand daripada 30 individu tersebut, tetapi ianya sudah menjadi second hand, 11th hand, 50th hand dan sebagainya. Cerita 1st hand pun kadang-kadang ada "nasi tambah" nya. Inikan pula cerita mulut orang ke 50. Pendapat saya, janganlah komen mengikut emosi seolah-olah anda begitu pasti dengan berita-berita yang disampaikan. Ikutlah akal serta logik kerana Allah mengurrniakan akal. Itu yang membuatkan kita berbeza dengan haiwan dan amat rugi jika kita tidak menggunakannya.

UPDATE: "Dengar khabar", seorang budak lelaki, Izzat Izzudin Husin, yang dilaporkan hilang, sudah ditemui semula. Tapi, bukan dalam Villa Nabila. Di rumah rakannya. Baca berita selanjutnya KLIK DI SINI.






Komen Penulis:
Belacan punya budak! Kasi orang panik. Apa pun, Alhamdulillah dah ditemui dengan selamat dan bukan di bawah lipatan hantu kopek.

Saturday 16 November 2013

MANUSIA PERTAMA HIDUP TANPA JANTUNG







Seorang lelaki berusia 55 tahun mengidap akut jantung kronik yang sehingga alat bantuan jantung tidak dapat menyelamatkannya.

Disebabkan itu, doktor telah mencipta alat baru yang diletakkan kedalam jantungnya yang membuatkan aliran darahnya tetap mengalir keseluruh badan tanpa jantung.



Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Monday 11 November 2013

TAFSIR MIMPI : Mimpi Kasut






Mimpi kasut/selipar/sandal membawa maksud tentang bagaimana cara anda berhadapan dengan kehidupan anda.

Mimpi memakai kasut membawa maksud anda seorang yang merendah diri. Ia juga membawa maksud keyakinan anda terhadap apa yang anda percaya

Mimpi anda menukar kasut membawa maksud anda mengubah corak kehidupan anda.

Jika anda bermimpi lupa memakai kasut membawa maksud, anda melupakan segala halangan dalam hidup.

Melihat kasut yang lama bermaksud anda akan berjaya sekiranya anda bekerja keras.

Bermimpi anda memakai kasut pada majlis yang tidak sesuai bermaksud usaha anda menjadi lebih sukar. Ia boleh juga membawa maksud anda memilih pilihan hidup yang salah. Anda perlu nilai semula terhadap apa sahaja usaha/pilihan hidup anda sekarang.

Sekiranya anda memakai kasut yang ketat sehingga melecet, bermaksud anda mempersoalkan matlamat hidup anda, dan merasa was-was dengan hala tuju kehidupan anda.

Bermimpi tidak memakai kasut bermaksud kurang yakin dengan diri sendiri, sikap terlalu merendah diri sehingga memudaratkan diri sendiri. Masih tercari-cari dengan identiti diri sendiri. Ia juga bermaksud kemiskinan dan salah faham dalam diri anda.

Sebaliknya, ia bermaksud sikap anda yang santai dan berfikiran tenang. Anda faham dengan segala situasi yang dialami.

Jika anda bermimpi kehilangan kasut, ia bermaksud anda sedang mencari identiti anda dan erti kehidupan.






Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Saturday 2 November 2013

[TERKINI] Gerhana Matahari HIBRID - Gerhana TERUNIK Tahun Ini







Pada hari esok iaitu 3 November 2013 bakal berlakunya gerhana paling menarik pada tahun ini iaitu gerhana matahari hibrid.

Gerhana hibrid jarang berlaku dimana sebahagian tempat mengalami gerhana anulus dan sebahagian lagi secara penuh.

Gerhana ini berlaku bermula di Amerika Utara ketika terbit matahari 6.30 pagi EST (1130 GMT) dan akan bergerak ke timur.




Klik Gambar Untuk Imej Lebih Jelas


Gerhana ini juga akan kelihatan di pantai timur Amerika Utara ke Eropah, kemudian melintasi Atlantik Utara dan Afrika.

Gerhana separa akan dapat dilihat dihujung timur Amerika Utara, Caribbean, Amerika Selatan, selatan Greenland, Lautan Atlantik, selatan Eropah, Afrika, Madagascar dan Timur Tengah.

Pada 3 November gerhana akan kelihatan lebih menarik kerana pada permulaannya gerhana bermula dengan anulus dan berakhir dengan gerhana penuh.



Gerhana HIBRID - LIVE 



Saksikan Gerhana HIBRID secara LIVE dari KENYA pada 3 November 2013 - Klik Untuk Saksikan




Gerhana HIBRID - April 2005 Lautan Pasifik







Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

Sunday 6 October 2013

Mencipta Muzik, Tanpa Pemuzik!



Mencipta muzik tanpa menggunakan khidmat pemuzik. Hanya dengan menggunakan elemen alam notasi muzik dimainkan dengan baiknya. Rakaman video ini diambil di dalam hutan Jepun.

Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

Monday 23 September 2013

Ini Yang Berlaku setelah SEJAM minum segelas COKE!







Selepas 10 MINIT

10 Sudu gula yang terkandung didalam segelas Coca-Cola menyebabkan berlakunya kerosakan keatas tubuh, sebab utama tidak mengalami muntah-muntah adalah disebabkan asid fosforik yang menghalang tindakan gula.

Selepas 20 MINIT
Tahap insulin didalam aliran darah naik mendadak. Fungsi hati menukar semua gula menjadi lemak.

Selepas 40 MINIT
Penyerapan kafein sepenuhnya berlaku. Kelopak mata mengembang, tekanan darah meningkat disebabkan hati merembeskan lebih banyak gula didalam darah. Reseptor adenosine dihalang menyebabkan hilangnya rasa mengantuk.

Selepas 45 MINIT
Badan mengeluarkan hormon dophamine yang menyebabkan otak berada didalam keadaan 'euphoria'. Ianya sama seperti fungsi Heroin.

Selepas 1 JAM
Asid fosforik mengikat kalsium, magnesium dan zink dalam saluran pencernaan meningkatkan metabolisma. Peningkatan kalsium didalam air kencing.

Selepas Lebih daripada 1 JAM
Kesan diuretik berlaku. Kalsium, magnesium dan zink dikeluarkan daripada tubuh; sebahagian daripadanya diambil daripada tulang (pengambilan banyak boleh membuatkan gigi rapuh dan kurangnya densiti tulang).

Pada ketika ini kita menjadi mudah marah atau dalam keadaan tenang. Seluruh kandungan air yang terdapat didalam Coca-cola dikeluarkan melalui air kencing.

Bahan kimia terkandung didalam air Coke:


1. Bahan berkarbonat
2. E150D - Bahan Pewarna
3. E952 - Sodium Cyclamate
4. E950 - Acesulfame Potassium
5. E951 - Aspartame
6. E338 - Orthoposporic Acid
7. E330 - Citric Acid
8. E221 - Sodium Benzoate


Bahaya ASPARTAME





Sodium Benzoate Bahaya?



Artikel : Sodium Benzoate Menyebabkan KANSER dan Sel Sihat MATI - NaturalNews.Com


Kegunaan lain air Coca-Cola seperti semua sudah sedia maklum :

  • Digunakan untuk mencuci enjin trak oleh pengedar-pengedar Coca-Cola di Amerika Syarikat
  • Digunakan oleh pihak polis US untuk mencuci darah di jalanraya
  • Mencuci karat-karat pada permukaan kereta dan membersihkan keladak pada bateri kereta.
  • Untuk membuka skru yang telah berkarat; rendamkan kain didalam air Coke kemudian letakkan kain diskru yang karat beberapa minit
  • Menghilangkan kotoran pada baju.
  • Di India, para petani menggunakan Coke untuk membunuh makhluk perosak pada tanaman kerana ianya lebih murah dan berkesan.



Nilai sendiri adakah Coke baik untuk diminum atau kegunaan-kegunaan luaran sahaja?


Sumber : Get Holistic Health


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Tuesday 13 August 2013

SIARAN LANSUNG : Hujan Meteor Perseids 2013









Siaran Lansung - Hujan Meteor Perseid 2013



PERSEIDS METEOR 2013






PERSEIDS METEOR 2012



ScienceNASA




GAMBAR HUJAN METEOR PERSEIDS DI MALAYSIA


Hujan Meteor Perseids
Ogos 2013 - Batu Pahat Malaysia



METEOR 2013 - AKAN DATANG

Orionid (buruj Orion) - 21 Oktober 2013
Leonid (buruj Leo) - 17 November 2013
Giminid (buruj Gemini) - 14 Disember 2013



Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Sunday 11 August 2013

NYAMUK TAK AKAN MENGHISAP DARAH ANDA JIKA....





Anda dalam kategori yang mana? Adakah nyamuk lebih suka kepada anda, atau selalu terselamat daripada menjadi mangsa nyamuk?

Penulis adalah dalam kategori terselamat daripada gigitan nyamuk. Perkara ini disedari ketika berusia akhir belasan tahun lagi. Tapi kalau masuk dalam hutan memang 'kompem' di-'kokak' dek nyamuk juga.

Fakta ringkas mengenai nyamuk yang ingin dikongsikan kepada anda, secara purata nyamuk berukuran 16mm panjang dan mempunyai berat 2.5 mg.

Hanya nyamuk betina sahaja yang gemar menghisap darah spesis jenis mamalia termasuk darah manusia. Ia mampu mengesan mangsanya melalui derianya yang mampu mengesan haba, penghasilan karbon dioksida melalui pernafasan dan asid laktik pada jarak 35 METER. Berbeda dengan nyamuk jantan yang hanya lebih gemar menghisap madu.

Nyamuk betina lebih gemar menghisap darah ibu mengandung kerana ibu mengandung menghasilkan karbon dioksida melebihi yang lain iaitu sebanyak 31%.

Adakah anda darah jenis 'O'? Jika YA, anda juga bakal menjadi santapan si nyamuk.

Anda ingin mengetahui tentang darah yang menjadi kegemaran nyamuk? Saksikan video dibawah.









Cara nyamuk mencari pembulur darah



Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Wednesday 7 August 2013

Selamat Tinggal Teknologi 'GODANG'



NANO-TEKNOLOGI adalah sebahagian daripada sains yang menjurus kepada jirim yang bersaiz 1 hingga 100 nanometer (1 nm = 10−9 meter). Konsepnya yang mudah difahami didalam teknologi ini adalah semakin objek-objek menjadi kecil, semakin besar nisbahnya antara luas permukaan dengan isi padu.

Struktur-struktur nano terdiri daripada tiga jenis:

SATU dimensi: permukaan objek antara 0.1 dan 100 nm;
DUA dimensi: nanotiub yang mempunyai diameter antara 0.1 dan 100 nm;
TIGA dimensi: zarah dengan saiz antara 0.1 dan 100 nm.

Istilah ini mula diperkenalkan oleh Norio Taniguchi, seorang profesor daripada Universiti Sains Tokyo pada tahun 1974.Kemudiannya diperkembangkan sehingga mendorong kepada penemuan fuleren dan nanotiub karbon pada tahun 1986.

Secara ringkasnya teknologi ini mengurangkan berat dan menambah kestabilan serta kegunaannya.

Saksikan video dibawah supaya anda mendapat gambaran jelas tentang aplikasi teknologi ini didalam kehidupan seharian.





Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Friday 26 July 2013

BUAYA 'GERGASI' DITEMUI DI KUALA SELANGOR











Seekor buaya 'gergasi' yang pada mulanya disangka kayu, ditemui ditepi sungai di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing, Kuala Selangor

Penduduk tempatan cuba menguis buaya dengan menggunakan pendayung dan mendapati ia tidak bergerak lagi. Setelah buaya ini disahkan mati, mereka cuba memeriksa sebab-sebab kematian buaya itu tetapi hanya mendapati gigi dan kukunya sudah tiada.

Namun penduduk menyatakan itu bukanlah pertama kali melihat buaya sebesar ini, kerena mereka pernah terjumpa buaya tembaga yang lebih besar namun haiwan spesis ini tidak mengganggu dan mengganas apabila terserempak.

Buaya yang ditemui ini diserahkan kepada Perhilitan Selangor untuk tujuan bedah siasat. Maklumat tentang punca kematian, umur, jantina dan saiz sebenar bakal diperoleh setelah proses bedah siasat selesai.


TERKINI : HASIL BEDAH SIASAT BUAYA 'GERGASI'

26 Julai 2013 (Jumaat) - Hasil siasatan daripada bedah siasat buaya gergasi yang dijumpai oleh penduduk tempatan di Kampung Belimbing Kuala Selangor mendapati buaya itu mati disebabkan kebuluran.

Buaya yang telahpun berusia 70 tahun, giginya yang didapati tertanggal adalah atas faktor usia dan mati secara mengejut kerana sudah tidak mampu untuk mencari makanan sendiri.

Organ-organ dalaman buaya itu telah dihantar ke makmal Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun, Hulu Selangor untuk siasatan lebih terperinci.


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

...
Ceciter - Apa Pon Boleh
http://fb.me/ceciterceciter


Friday 28 June 2013

BUMI sebenarnya tidak mengelilingi Matahari?





Mungkin ada yang akan mengatakan beliau 'gila' . Jika beliau menyatakan hal ini berabad dahulu mungkin akan dibunuh oleh puak-puak ekstrimis kerana menyatakan fakta berlainan daripada kepercayaan majoriti dan dituduh sesat dan menyeleweng.

Begitulah hakikatnya manusia, sukar untuk berubah. Sentiasa bermusuhan dengan perkara yang mereka tidak tahu.


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Friday 21 June 2013

Ribuan Manusia Melihat UFO Di Brazil?

UFO adalah nama tidak asing bagi anda, saya dan lain mendengarnya; samada menonton didalam dokumentari youtube atau di televisyen.


Edit?


Ada yang mempercayai dan ada juga yang menyangkal kewujudannya atas alasan, mengapa mereka hanya berlegar-legar diruangan udara tidak bersemuka dengan manusia? Apa tujuan mereka datang kesini? Apa yang mereka cari di atas muka bumi ini?

Alam ini terlalu besar untuk kita hitung ruangnya, tidak mungkin hanya 7 billion bilangan manusia di muka bumi ini menjadi hidupan TRILLION galaksi di alam semesta ini.




Jika setiap trillion galaksi mempunyai planet yang mempunyai hidupan seperti bumi, sudah pasti alam semesta ini mempunyai lebih daripada trillion bilangan spesis yang sama seperti manusia.




Dr.Steven Greer cuba membuktikan bahawa spesis yang dikatakan 'alien' ini wujud di alam semesta dan telah lama berhubung dengan manusia untuk membantu terutama didalam teknologi 'levitation' tanpa mengunakan cara pembakaran ('combustion') dimana tenaganya adalah terhad dan mahal. Teknologi 'levitation' diperkenalkan supaya manusia di muka bumi ini dapat mengembara ke alam semesta sepantas cahaya seperti mereka.






Ribuan penunjuk perasaan melihat kapal UFO 
berlegar di ruangan udara di Brazil.



Sampai bila UFO ini hanya berani berlegar diruangan udara sahaja?

Jika mereka tidak berani untuk bersemuka dengan manusia kerana khuwatir di bunuh, saya memberi cadangan supaya mereka mewujudkan akaun Facebook atau Twitter untuk menyampaikan mesej mereka kepada manusia.


ATAU adakah dikalangan kawan FACEBOOK atau TWITTER anda daripada kalangan mereka sekarang ini?

JIN memuat naik gambar ingin bergaul dengan MANUSIA?

Akaun Twitter yang dibuka satu 'jin' mencetuskan kegamatan di talian.
Pemilik akaun itu mendakwa dia 'jin tulen dan sukakan keamanan, menetap di Arab Saudi serta ingin berkenalan dengan manusia'.
Akaun jin itu mempunyai gambar keluarga dan tempat yang dikatakan dirakam 100 tahun lalu.
Sebahagian gambar yang dimuat naik menunjukkan kawasan ladang lama di Yaman yang didakwa pemilik akaun itu 'seperti syurga 90 tahun lalu'
Jumlah pengikut akaun itu kini melebihi 100,000. 
Akhbar Saudi berbahasa Arab, Ajel mula menyiarkan apa yang dianggapnya salinan akaun Twitter yang mendakwa dia adalah jin. 
Akaun itu tertulis : 'Saya ialah jin tulen' Ia juga berkata "Kepada semua manusia, saya jin pertama menggunakan Twitter. Mungkin ada di kalangan anda beranggapan saya berpura-pura. Sebenarnya saya memang jin tulen dan anda akan melihat keajaiban pada akaun Twitter saya pada masa datang" 
Mesej itu seterusnya berbunyi: "Saya adalah jin tulen yang ingin menjadi saudara kepada semua manusia. Saya sukakan keamanan dan tidak mahu mencederakan sesiapa. Saya suka bergaul dengan manusia dan mengetahui tingkah laku mereka. Saya tinggal di sebuah rumah terbiar di Arab Saudi".
Menurut Akhbar itu, seorang pembaca cuba menghubungi akaun itu menggunakan nama palsu. Bagaimanapun, dia dikenal pasti dengan serta-merta pemilik akaun berkenaan. 
"Dia menyebut nama saya sepenuhnya, alamat tempat tinggal saya dan juga nama bandar. Saya terkejut lalu membaca ayat-ayat suci" kata pembaca itu.
Harian Metro - Isnin 10 Jun 2013


Mungkin mereka diantara rakan facebook anda yang berselindung disebalik profile yang tidak memiliki gambar?


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Artikel Berkaitan
10 Gambar MISTERI Yang Masih Menjadi Tandatanya
UFO Bentuk Kaabah Ditemui?
UFO di Malaysia?
Budak Bermata Kucing Kacukan Makhluk Asing?
Ini Wajah Manusia di Bumi?
UFO ditemui di Lautan Baltik?


Friday 14 June 2013

Ikan Berkepala LUTSINAR






Ikan berkepala lutsinar ini dikenali sebagai Macropinna Microstoma. Kepalanya yang lutsinar adalah disebabkan sejenis cecair yang terdapat didalam kepalanya.

Kedudukan matanya berupaya untuk melihat pada kedudukan sisi hadapan dan juga ke atas melalui kepalanya yang lutsinar itu.

Ikan ini pada kebiasaannya tidak banyak bergerak didalam air pada paras kedalaman 600 meter (2,000 kaki) hingga 800 meter (2,000 kaki) menggunakan siripnya sebagai pengimbang.



Macropinna Microstoma - pandangan sisi atas



Haiwan Lutsinar Lain Yang Telah Ditemui


Sotong lutsinar

Katak lutsinar
'Phronima' lutsinar

Obor-obor lutsinar



Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Thursday 13 June 2013

JENAYAH MISTERI : Jack The Ripper

Pada tahun 1888, sewaktu era Victoria, kota London dikejutkan dengan sebuah kejadian yang digelar The Whitechapel Murders (Pembunuhan di Whitechapel). Apa yang lebih menarik, kesemua mangsa pembunuhan adalah dari kalangan pelacur wanita sahaja. Persoalan berkenaan siapa pembunuh wanita-wanita berkenaan kekal menjadi misteri sehingga hari ini. Walaupun kejadian hitam itu berlaku lebih dari 120 tahun, ianya masih berjaya merangkul tempat pertama dalam senarai jenayah ekstrim sepanjang zaman.

Izinkan saya menulis dan bercerita berkenaan Jack The Ripper dengan secara ringkas (kalau bukan yang ringkas, memang kena buat penulisan 5 siri).


Trailer filem "Jack The Ripper"

Dikenali juga dengan nama "The Whitechapel Murderer" dan "Leather Apron", Jack The Ripper hanya menjadikan pelacur sebagai sasarannya. Hasil siasatan polis, jumlah sebenar pembunuhan  adalah 5 orang wanita manakala 13 orang lagi mangsa lain, diragui sama ada perbuatan Jack atau bukan.  Hampir kesemua mangsa Jack akan di kelar dari bahagian leher atau tekak sehingga ke abdomen. Isi perut serta organ-organ di dalam badan 3 antara 5 orang mangsanya pula dikeluarkan. Bahagian muka juga dicederakan. Pihak Scotland Yard percaya bahawa individu yang digelar Jack The Ripper ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pembedahan serta anatomi badan manusia berdasarkan gaya pemotongan badan dan pengeluaran organ dari mangsa.

Letter "FROM HELL" (Surat "DARI NERAKA")

Pada Oktober 1888, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Whitechapel, George Akin Lusk mengesyaki bahawa rumahnya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang berjambang. Oleh kerana tidak sedap hati dan merasa terancam dengan kelibat lelaki asing itu, Lusk meminta perlindungan dari pihak polis. Pada 16 Oktober 1888, di rumah beralamat 1 Alderney Road, Mile End, Lusk menerima sebuah bungkusan yang tertera nama George Lusk serta dialamatkan kepadanya. Apabila Lusk membuka bungkusan tersebut, alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati sepucuk surat dan separuh ginjal manusia.

George Akin Lusk (1839 - 1919)

Surat pertama, "From Hell" yang diterima George tidak menyebut nama si pengirim. Terdapat pelbagai kesalahan tatabahasa, ejaan dan penyusunan ayat di dalam surat yang berbunyi seperti berikut :

"From hell
Mr Lusk
Sor
I send you half the Kidne I took from one women preserved it for you the other piece I fried and ate it was very nice. I may send you the bloody knif that took it out if you only wate a while longer
signed
Catch me when you can Mishter Lusk"
"Dari neraka
Encik Lusk
Tuan
Saya mengirim separuh ginjal yang diambil dari seorang wanita dan menyimpannya untuk anda separuh lagi saya goreng dan telah memakannya dan rasanya amat enak. Saya berkemungkinan menghantar pisau yang masih berdarah, yang digunakan untuk mengeluarkan ginjal tersebut tetapi anda harus menunggu lebih lama

yang benar
tangkap saya jika boleh Encik Lusk"

Surat "DARI NERAKA" yang dikarang Jack The Ripper

Pada mulanya, George Lusk menganggap perkara tersebut sebagai satu jenaka. Dia kemudiannya menunjukkan surat serta ginjal tersebut kepada rakan-rakannya yang kemudian mendesak George untuk menyerahkan ginjal itu kepada Dr.Frederick Wiles. Oleh kerana Dr.Wiles berada di luar bandar ketika itu, ginjal tersebut diserahkan pula kepada Dr.Thomas Horrocks  Openshaw yang bertugas di hospital berdekatan. Kemudiannya, ginjal tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa. Dipercayai bahawa Catherine Eddowes adalah pemilik ginjal tersebut. Catherine adalah mangsa kedua sejurus selepas sejam  Jack membunuh Elizabeth Stride.

Surat "From Hell" serta ginjal mangsa telah hilang dari simpanan pihak berkuasa beserta dengan fail jenayah Jack The Ripper. Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang tahu identiti sebenar penjenayah tersebut walaupun terdapat lebih kurang 27 suspek yang disyaki oleh penguat kuasa, orang ramai, wartawan serta penyelidik di era lain.

5 Mangsa Utama Jack The Ripper

MARY ANN NICHOLS 

26 Ogos 1845 – 31 Ogos 1888

Pada 11.00pm 23 Ogos 1888, Mary dilihat sedang berjalan di Whitechapel Road dan pada jam 12.30am pula, dia dilihat keluar dari sebuah kelab malam. Kali terakhir dia dilihat ialah pada jam 2.30am; sejam sebelum kematiannya. Ketika mayatnya ditemui, skirt yang dipakai mangsa tersingkap sehingga memperlihatkan alat sulit wanita itu. Orang yang menjumpai Mary tmenyangka Mary hanya pengsan lalu dia menurunkan skirt wanita itu dan kemudian pergi mencari polis untuk melaporkan kejadian tersebut. Polis dan seorang doktor yang sampai di tempat kejadian mengesahkan bahawa Mary telah meninggal dunia. Bahagian tekak wanita itu dikelar dari hujung leher kiri ke kanan sebanyak 2 kali. Luka sepanjang abdomennya sangat dalam dan bergerigi, beberapa belahan yang melintang dan 3 hingga 4 luka lain yang serupa di bahagian kanan abdomen; dipercayai pembunuh menggunakan pisau berukuran sekurang-kurangnya 6 hingga 8 inci.


ANNIE CHAPMAN

September 1841 – 8 September 1888

Nama sebenar wanita ini ialah Eliza Ann Smith, seorang janda yang mempunyai 3 orang anak. Pada 1.45am - pagi kematiannya, dia dilihat sedang mencari pelanggan di jalanan bagi membiayai sewa tempat tidurnya pada hari itu. Seorang saksi ternampak Annie berbual dengan seorang lelaki lewat 40-an, sedikit tinggi dari Annie, tekstur kulitnya gelap dan bukan dari daerah tersebut, di belakang lorong pada jam 5.30am. Lelaki itu memakai topi pemburu ala Sherlock Holmes, dan juga jaket panjang bewarna gelap. Maya Chapman ditemui sejurus sebelum jam 6.00am pada pagi 8 September oleh John Davis - penduduk kawasan berdekatan. Ketika ditemui, dia terbaring di hadapan pintu salah sebuaah premis di belakang lorong. Bersama-sama mayat adalah barang peribadi milik Annie seperti 2 biji pil untuk penyakit paru-parunya, sampul surat yang koyak, sehelai kain kasa dan sikat. Keadaan mayat Chapman hampir serupa dengan keadaan mayat Mary Ann Nichols yang dibunuh seminggu sebelumnya cuma bahagian rahim wanita ini hilang. Isi perutnya dicampak ke bahagian bahu Ann. Tidak ada tanda yang menyatakan bahawa Ann bergelut dengan pembunuhnya. Terdapat 2 kemungkinan mengapa dia tidak melawan. Pertama, kemungkinan dia telah di "pengsankan" dengan menggunakan klorofom manakala yang kedua, mangsa kenal dan percaya orang yang membunuhnya dan mungkin ketika itu mereka sedang berasmara dengan kasar dan Ann tidak menyangka bahawa orang yang mengasarinya ingin membunuh.


ELIZABETH STRIDE

27 November 1843 – 30 September 1888





Elizabeth adalah seorang wanita gagap yang mempunyai 9 orang anak. Pada malam kematiannya, di mengenakan jaket bewarna hitam dan skirt. Pada jam 12.35am, Liz dilihat dengan seorang lelaki yang memakai topi ala Charlie Chaplin dan membawa bungkusan sepanjang 18 inci. Mayat Liz ditemui hampir pukul 1.00am. Namun mayatnya tidak di "kerja" kan oleh pembunuh. Yang ada hanyalah luka sembelihan di bahagian tekak dan beberapa luka lain di bahagian rahang dan muka. Kemungkinan besar, pembunuhnya tidak sempat "mengerjakan" mayat Liz kerana dia ditemui awal.


CATHERINE EDDOWES

14 April 1842 – 30 September 1888

Catherine Eddowes dibunuh lebih kurang sejam selepas pembunuhan Elizabeth Stride. Adakah pembunuh tersebut tidak mendapat kepuasan  kerana gagal untuk mengerjakan mayat Elizabeth, lalu dibunuh pula wanita ini dan mengerjakannya 2 kali lebih teruk? Pada hari Sabtu, 8.30pm, Catherine ditemui tidak sedarkan diri kerana mabuk oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membawa wanita tersebut ke lokap. Setelah kesan arak hilang di dalam sistemnya, dia dibebaskan polis pada jam 1.00am. Jalan pintas menuju ke rumahnya berada di sebelah kanan tetapi sebaliknya dia menuju ke kiri dan tidak diketahui motifnya. Kali terakhir dia dilihat hidup oleh 3 orang saksi yang baru pulang dari kelab malam berdekatan adalah pada jam 1.35am. Ketika itu, dia sedang berbual dengan seorang lelaki bermisai, berkulit cerah, berjaket ala tentera laut, berselendang merah dan bertopi leper. 10minit kemudian, mayat Catherine ditemui oleh seorang polis peronda, Edward Watkins. Mayat wanita ini berada dalam keadaan terlentang dengan kepalanya dihadapkan ke bahu kiri. Pakaiannya tersingkap sehingga ke bahagian abdomen. Mukanya cedera teruk, luka melintang di bahagian tekak. Organ dalaman dikeluarkan dan ditempatkan di bahagian bahu kanann mangsa. Ginjal sebelah kirinya telah diambil oleh pembunuh.


MARY JANE KELLY

1863 – 9 November 1888

Pada pagi 9 November 1888, John McCarthy, tuan rumah Kelly menghantar salah seorang pekerja beliau untuk mengutip sewa rumah kerana sudah 6 minggu wanita tersebut tidak membayar sewanya. Sejurus selepas 10.45am, pekerja yang bernama Bowyer mengetuk pintu bilik Kelly namun tiada jawapan. Bowyer melihat ke dalam bilik tersebut melalui tingkap dan alangkah terkejutnya Bowyer melihat keadaan mayat kelly seperti gambar yang dipamerkan di atas. Ketika polis tiba di tempat kejadian, pintu bilik Kelly berkunci dari dalam manakala terdapat beberapa pasang pakaian terbakar di bahagian pendiang. Polis berpendapat bahawa pembunuh sengaja membakar pakaian-pakaian tersebut bagi menghasilkan cahaya di dalam bilik itu memandangkan keadaan yang gelap. Hasil bedah siasat mendapati, Kelly dibunuh di antara jam 2 hingga 8.00am. Mayatnya terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah katil, kepalanya dipalingkan ke kiri, tangan kanan yang hampir tercabut diletakkan berdekatan dengan badan. Kakinya terkangkang luas dan kerana organ dalamannya dikeluarkan menampakkan isi badannya yang bolong. Payudara wanita tersebut dipotong, dan mukanya hancur sehingga tidak dapat dikenalpasti. Tisu di bahagian leher potong sehingga ke tulang. Organ-organ dalamannya ditemui di merata-rata tempat. Rahim, ginjal dan sebelah payudaranya ditempatkan di bawah kepala, sebelah lagi payudaranya terletak di tapak kaki kanan, hatinya berada di antara kedua-dua belah kaki, usus di sebelah kanan dan limpa di sebelah kiri badan, kulit abdomen tercabut dan kedua-dua pehanya diletakkan di atas meja.Hidung, pipi, kening, telinga, dipotong, bibir melecur dan terdapat luka sehingga ke dagu dan beberapa torehan panjang lain di keseluruhan muka. Lehernya ditikam sehingga tembus ke tulang belakang. 

Alangkah kejamnya pembunuhan yang dilakukan. Kelly dipercayai sebagai mangsa terakhir Jack The Ripper. Adakah Jack tahu itu adalah mangsa terakhirnya lalu di"cacatkan" mayat Kelly 10 kali lebih dahsyat dari mangsa-mangsanya yang lain? 13 pembunuhan kejam selepas kelima-lima mangsa wanita ini diklasifikasikan sebagai "Jack Ripper Wannabe Killings" kerana ciri-ciri modus operandi tidak sama dengan 5 pembunuhan di atas. Adakah Jack seorang pakar bedah? Adakah dia seorang pakar anatomi? Atau mungkin Jack seseorang yang bekerja di sektor memotong daging. Adakah mungkin jenayah yang dilakukan berasas dari DENDAM terhadap isteri, teman wanita atau orang tersayang yang telah berselingkuh dengan lelaki lain? Atau mungkinkah DENDAM terhadap komuniti pelacur yang bertanggungjawab memberinya penyakit kelamin yang mengganggu kehidupan seharian seperti Siflis? Apa jua pekerjaan serta motif lelaki ini membunuh, tidak akan diketahui dan kekal misteri sehingga ke hari ini. 

Akhir kata dari saya

ADAKAH KEMUNGKINAN JACK THE RIPPER SEBENARNYA SEORANG WANITA?

Wednesday 12 June 2013

Bagaimana Rupa Bumi Jika Mempunyai Lingkaran?






Zuhal atau Saturn merupakan planet yang kita ketahui mempunyai lingkaran dikelilingnya. Lingkaran yang terdiri daripada air batu dan sejumlah kecil serpihan batuan dan debu.

Terdapat 60 bulan mengorbit planet Zuhal dan ia memiliki garis pusat pada garis khatulistiwa yang terpanjang.


Zuhal - Memiliki 60 Bulan Mengelilinginya


Bagaimana pula rupa Bumi sekiranya memiliki linkaran atau cecincin seperti Zuhal?

Buat pengetahuan anda, Bumi pernah memiliki lingkaran beberapa 'billion' tahun dahulu sebagai sebahagian daripada proses pembentukan bulan yang kita dapat lihat pada waktu malam pada hari ini.



Pemandangan Langit sekiranya Bumi Memiliki Lingkaran







Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Tuesday 11 June 2013

10 Gambar MISTERI Yang Masih Menjadi Tandatanya





Gambar ke-7 adalah gambar seorang perempuan yang tidak diketahui identitinya. Beliau kelihatan didalam gambar berkenaan ketika 'footage' film John Fitzgerald Keneddy dibunuh oleh penembak upahan di Dallas, Texas pada 22 November 1963 (Jumaat).

Ketika analisis dibuat, pihak FBI cuba mengenalpasti siapa perempuan ini, tetapi yang peliknya setelah diselidik tiada satu pun maklumat berkenaan tentang dirinya.



Adakah perempuan yang dimaksudkan adalah 'Time Traveler' (pengembara masa)?

Adakah mengembara masa suatu perkara yang mustahil?




Tahukah anda, sekarang ini kita sepatutnya sudah mampu mengembara ke alam semesta sepantas cahaya?

Mengapa teknologi yang saya sebutkan sepatutnya sudah wujud diatas masih tidak wujud lagi?







sebabnya cuma SATU ... "Petrodollar"


"Masalahnya bukan ingin membuktikan UFO wujud atau tidak, tetapi ingin mencari bukti teknologi yang mendorong mereka sampai kesini - teknologi yang menggantikan minyak mentah, arang batu, tenaga nuklear...ini adalah masalah 600 trillion Dollar"
Dr.Steven Greer


Anda tidak perlu percaya bulat-bulat dengan teori mereka kerana mereka seorang ilmuan (saintis) dan saintis hari ini juga telahpun membuktikan teori relativiti masa Albert Einstein juga salah (tidak tepat) . Salah bukan bermakna teori Albert Einstein adalah kesalahan yang mutlak, tetapi mereka telah menemui teori yang lebih baik daripada itu melalui analisis dan pembuktian yang telah mereka lakukan.





"Sekolah telah meng-gagalkan saya, dan saya juga telah meng-gagalkan sekolah. Ianya sangat membosankan. Guru bertindak seperti askar. Saya ingin BELAJAR, apa yang saya ingin tahu, tetapi mereka mahukan diri saya belajar untuk peperiksaan. Perkara yang lebih saya benci adalah sistem pertandingan terutama sekali sukan. Disebabkan perkara ini, saya lansung tidak bernilai, banyak kali mereka menyaran saya untuk berhenti sekolah. Pada ketika itu saya berada di sebuah sekolah Katolik di Munich. Saya sangat dahagakan ILMU tetapi guru saya tidak memperdulikan semua itu; gred adalah cara mereka menilai kemampuan. Bagaimana seorang guru mampu kenal kebolehan orang muda dengan SISTEM sedemikian? Sejak umur 12 tahun lagi saya merasa curiga dan tidak percaya kepada guru."

Albert Einstein





"Pendidikan bukan mempelajari fakta, tetapi melatih minda(diri) untuk BERFIKIR"







Begitu juga dengan perkara-perkara yang lain, tidak semestinya mereka orang yang dipercayai, dikenali, ternama, orang besar kita perlu percaya mereka bulat-bulat. Mereka juga tidak terlepas membuat kesalahan. Kesalahan itu juga perlu melalui proses pembuktian yang betul, bukan pembuktian yang dimanipulasi untuk kepentingan diri.


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji



Sunday 9 June 2013

ACHANER TU? : Lelaki Kawin EMPAT, Perempuan ini Sudah BERLAKI 5



JIKA di kebanyakan tempat, kita sering mendengar kisah lelaki beristeri lebih daripada seorang tetapi di India lain pula kisahnya.

Seorang wanita, Rajo Verma, 21, yang menetap di sebuah perkampungan di wilayah utara India mengahwini lima lelaki dan kesemua lelaki itu merupakan adik-beradik.

Akibat bersuamikan lima lelaki itu, Rajo yang kini sudah memiliki seorang anak terpaksa melayan suami yang berbeza pada setiap malam.

Situasi ini, bagi sebahagian besar daripada kita mungkin sangat aneh dan tidak masuk akal tetapi itu adalah tradisi di perkampungan Dehradun, di negeri Uttarakhand. Tradisi itu membolehkan seorang wanita mengahwini saudara lelaki daripada suami pertama mereka.


"Pada mulanya terasa aneh tetapi saya menyayangi semuanya kerana mereka suami saya.

Rajo dan suami pertamanya, Guddu, berkahwin mengikut tradisi Hindu kira-kira empat tahun lalu dan dia kemudiannya berkahwin pula dengan Baiju,32, Sant Ram, 28, Gopal, 26, dan Dinesh, 19.

Dalam tradisi Hindu kuno, wanita bersuami ramai secara serentak atau poliandri pernah dipraktikkan secara umum di India namun, kini amalan tradisi itu sudah semakin pupus.

Situasi seperti ini biasanya terjadi di kawasan yang majoritinya lelaki. Dalam tradisi itu, seorang wanita diharapkan berkahwin dengan semua saudara kandung si suami.

Tradisi ini yang muncul daripada epik popular Mahabharata itu mengisahkan Puteri Mahabharata iaitu anak Raja Pancha, berkahwin dengan lima lelaki bersaudara.

Selain mengamalkan tradisi kuno, cara itu juga dijadikan sebagai jalan penyelesaian supaya tanah milik keluarga akan terus menjadi milik mereka selamanya.


RAJO akan tidur dengan suami berlainan setiap malam


Ia biasa diamalkan oleh masyarakat yang menetap di kawasan berhampiran Himalaya di utara India, serta di negara pergunungan Tibet.

Walaupun arus kemodenan menyaksikan amalan kuno sebahagian besarnya sudah tidak diamalkan di kebanyakan kawasan, tetapi faktor kekurangan wanita di negara-negara seperti China dan India akhirnya membawa kepada jalan penyelesaian kepada masalah lelaki muda dalam mencari seorang isteri.

Selain Rajo, ibunya juga pernah berkahwin dengan tiga orang lelaki bersaudara.

"Saya perlu tidur mengikut giliran dengan setiap suami saya tetapi disebabkan ketiadaan tempat tidur, kami hanya tidur di atas lantai yang beralaskan selimut.

"Saya bahagia dengan kesemua suami saya kerana mendapat lebih banyak perhatian daripada isteri-isteri yang lain," ujarnya.


ACHANER TU? Ce citer..Ce Citer

Sumber : HMetro

Thursday 30 May 2013

TAFSIR MIMPI : Mimpi Memandu




Mimpi memandu kereta atau kenderaan lain adalah simbol kepada perjalanan hidup anda. Mimpi anda menjelaskan bagaimana situasi sepanjang kehidupan anda samada berada didalam keadaan yang baik atau sebaliknya dalam makna yang lain, adakah anda memilih jalan hidup yang betul atau tidak?



Jika anda memandu dalam keadaan anda tidak dapat melihat keadaan jalan, ianya bermaksud anda tidak mempunyai tujuan/matlamat hidup. Maksud mimpi ini juga sama, jika anda memandu ketika waktu malam/jalan gelap. Mungkin didalam hidup anda sekarang, anda mengelak atau takut berhadapan dengan sesuatu perkara dalam hidup anda daripada berlaku.

Jika pemandangan anda terhalang seperti keadaan berkabus, ianya bermaksud anda mengambil enteng dengan sesuatu hal dalam hidup anda. Mungkin soal keluarga, perhubungan, karier dan sebagainya. Atau, anda mungkin akan menghadapi cabaran yang getir atau perihal keselamatan yang bakal anda tempuhi.






Begitu juga jika anda bermimpi memandu di jalan yang berliku-liku. Ia membawa maksud anda mengalami kesulitan dalam mencapai cita-cita anda. Teruskan perjalanan anda, cuma anda perlu banyak bersabar dalam menghadapi ujian-ujian dalam mencapai cita-cita anda itu. Perkara yang sukar anda perolehi adalah perkara yang terbaik untuk diri anda kerana pengalaman tidak boleh dicipta, pengalaman hanya kita peroleh jika kita menempuhinya.


Jika anda bermimpi anda sedang memandu kenderaan, anda yang menentukan jalan atau pilihan hidup anda. Sebaliknya pula jika orang lain memandu kereta, ianya bermaksud hidup anda ditentukan oleh orang yang memandu kereta tersebut. Berbeza pula jika anda duduk ditempat memandu tetapi penumpang yang sedang memandu kereta. Ianya membawa maksud, anda merasakan anda menentukan jalan hidup anda sebenarnya tidak.

Bermimpi memandu kereta secara 'reverse' atau mengundur; ianya bermaksud anda sedang mengalami halangan dalam hidup. Jika anda memandu diatas air yang banyak, ianya bermaksud emosi anda yang menjadi halangan dalam hidup anda.


Segalanya Kekal MISTERI Jika Tidak Mengkaji


Wednesday 22 May 2013

MISTERI LEBUHRAYA 20.6 BERPUAKA?


Sebanyak 60 kemalangan dilaporkan berlaku di Kulim, 35 daripadanya melibatkan kematian. Adakah ini disebabkan faktor kecuaian pemandu atau sebenarnya tempat itu adalah tempat yang 'keras'?

Terdapat beberapa jalan utama yang sering berlaku kemalangan maut antaranya adalah 20.6 Lebuhraya Butterworh Kulim Ekspress (BKE), Jalan Sungai Seluang, lampu isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit dan Jalan Batu Putih.


Gambar Sinar Harian - Lebuhraya 20.6
Butterwoth Kulim Ekspress (BKE)

Terdapat 7 kematian telah berlaku di sekitar lebuhraya KM 20.6 dan penduduk tempatan beranggapan tempat itu berpuaka.

"Keadaan ini disedari oleh orang ramai dan anggota beruniform ketika membuat rondaan di kawasan itu. Selalunya kemalangan berlaku disekitar 2 pagi hingga 3 pagi" ujar salah seorang pengamal perubatan tradisional.

Salah seorang daripada pengguna lebuhraya pernah menceritakan bahawa beliau pernah melihat manusia separuh badan merangkak ditengah jalan selepas hujan di sebelah petang atau malam. Makhluk itu kemudiannya menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga menyebabkan kemalangan.


Gambar Sinar Harian - Kemalangan Maut KM 20.6


"Makhluk itu akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan" kata beliau.

Pernah juga salah seorang pengguna lebuhraya berbangsa Inggeris yang bertugas sebagai pengurus kilang di Kulim Hi-Tech melaporkan kepada pihak polis kereta beliau tiba-tiba terbabas selepas melihat kelibat seorang lelaki tidak berkepala melintasi jalan.

Perkara ini juga berlaku kepada pekerja industri yang melalui jalan sama selepas habis kerja.



"Bila sampai dijalan tersebut, saya ternampak seorang wanita memakai baju kebaya sambil mendukung anak" ujar salah seorang mangsa yang dikacau oleh puaka 20.6

Gangguan-gangguan sebegini sememangnya boleh berlaku dimana-mana sahaja. Ada yang tidak percaya kepada hantu menyatakan perkara ini mengarut dan tak masuk akal makhluk ghaib boleh menarik kereta dan motor sehingga terbabas.

Samada makhluk ghaib ini adalah jin atau sebaliknya, makhluk ghaib sebenarnya wujud dimana-mana sahaja. Walaupun 'mereka' tidak mempunyai jasad nyata seperti kita, mereka mempunyai kelebihan mengganggu manusia dengan mengolah tenaga sekelilingnya sehingga menyebabkan kenderaan terbabas atau menjelmakan diri dalam bentuk-bentuk tertentu sehingga menyebabkan pemandu hilang tumpuan ketika memandu dan menyebabkan kemalangan.

Nota : Manusia yang berjasad kebiasaannya dapat melihat makhluk yang setara atau sama dengan dimensinya iaitu 3-D (Dimensi ke-3) dan tidak dapat melihat makhluk wujud 3-D keatas.  Setiap dimensi mempunyai frekuensi dan getaran yang berbeza. Diumpamakan seperti kita menonton TV, apabila kita menukar 'channel', rancangan akan turut berubah; gambar, cerita, bunyi dan sebagainya. Spektrum dimensi mempunyai kaitan lansung dengan kitaran magnetik bumi. Pada suatu ketika apabila kitaran ini pada julat tertinggi, manusia mampu melihat makhluk ghaib secara nyata tanpa sebarang halangan. 

Kami pernah dimaklumkan oleh salah seorang yang mempunyai ilmu tentang alam ghaib menceritakan bahawa roh orang mati disebabkan kemalangan boleh berada ditempat kejadian dan dapat dilihat sebagai kelibat 'hantu' oleh pengguna jalanraya atau tempat-tempat tertentu kerana roh itu tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya mati dengan tiba-tiba. Walahualam.

Samada tempat ini berpuaka atau tidak, para pemandu dinasihatkan memandu dengan berhati-hati terutama penunggang motosikal. Mohon kepada Tuhan supaya dilindungi daripada sebarang gangguan dan kemalangan.

Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini