Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Saturday 22 December 2012

KIAMAT TAK JADI LAGI!




Berdekad atau mungkin berabad ramalan hari kiamat ini sering diramalkan oleh sebilangan manusia daripada pelbagai fahaman dan kepercayaan masing-masing.


Sudahnya “habuk pon tara!”


Setiap sesuatu kejadian Tuhan ciptakan perlu melalui proses-proses dan ianya terikat kepada MASA.  


Bayi didalam kandungan ibu melalui proses 9 BULAN sebelum ianya keluar daripada alam Rahim ke alam nyata.



  

Setelah bayi lahir, ia akan MENINGGAL-kan alam Rahim ibu dan lahir ke alam nyata ini. Di dalam alam nyata sebagai seorang bayi ia juga melalui proses-proses tertentu sehingga membesar sebagai seorang kanak-kanak; maka ia akan MENINGGAL-kan alam bayi kemudian ‘lahir’ ke alam kanak-kanak pula . Begitulah seterusnya proses ini akan terus berlaku daripada satu alam ke alam yang lain sehingga tempoh atau masa ‘MATANG’ kita didunia ini selesai.


Maka, kita yang berjasad ini pada suatu ketika nanti yang tidak dicepatkan atau dilambatkan walau SESAAT akan MENINGGAL-kan alam nyata ini dan terus ke proses-proses yang lain sehingga kita kembali kepada-NYA.


Daripada Allah Kita Datang, Kepada Allah kita kembali


Begitu juga dengan bumi ini, ia perlu melalui proses yang terikat kepada masa yang ditetapkan apabila sampai waktunya ia juga akan MENINGGAL-kan alam ini dan akan melalui proses seterusnya sehingga ia juga akan kembali ke 'tempat' asalnya nanti. Persoalannya, bilakah proses alam cakrawala ini akan selesai?


Sama seperti manusia 9 BULAN atau 1000 tahun lagi?


Semakin besar skala kejadian maka semakin besar skala masa proses yang ditetapkan oleh Maha Pencipta alam ini. Hanya DIA yang mengetahui masa yang TEPAT!




Mengikut  ilmu astrofizik, riwayat matahari kita masih lagi muda. Saya ibaratkan ianya baru sahaja masuk waktu awal remaja yang baru nak ‘akil baligh’. Mengikut jangkaan saintis umur matahari baru sahaja mencecah 4.5 BILLION tahun dan jangka hayat matahari sekurang-kurangnya mempunyai 6 BILLION tahun lagi sebelum ia MENINGGAL-kan alam ini.


Ketika matahari pada usia 10 BILLION tahun nanti, ianya akan bersaiz besar(Red Giant) sehingga planet yang berdekatan seperti  Utarid(Mercury) dan Zuhrah(Venus) akan ‘ditelan’ oleh matahari dan pada ketika itu jarak antara bumi dan matahari diibaratkan ‘sejengkal’ sahaja jaraknya. Bayangkan betapa panas ketika itu. Mungkinkah ada hidupan dibumi yang mampu hidup dalam keadaan sepanas itu? Adakah anda mampu hidup 6 BILLION tahun lagi?


'Kiamat' paling hampir dengan diri adalah AJAL yang bakal kita temui. Bila? 


Hanya DIA yang Maha Mengetahui. 


SEGALANYA KEKAL MISTERI SEKIRANYA TIDAK MENGKAJI!

Saturday 6 October 2012

UFO BENTUK SEPERTI KAABAH TELAH DITEMUI


Sebuah UFO bentuk seperti Kaabah ditemui di orbit Matahari. Objek ini dilaporkan dilihat oleh NASA pada 2 OKTOBER 2012 yang lalu. Sekiranya objek yang kelihatan itu memang BENAR sebuah kapal angkasa, kita pasti tertanya-tanya bagaimana objek itu boleh berada disitu sedangkan kita berada jauh daripada Matahari pun kalau sampai waktu tengahari panasnya tak terkata!


Kaabah yang terletak di Mekah

Ukiran 3D  pada tanaman berbentuk KIUB(Hexahedron)
di Hackpen Hill, 26 Ogos 2012. Siapa yang melakarnya?
Apa mesej yang cuba disampaikan?

Apapun, Ceciter Misteri sangat percaya dialam terbentang luas ini bukan kita sahaja yang mempunyai kehidupan, atau bukan manusia dimuka bumi sahaja yang mempunyai akal dan kebijaksanaan. 

Dalam SATU galaksi sekurang-kurangnya memiliki satu sistem suria yang mempunyai kehidupan seperti Bumi. Anggaran anda ada berapa galaksi didalam alam terbentang luas ini? Juta, Billion, Trillion? Bayangkan bintang yang anda lihat dilangit pada waktu malam adalah sebuah galaksi. Terlalu banyak!


" Sekurang-kurangnya terdapat 200 billion bintang didalam galaksi Bima Sakti dan 90% daripadanya mempunyai planet-planet yang mengorbit sistem suria. 10% daripada bintang ini terbentuk sama seperti BUMI terbentuk; dimana 2% daripadanya atau 100 juta sama seperti planet Bumi. Planet-planet yang mempunyai kehidupan seperti Bumi ini mengorbit didalam Zon Habitat " ujar saintis angkasa lepas.


Gliese 581 adalah Matahari lebih kecil daripada Matahari Bumi yang
kita duduki sekarang juga memiliki planet seperti Bumi(g).


Gambaran Pelukis - Gambaran Matahari Gliese 581 di permukaan planet
seperti Bumi

Ada sistem suria yang lebih lama wujud daripada sistem suria kita. Sudah pasti mereka terlebih dahulu 'makan garam'. Berkemungkinan teknologi mereka lebih hebat daripada teknologi manusia yang masih menggunakan teknologi pembakaran (combustion) untuk terbang ke angkasa lepas. Tak sempat keluar sistem suria minyak pun dah habis! Kannn...

Jadi, bagaimana 'Adam' menjadi manusia pertama? Adakah manusia pertama di muka bumi ini? Atau sebenarnya...

Kami tinggalkan soalan ini untuk anda fikirkan!





Adakah kapal angkasa yang dilihat oleh NASA gambaran sebenarnya seperti ini?




Adakah kapal angkasa berbentuk KIUB (Hexahedron) yang digambarkan cerita fiksyen STARTREK ini merupakan gambaran kapal angkasa sebenar?




Manusia memiliki POTENSI diluar daripada jangkaan apa yang anda fikirkan. Klik disini untuk mengetahuinya.


SEGALANYA KEKAL MISTERI SEKIRANYA TIDAK MENGKAJI!


Tuesday 11 September 2012

KEBAL ATAU TEKNIK JADI KEBAL?




Semalam Ceciter Misteri mengeluarkan artikel berkenaan dengan BUDAK KEBAL yang telah menjadi perhatian akhbar Harian Metro. Kami telah memberikan pandangan daripada perspektif POTENSI MANUSIA daripada faktor perubahan struktur DNA manusia yang memberi kelebihan-kelebihan yang dilihat oleh manusia sebagai suatu yang 'LuarBiasa'. Pada artikel kali ini kami ingin melihat daripada sudut yang berbeza.

Sesuatu perkara menjadi LUARBIASA apabila kita tidak memiliki pengetahuan mengenainya. Ianya akan menjadi perkara yang BIASA sekiranya ILMU ini diketahui dan dipelajari oleh kita .

"KNOWLEDGES key to FREEDOM" atau "ILMU Pengetahuan Kunci KEBEBASAN"

Jika anda merasa TIDAK BEBAS, secara logiknya anda tidak mengetahui tentang ILMU SEBENAR tentang DIRI dan ALAM ini. Mudah!

Kebanyakkan ilmu berkenaan tentang HAKIKAT diri dan alam ini hanya berada didalam rak-rak fiksyen dan mitos walhal ianya adalah ilmu SEBENAR tentang diri dan alam ini.


Nak belajar ILMU SEBENAR kena sembunyi-sembunyi, kalau nak terkinja-kinja yang tu boleh buat 'terang-terang', 'No Hal' punyalah! 


"Orang LUAR BIASA dia tak hairan dengan hujan yang turun dari langit, kerana dia boleh pindahkan hujan ke tempat lain. Ini kecil punya hallah" kata Pak Habib selaku pengasas Al-Attas University Of Life bercerita tentang POTENSI MANUSIA yang sangat LUAR BIASA.

Kadangkala orang cepat taksub dengan perkara yang LUAR BIASA. Hakikatnya kita hanya perlu tahu TEKNIK yang BETUL dan TEPAT.

TEKNIK LIDAH KEBAL DARI BAHANG API DAN PANAS




Cara-cara ingin memulakan aksi ini: 
Tunjukkan besi logam kepada penonton. Besi itu dipanaskan dengan api sehingga kelihatan merah membara. Masukkan besi yang sedang panas ke dalam gelas yang berisi sedikit air. Gelas tersebut akan pecah akibat panas besi logam itu. Panaskan semula besi logam dengan api sehingga merah dan diletakkan di lidah. Penonton akan terkejut kerana ada asap di lidah.

Rahsianya:
1. Gelas hendaklah nipis kacanya.
2. Besi logam panas hendaklah dijilatkan secara pantas di lidah berulang kali.
3. Kumpulkan air liur sebanyak mungkin di lidah. Apabila besi logam yang panas tersentuh dengan air liur akan menyebabkan asap.
4. Jangan sesekali meletakkan besi logam panas di atas lidah terlalu lama kerana ia akan mencederakan lidah.

Nota: Ada pertunjukkan silap mata yang meletakkan sejenis bahan kimia "Sterax Encer" di lidah sebelum diletakkan besi panas.


TEKNIK SEPAK BOLA API



Cara-cara:
1. Ambil kelapa tua yang kering dan kupas kulit bahagian luarnya.
2. Tebuk kelapa dengan paku dan keluarkan airnya. Jangan ada yang tertinggal.
3. Cucuk sekurang-kurangnya enam tusukan dengan hujung pisau ke dalam sabut untuk menyerap minyak tanah.
4. Rendam kelapa ke dalam minyak sekurang-kurangnya 10 minit sebelum dinyalakan.
5. Rahsia permainan ini adalah 'nekad' . Tendang bola, jangan tahan lama-lama bolanya di kaki, kerana akan mencederakan kulit.


Teknik-teknik ini diambil didalam blog Uncleseekers dimana beliau satu ketika dahulu mendedahkan kes penipuan CAKRA ALAM didalam topik 'Bomoh Temberang'. Teknik-teknik yang lain yang didedahkan oleh beliau boleh anda peroleh disini : http://uncleseekers.blogspot.com/2010/01/uncleseekers-vs-cakra-alam.html


Artikel kali ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada pembaca supaya jangan mudah taksub dengan perkara yang LUAR BIASA sehingga mendewakan seseorang melampaui batas. Cukup sekadar kita 'acknowledge' kelebihan dan memuji 'Tuhan Sekalian Alam' kerana segala kelebihan-kelebihan itu juga ada pada DIRI KITA! Pokoknya kita harus BELAJAR dan BERAMAL untuk kebaikan.


"Jika Anda Ingin MENGETAHUI sesuatu ILMU anda perlu banyak MEMBACA, jika anda ingin MEMAHAMI sesuatu ilmu yang dipelajari anda perlu TULIS sebuah buku mengenainya, jika anda ingin MENGUASAI sesuatu ilmu anda perlu AJAR seberapa ramai orang yang ingin mempelajarinya"


Jamie Surina selaku jurnalis Ceciter Misteri pernah mencuba
memakan kaca lampu kalimantang suatu ketika dahulu. Kebal?



Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

Monday 10 September 2012

RASA SEJUK BILA DIBAKAR



Harian Metro - Klik Gambar Untuk Paparan Lebih BESAR




MyMetroTV


Seorang budak mengalami fenomena aneh pada dirinya dimana beliau berasa sejuk apabila dibakar. Menurut kajian saintifik, DNA manusia mempunyai kombinasi '64 Codon' yang terdiri daripada Adanine , Thymine , Guanine dan Cytosine . Secara kebiasaannya manusia dilahirkan dengan '20 Codon' yang aktif.

DNA - Deoxyribo Nucleic Acid

Seorang budak dilahirkan istimewa di Amerika Syarikat memiliki DNA - 24 Codon . Keistimewaan ini telah membuatkan dirinya KEBAL AIDS . Pada permulaannya beliau dilahirkan dengan penyakit AIDS yang sememangnya kita ketahui masih tiada lagi ubat yang mampu menyembuhkannya. Selama 6 BULAN bayi ini telah diuji secara terperinci , apa yang memeranjatkan setelah 6 BULAN penyakit itu hilang dengan SERTA MERTA tanpa sebarang kesan beliau pernah dijangkiti penyakit yang membawa maut ini.


Kod Ginetik - Aktivasi Setiap KOD Memberi
Kesan Tertentu Pada Tubuh

Perkara ini telah mendapat perhatian saintis dan bayi ini telah diuji darahnya. Para saintis mendapati DNA bayi ini memiliki '24 Codon' berbeza dengan manusia biasa yang hanya memiliki '20 Codon' sahaja. Kajian tidak terhenti disitu sahaja, saintis telah mengambil sampel darahnya untuk diuji keatas virus AIDS dan mendapati virus AIDS hilang begitu sahaja walaupun diberikan dos yang sangat tinggi berulang kali. Bukan sekadar penyakit AIDS, penyakit berbahaya lain seperti kanser juga akan serta merta terhapus apabila bersatu dengan darahnya!

Jadi, adalah tidak mustahil BUDAK KEBAL yang dipaparkan di dalam Harian Metro ini mempunyai keistimewaan ' BERASA SEJUK, DIBAKAR API ' mungkin memiliki 'CODON' lain yang aktif. Setiap kod ginetik yang aktif akan memberikan kesan tertentu pada tubuh. Ianya ibarat 'SOFTWARE' yang berada didalam tubuh kita. Bayangkan jika kesemua '64 Codon' dalam tubuh manusia AKTIF apa yang bakal berlaku pada tubuh?




Gregg Braden - DNA Coding






Segalanya Kekal MISTERI Jika Tidak Mengkaji

Anda mungkin berminat membaca :
KEBAL ATAU TEKNIK JADI KEBAL?

Sunday 9 September 2012

MEMBURU 7 EKOR PUAKA!



Gambar Hiasan
Daun‐daun hutan di keliling datuk bergerak‐gerak bagaikan digoncang orang. Tanah yang dipijaknya jadi bersih tanpa sehelai daun. Datuk menumbuk tanah dengan tangan kiri. Dirasa daging pangkal lehernya bergerak‐gerak. Datuk senyum. Dia tahu perkara ini mesti dihadapi dengan cara lain. Dia teringat pesanan arwah neneknya dari tanah seberang, kalau berburu binatang dan terasa daging pangkal leher bergerak, alamatnya yang diburu bukan binatang lagi, tapi boleh jadi penunggu hutan atau syaitan dan orang bunian. Datuk letakkan senapang atas tanah. Dia duduk bertafakur mengumpulkan tenaga batin sambil membaca mentera yang diamalkannya. Melalui pancaindera batin datuk, datuk dapat melihat dengan jelas, bahawa rusa itu adalah jin penunggu hutan itu.

Muka datuk jadi merah padam, merecik peluh, gigi dilagakannya rapat‐rapat. Mata datuk tidak berkelip. Dia melihat di depannya, terdiri lembaga berbadan besar, matanya merah menyala, rambut panjang sampai ke tumit. Giginya besar, dua giginya di sebelah kiri dan kanan terjulur keluar, macam gading gajah. Dia diapit oleh enam jin yang sama hebat dengannya. 

"Kurang ajar, manusia laknat," suara itu bergema, daun‐daun hutan bergerak macam ditiup angin. Datuk diam bertafakur. 

"Kau tahu kesalahan kau manusia ?" Tambah suara itu . Belakang datuk terus dibasahi peluh datuk. Datuk diam, dia sudah pun menutup lubang‐lubang kelemahan tubuhnya dengan ilmu batin yang dipusakainya dari arwah neneknya, hingga jin itu tidak berpeluang menyatukan dirinya ke dalam tubuh datuk.


Pelajar UUM Dirasuk Jin




"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."
"Tidak," jawab datuk dengan berani.

"Kau masuk ke dalam kawasan larangan ku."

"Aku sudah meminta kebenaran."

"Aku tidak membenarkan." Jawab jin itu dengan keras. Dua batang giginya yang terjulur bergerak‐gerak.



"Kalau kau tidak membenarkanya, kenapa kau tidak memberi isyarat, masa aku masuk tadi." Cukup tenang datuk menjawab. Dia sudah bersedia menghadapi semuanya.

"Kau manusia biadap," pekik jin itu, pokok hutan bergerak‐gerak.

Percakapan datuk dengan jin semakin hangat, secara perlahan‐lahan percakapan itu bertukar kepada pertarungan kebatinan. Kemampuan dan kekuatan datuk benar‐benar teruji. Mata datuk bercahaya garang dengan urat‐urat timbul di dahi dan lengannya. Peluhnya jangan dikira terus menerus membasahi seluruh badan.

Datuk tahu kalau dia kalah. Dia akan rebah ke bumi. Seluruh badannya akan lebam. Jadi datuk bertekad untuk melawan dengan apa cara sekali pun. Masa berlawan itulah datuk terasa cuping telinga sebelah kirinya lembik. Datuk senyum, satu tanda baik. Kemenangan akan berada di pihaknya. Datuk terus mengucapkan begini :


Jong keli jong, tali cemati tebang buluh bunting pagi melemang...


Belum pun tamat datuk mengucapkan mentera itu. Dia terasa pangkal belikatnya keras macam batu. Datuk tidak boleh bergerak ke kiri dan ke kanan. Datuk terus bertempik dengan menyeru nama guru ilmu batinnya, serentak dengan itu datuk mengambil senapang seraya berkata : "Kalau aku kalah, aku rebah, kalau aku menang, aku berdiri dan kau pulang ke tempat asalmu."
Gambar Hiasan

Datuk pun melepaskan satu tembakan kepada rusa. Tepat tembakan datuk kena pada kening rusa. Rusa yang berjumlah tujuh ekor itu hilang entah ke mana. Kawasan itu jadi sepi. Pemandangan datuk kembali normal yang ujud di depannya sekarang iailah sebatang pokok besar dengan akar‐akar bergayutan yang mencecah muka bumi.

Datuk menang dalam pertarungan itu. Sebelum meninggalkan tempat itu, datuk segera mencari anak-anak kayu yang bercabang tujuh yang mengarah ke matahari jatuh. Anak kayu bercabang tujuh itu datuk tikam ke bumi. Cabang yang tujuh ke bawah. Lepas itu datuk memotong cabang tujuh lalu berkata : "Ini kawasan manusia, dan kau telah pulang ke tempat asalmu."

Datuk pun mencari arah, dia mula masuk tadi. Dia duduk di situ lebih kurang setengah jam. Kemudianbaru kawan‐kawannya pulang. Semua binatang buruan di masukkan ke dalam bonet kereta Ford Anglia kepunyaan datuk. Dalam perjalanan pulang datuk dan kawan‐kawannya singgah di pekan Pengkalan Bharu. Mereka makan dan minum kopi disebuah warung dekat surau. Cara kebetulan pula tuan punya warung itu adalah kenalan datuk yang sama‐sama satu datang dari Aceh. Datuk pun menceritakan tentang peristiwa yang dialaminya. Menurut tuan punya warung itu, setiap pemburu yang berjumpa dengan rusa yang berjumlah tujuh, selalunya cukup sulit untuk keluar dari kawasan hutan, kalau keluar pun dia tidak akan sihat atau separuh gila.

"Biasanya bila meraka sampai ke rumah, mereka terus sakit dan meninggal, masa sakit itulah mereka tidak tentu arah, kalau silap dilayan atau tidak berjumpa dengan dukun yang handal penyakit itu akan berjangkit pada si anak, biasanya sakit suka pada anak bongsu." Terang tuan punya warung itu pada datuk. Datuk terdiam kemudian datuk mengajak tuan punya warung itu ke tepi sungai. Datuk minta tuan punya warung itu memandikannya dengan air yang bercampur dengan daun tujuh jenis, untuk mengelakkan badi rusa itu mengikut datuk balik ke rumah.

Walau bagaimanapun, datuk terhindar dari serangan sebarang penyakit. Malah, kegemarannya untuk memburu bertambah giat dan hebat. Asal terdengar saja padanya ada kawasan terdapat landak, kancil atau kijang, datuk tidak akan melepaskan peluang untuk memburu. Kalau tidak dapat waktu siang, dia akan pergi waktu malam. Memburu adalah suatu kerja yang amat dicintai oleh datuk. 

Kalau sudah tiba masanya datuk untuk berburu. Jangan siapa cuba menghalang. Dia tidak peduli. Kalau dilarang juga datuk naik darah. Selalu jadi korban kemarahan datuk ialah nenek saya yang tidak bergitu senang dengan sikap datuk itu. Selain dari berburu datuk cukup rajin berlajar ilmu‐ilmu kebatinan. Datuk pernah bertapa di Gua Ulu Licin tujuh hari tujuh malam tanpa makan sebiji nasi, tapi tubuh datuk tidak
susut.

Kalau ada dukun ilmu batin mengubat orang cara kebatinan, datuk tidak segan‐segan berkawan dan mencuri ilmu dari dukun itu. Anehnya, datuk tidak berhajat untuk menjadi seorang dukun. "Semua yang dicari hanya sekadar untuk pelindung diri," kata datuk...






Petikan BERCAKAP DENGAN JIN - Jilid 1

Tamar Jalis atau nama sebenarnya Ahmad @ Mohd.Radzi bin Mahmud telah menghasilkan lebih 284 Siri Bercakap Dengan Jin(SBDJ),16 daripadanya sudah dibukukan dan jualannya menurut suatu kajian Prof.Adnan Nawang melebihi SEJUTA naskhah.Hal ini memperlihatkan sambutan meluas pembaca terhadap siri novel itu yang sudah bermula sejak tahun 1981 hingga 2005. Tamar Jalis adalah nama samaran penulisnya yang diambil daripada satu nama jin yang terdapat dalam Hikayat lnderaputera yang terkenal dalam kesusasteraan Melayu tradisional. 


Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

Wednesday 29 August 2012

Lima Hari Saiful Dilarikan Ke Alam Bunian



Ikut Pak Halim Sembahyang Asar

"NAKK! Bangun nakk...!" terngiang-ngiang suara dari belakang. Ketika itu mata saya tertutup separuh. Kepala saya masih lagi berpusing-pusing pening lalat. Apabila saya celikkan mata, saya sedang terjelopok berada di pinggir sebuah hutan.

    Saya memandang sekeliling, pepohon merimbun melatari pandangan mata. Lalu saya tenyeh-tenyeh mata lagi. Saya bangun dengan lemah longlai, saya lihat pintu kereta saya terbuka luas. Saya jadi bingung, bila masa pintu kereta terbuka, dan kenapa saya berada di lantai pinggir hutan di sini?

Saya bingkas bangun menuju ke arah kereta dan melihat pada jam kereta, sudah pukul 6.00 lebih. Apa berlaku tadi?

"Nakk... kamu nak ke mana?"" saya segera tersentak dan menoleh ke belakang.

"Tak tahu!" jawab saya kebingungan.

Seorang lelaki tua  berserban dan berjubah putih berdiri di belakang saya. Kulitnya putih, sedikit berkedut pada dahi, bawah mata, manakala kumis dan janggutnya juga beruban putih. Saya lihat  waja lelaki tua di hadapan saya ini begitu bersih. Beberapa ketika kemudian lelaki tua itu bertanya lagi kepada saya.

"Dah solat Asar?" soalnya lembut. Saya hanya menggeleng-gelengkan kepala setelah termangu memandang lelaki tua itu.

"Mari ikut Pak Halim pergi surau, solat Asar!" katanya dengan ringkas memperkenalkan diri sebagai Pak Halim walaupun saya tak bertanya namanya. Tanpa banyak soal saya mengangguk.

Lalu Pak Halim naik kereta saya dan duduk di sebelah. Entah mengapa saya menurut saja kata Pak Halim. Lalu saya terus memandu keluar dari pinggir hutan tadi masuk ke sebuah simpang di mana letaknya sebuah surau lama.


Pak Halim Beri Duit Lama

Pak Halim menceritakan dia ternampak saya sedang memandu dalam kebingungan menuju ke suatu destinasi di kawasan perkampungan ini. Pak Halim nampak di sebelah saya duduk seorang perempuan cantik.

Apabila menyedari saya seolah-olah dipukau perempuan cantik itu, Pak Halim datang menyelamatkan saya lalu mengusirnya. Kemudian perempuan cantik itu terbang menerusi tingkap kereta saya.

Pak Halim turut memberitahu saya perempuan yang duduk menganggu saya tadi sebenarnya berhajat hendak berkahwin dengan saya. Impiannya mahu memiliki saya sudah lama, sejak saya belum berkahwin lagi.

Menurut kata Pak Halim lagi, perempuan yang duduk di sebelah saya semalam akan terus mengganggu saya hinggalah dia berjaya memiliki saya.

Selepas dia memberitahu perihal perempuan yang mengganggu saya tadi, Pak Halim memberi  saya sebotol air Yasin sebanyak 1.5liter. Pak Halim turut memberi saya tiga keping duit lima ringgit.

Apakah yang sebenarnya terjadi kepada saiful sehinggakan dia tersadai di pinggir hutan? Siapakah Pak Halim dan siapakah wanita cantik itu? Benarkah air yang diberi Pak Halim itu, air Yasin dan kenapa Pak Halim memberi tiga keping wang kertas lima ringgit kepada Saiful? Ingin tahu kisah selanjutnya? Dapatkan MASTIKA SEPTEMBER 2012 yang sememangnya sedang laris di pasaran jika anda ingin mengetahui sebab dan kesudahan cerita Saiful!!

 

Tuesday 28 August 2012

Lembaga Jururawat Tanpa KEPALA Hantui Wad 11





Nor Liana Razali, 30 terjaga dari tidurnya. Dia menggeliat menghilangkan lenguh-lenguh di badan akibat tidurnya tidak selesa di atas sofa. Dia mengenyeh-ngenyeh matanya yang masih lagi mengantuk sambil melihat jam ditangan.

“Ahhh…dah pukul 2.00 pagi,” Liana mengeluh keseorangan. Dia memandang ke sekeliling, kalau-kalau kawannya sudah pulang. Nampaknya, bilik wad itu masih lagi kosong dan sunyi. Hanya Liana seorang saja yang berada dalam bilik itu. Sebenarnya syif Liana sudah habis pukul 12:00 tengah malam tadi. Namun, Liana dan kawan-kawan biasanya akan tidur tempat kerja kerana mereka belum berkahwin.

Bukan apa, senang nak datang kerja esok pagi ataupun on call . Maklum sajalah jururawat memang kena selalu stand by. Biasanya mereka akan cari mana bilik wad yang kosong untuk menjadikan tempat tidur. Hari itu, hanya wad 11 kosong. Sebelum ini wad tersebut memang kosong. Memang pihak hospital menempatkan pesakit di wad itu.

Entah kenapa pihak hospital tidak menempatkan pesakit di situ, tidak pula Liana tahu. Liana yang baru lima tahun bekerja di hospital itu tidak ambl tahu sangat perkara itu.

Liana masih lagi mengantuk. Dia terus merebahkan badannya kembali di atas sofa yang empuk itu. Sebaik saja Liana hendak melelapkan matanya, tiba-tiba kedengaran bunyi goncangan tombol pintu, seolah-olah ada orang yang ingin membuka.

Kreeeeek!!

Liana terkejut dan terus bangun dari tempat tidurnya. Dia mendiamkan diri dan menunggu-nunggu apakah yang sedang terjadi. Pintu ditolak dan engsel berbunyi. Jantungnya berdegup kencang.

Tap…Tap…Tap…

Kedenganran bunyi tapak kaki orang berjalan menuju ke arahnya. Degupan jantung Liana bertambah kencang. Bulu romanya mula menegak.

“Ayu.. Ayu.. Ayu..!” ….. Liana memanggil menyangka orang yang sedang berjalan itu rakan sekerjanya yang baru balik.



Tapi, panggilan Liana tidak bersahut. Meskipun takut Liana cuba berfikiran positif. Mungkin itu hanya imaginasinya saja. Dia merebahkan semula badannya kembali di atas sofa. Hanya kedengaran bunyi kipas berpusing. Matanya makin lama makin rapat dan terus terlena.

Selang beberapa minit kemudian.

Kreeeeeeeeeeeeaaaakkk…

Tiba-tiba Liana tersedar. Dia terkejut mendengar bunyi pintu…







Ikuti kisah selanjutnya Mastika keluaran Ogos 2012 ms 54-57




ISLAM hanya dalam bahasa ARAB?!




Pelakon Que Haidar diminta mengulas tuduhan kononnya dia dan isteri, Linda Jasmine tidak sensitif terhadap pemilihan nama anak yang dikatakan menyamai nama ratu Firaun semasa pemerintahan kerajaan Mesir Purba iaitu Ratu Cleopatra VII.

Que menyifatkan individu yang mempersoalkan nama anak keduanya iaitu Tengku Cleopatra Haidar yang dikatakan menyerupai nama Firaun sebagai tidak masuk akal.

Que berkata, nama tersebut dipilih berdasarkan maksudnya daripada bahasa Greek yang menggambarkan seorang wanita cekal dan berkepimpinan tinggi.
Tambah Que, pemilihan tersebut dibuat atas persetujuan dengan isterinya dan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada mereka dibuat tanpa sebarang usul periksa.

p.s : Cleopatra adalah berasal daripada perkataan "kleo" dan "pater" yang bermaksud "kemasyuran" dan "bapa". Bapa disini bukan merujuk kepada jantina seseorang tapi membawa maksud pencetus sebagai contoh; 'Bapa Kemerdekaan'.

Belajar BAHASA baru tahu apa erti sebenar jangan cepat menghukum. Apa pun terpulang kepada diri sendiri kerana hidup kita ditentukan oleh 'Belief System' yang anda sendiri tentukan. Kenapa ramai yang tak menggunakan nama dalam bahasa arab tetapi mereka tetap berjaya dan membawa kebaikan berbanding yang bernama ARAB mempunyai maksud yang SANGAT BAIK tetapi jadik dot dot dot? SEGALANYA KEKAL MISTERI JIKA TIDAK MENGKAJI !

Sumber : Berita.My

Tuesday 31 July 2012

UFO di Malaysia???

Kami ingin tahu apa pendapat anda berkenaan objek yang ditunjukkan di dalam rakaman ini. Adakah ianya benar-benar UFO atau sekadar alat permainan yang berfungsi sebagai layang-layang atau helikopter kawalan jauh dihiasi lampu LED???



Mungkinkah 3 objek yang kelihatan di dalam rakaman ini merupakan pesawat perisik dari negara lain? Kami mengalu-alukan komen serta penjelasan mengikut teori anda sendiri. 

 

Monday 30 July 2012

FOMALHAUT -- Sistem Suria Makhluk Asing


FOMALHAUT - Sistem Suria 25 tahun cahaya daripada BUMI



ALMA (Atacama Large Milimeter/submilimeter Array) sejenis teleskop radio telah digunakan oleh para pengkaji angkasa untuk mengkaji sebuah planet yang mengorbit bintang "Fomalhaut". 

"Planet yang mengorbit bintang Formalhaut adalah lebih kecil daripada jangkaan" ujar pengkaji.

Imej cakera yang sangat jelas, cincin dan debu terletak 25 TAHUN CAHAYA daripada BUMI diperoleh daripada teleskop ALMA. Penemuan ini telah membantu menyelesaikan kontroversi dikalangan pengkaji sebelum ini.

"Imej ALMA menunjukkan sisi dalam & luar cakera yang nipis dan berhabuk ini mempunyai sisi yang sangat tajam. Penemuan ini telah diuji dengan simulasi komputer dan para saintis telah bersepakat menyatakan partikel habuk didalam ruangan cakera sentiasa berada didalam ruangannya dengan tarikan graviti daripada 2 BUAH PLANET - satu berhampiran dengan bintang dan satu lagi pada jarak yang lebih jauh..." ujar para pengkaji angkasa membuat kesimpulan terhadap penemuan mereka berkenaan bintang 'Fomalhaut' ini.

Adakah bintang ini mempunyai makhluk yang bertamadun seperti kita? Mungkin mereka LEBIH maju dan mempunyai sifat KASIH SAYANG yang tinggi berbanding dengan MANUSIA di muka bumi ini!

Segalanya Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji

- Dailygalaxy.com

Sunday 29 July 2012

TAFSIR MIMPI : Ombak Laut


Ombak Simbol Kepada POTENSI & KUASA Diri


Secara amnya ombak adalah lambang kepada pembaharuan dan pencerahan didalam hidup anda. Anda berhadapan dengan situasi dimana anda perlu membuat keputusan didalam hidup. Sekiranya anda sedang berada didalam alunan ombak, bermakna anda sedang mengawal emosi. Ombak simbol kepada POTENSI & KUASA didalam diri anda.

MENDENGAR ombak didalam mimpi bermaksud KETENANGAN. Jika anda terperangkap didalam ombak dengan perasaan TAKUT(Negatif) bermakna anda sedang mengalami masalah emosi yang perlu anda ambil perhatian. Anda berkemungkinan sedang dilanda KEMURUNGAN atau apa sahaja EMOSI yang negatif yang anda pendam selama ini. Anda berkemungkinan memendam kesedihan terlalu lama didalam diri yang anda takut untuk luahkan.

Bermain Dengan Alunan Ombak : Kawalan Emosi


Pada sudut yang POSITIF, ombak membawa maksud perubahan kepada tabiat atau sikap yang LEBIH BAIK. Sekiranya anda sedang dibawa oleh ombak dan anda MENIKMATINYA bermaksud anda SEDIA untuk membuat sesuatu perubahan didalam hidup anda.

Ombak yang BAHAYA dan GANAS membawa maksud anda telah membuat keputusan SALAH didalam hidup. Kembalilah kepangkal jalan.

Ombak Ganas : Salah Membuat Keputusan

Mimpi bagi sesetengah orang mempercayainya sebagai 'mainan tidur'. Ini adalah satu pandangan yang tidak tepat. Sememangnya ada sesetengah mimpi tidak membawa maksud apa-apa, tetapi kebanyakkannya ianya membawa maksud kepada sikap atau mengenai tentang diri kita yang harus kita ubah atau kita harus kembangkan supaya potensi diri menjadi lebih besar. Adakalanya menjadi khabar berita kepada perkara yang bakal berlaku seperti mimpi Nabi Yusuf.


Mimpi Mesej ALAM Kepada Diri

Apa yang anda lihat didalam mimpi merupakan simbol yang membawa mesej-mesej tertentu. Mimpi adalah mesej daripada ALAM kepada kita. Perhatikan, lakukan eksperimen dan analisis terhadap mimpi anda. Semakin anda ambil peduli dengan mimpi anda, semakin TEPAT mimpi anda untuk menjadi PANDUAN kepada diri anda.SELAMAT MENTAKWIL MIMPI!

Segalanya Akan Kekal MISTERI Sekiranya Tidak Mengkaji


Friday 27 July 2012

Budak Bermata Kucing Kacukan Makhluk Asing?





Budak Bermata Kucing di China



Terdapat sebuah berita melaporkan mengenai pakar perubatan di China yang telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Ia bukanlah mata hiasan seperti yang digunapakai iaitu contact lens bagi sesetengah individu.

Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.

Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.dan dapat melihat dengan jelas pada waktu malam.

- Melayukini.Net




Thursday 26 July 2012

#UNCLESEEKERS V2 : NEW REVIVAL!! 2 HARI LAGI


Uncleseekers V2




UNCLESEEKERS V2 - NEW REVIVAL!! - 2 HARI LAGI Nantikan PEMBONGKARAN TERBARU Daripada Uncleseekers . Lebih PANAS, Lebih KONTROVERSI .
Nantikan kemunculannya di :

http://uncleseekers-v2.blogspot.com/

Monday 16 July 2012

TAFSIR MIMPI : Mimpi Terbang


Mimpi Terbang - Kekuasaan dalam diri & KEBEBASAN




MIMPI TERBANG ; Jika anda terbang dalam keadaan yang tenang dan menghayati keadaan sekeliling bermaksud anda berada dalam situasi yang terpenting. Anda telah bangkit kepada keadaan yang lebih baik. Anda memperoleh perspektif baru tentang sesuatu hal. Jika anda berkeupayaan mengawal penerbangan, ianya menunjukkan anda mempunyai kuasa untuk mengawal kehidupan anda.






Jika anda mempunyai masalah dalam penerbangan, bermaksud sebaliknya; tidak mempunyai kuasa mengawal kehidupan sendiri. Halangan seperti pokok, gunung dan sebagainya bermaksud banyak halangan dalam hidup anda sekarang ini. Anda perlu kenalpasti apa atau siapa yang menghalang anda daripada maju kehadapan didalam hidup. Kesukaran untuk terbang juga bermaksud anda kurang yakin atau keraguan dalam hidup anda. Anda perlu PERCAYA pada diri dan jangan takut. Jika anda takut ketika terbang, ianya bermaksud anda takut kepada cabaran. Mungkin anda belum lagi bersedia untuk langkah seterusnya.




Secara keseluruhan MIMPI TERBANG bermaksud kekuatan MINDA & KEINGINAN anda. Anda merasakan tiada siapa yang dapat menghalang segala usaha anda. Mimpi ini melahirkan rasa KEBEBASAN didalam diri untuk membuat sebarang keputusan dalam hidup anda.


Friday 13 July 2012

5 TEMPAT PALING BERHANTU DI MALAYSIA

Berikut adalah 5 tempat yang dipercayai berhantu di Malaysia. Ceciter Misteri percaya bahawa terdapat banyak lagi tempat seperti itu di dalam negara kita. Jika anda mempunyai informasi terhadap tempat-tempat sebegini, sila e-mail kepada kami atau anda hanya perlu tulis di ruangan komen yang disediakan.

1. HIGHLAND TOWER

Pada 11 Mac 1993, bertempat di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, salah satu blok Highland Tower runtuh. Seramai 48 orang menjadi mangsa korban. Berikutan kejadian tersebut, 2 lagi blok dikosongkan sejurus sahaja selepas kejadian. Terdapat sumber yang mengatakan bahawa jumlah mangsa lebih daripada 48 orang yang tersenarai di Wikipedia manakala mangsa yang selebihnya, terus terkubur di tapak itu. Mungkin, atas sebab itulah tempat ini "berhantu". Pernah juga Ceciter Misteri mendengar pengalaman dari pemandu teksi yang menghantar penumpang di daerah ini namun apabila sampai di lokasi yang dituju, "penumpang yang kebiasaannya duduk di tempat duduk belakang akan ghaib!! 

Komen Ceciter Misteri : Ceciter Misteri juga pernah meninjau ke lokasi ini di waktu malam sekitar 5 tahun lepas. Benar, tempat ini mempunyai sejenis energi yang mendatangkan perasaan seram dan sedih. Namun kami tidak mengalami apa-apa kejadian aneh.



2.BANGLO MONA FANDEY


Nama Mona Fandey atau Maznah Ismail agak popular pada awal 90-an kerana kes bunuh ahli politik, Mazlan Idris. Mayat Mazlan Idris ditemui tertanam di dalam sebuah bilik/stor berdekatan dengan banglo ini yang terletak di Pahang. Mona merupakan seorang penyanyi pop dan dipercayai mengamal ilmu batin. Pada tahun 2001, Mona dan 2 lagi orang dijatuhi hukuman gantung dan hukuman tersebut dilaksanakan pada 2 November 2001 di Penjara Kajang.

Mona Fandey dan suami serta pembantu mereka



Komen Ceciter Misteri : Mana cerita hantunya? Benarkah tempat ini berhantu? Setakat ini, Ceciter Misteri belum pernah dengar apa-apa kisah yang melibatkan banglo tersebut. Jika ada pembaca yang pernah mengalami atau pernah mendengar cerita banglo ini, sila kongsi ya.


3. KEMAYAN CITY 


Kemayan City Mall. Hmm.... Nama juga sudah mendatangkan perasaan seram. Terletak di daerah Johor Bahru, bersebelahan dengan Jalan Skudai. Tidak banyak yang kami dapat selongkar tentang latar belakang bangunan ini namun, apa yang selalu kami dengar, 'mangsa' bangunan ini selalunya warga Singapura. Benarkah? Berikut adalah kisah yang biasa diceritakan.









Sebuah keluarga yang berasal dari Singapura menghadiri kenduri saudara mereka di Johor. Sewaktu pulang dari kenduri pada lewat malam, mereka terlihat sebuah pusat membeli-belah yang terang bercahaya dan kelihatan meriah. Mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam bangunan itu dan bershopping sakan. Selesai membeli-belah semahunya, mereka segera pulang ke Singapura memandangkan hari semakin lewat. Sampai sahaja di rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila barang-barang yang diletakkan di dalam but ghaib dan duit 'baki' yang diberi jurujual tidak lagi berada di dalam poket. Yang ada hanyalah dedaun kering. Keesokannya siang, mereka pergi bangunan itu sekali lagi dan mendapati bahawa bangunan itu sememangnya kosong.

Komen Ceciter Misteri : Hmmm... Kisah ini agak cliche dengan kisah-kisah seram yang lainnya. Ada sesiapa yang pernah mengalaminya sendiri. Jika ada rezeki, mahu juga kami kesana. Katanya, gangguan hanya terjadi di antara jam 12 malam sehingga 4 pagi.


4. LEBUHRAYA KARAK
 

Tidak lengkap sebuah artikel seram itu jika tidak dikaitkan dengan Lebuhraya Karak yang dipercayai penuh dengan misteri. Lebuhraya tersebut juga menghubungkan Kuala Lumpur dengan Pahang. Siapa yang tidak pernah dengar akan kisah Volkswagen Kuning ataupun Iswara putih. Sudah berapa banyak kemalangan yang berlaku di kawasan terowong di Genting Sempah?

Komen Ceciter Misteri : Pengalaman peribadi kami bukannya di lebuhraya ini tetapi selepas melalui kawasan ini. Setibanya di Janda Baik, Pahang, sahabat kami yang sedang memandu tiba-tiba seperti mengelak sesuatu di tengah jalan. Apabila ditanya, dia berkata bahawa dia mengelak seekor anjing bewarna hitam sedangkan kami yang lain tidak nampak seekor makhluk pun di situ.


5. Villa Nabilla
 
Sebuah lagi lokasi berhantu di daerah Johor Darul Ta'zim. Ianya terletak berdekatan dengan Bukit Serene, berhampiran Straits View Hotel dan menghala Dataran Johor Bahru. Kami mendapat 4 versi kisah banglo ini dari dalam laman web namun, tiada satu pun yang dapat mengesahkan kisah sebenar dibelakang misteri banglo ini

Versi 1
Sebuah keluarga yang kaya dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Nabilla. Oleh kerana terlalu menyayangi anak itu, mereka menamakan rumah tersebut dengan Villa Nabilla. Suatu hari, rumah mereka dirompak oleh sekumpulan penjenayah yang kemudiannya membunuh kesemua penghuni manakala mayat anak perempuan itu disimen di dalam dinding/lantai rumah tersebut. Misteri terungkai apabila mereka yang diganggu meminta pertolongan dari 'orang bijak pandai' yang berjaya mengeluarkan mayat Nabilla. Kejadian yang berlaku dipercayai bersangkut paut dengan dendam dan iri hati ibu tiri Nabilla.

Versi 2
Keluarga Nabilla adalah golongan berada dan mereka hidup dalam keadaan harmoni. Tanpa diketahui sebab musababnya, suatu hari bapa Nabilla mengamuk dan menembak semua orang di dalam banglo tersebut dan kemudian membunuh dirinya sendiri. 

Versi 3
Keluarga Nabilla telah dirompak dan Nabilla telah dirogol dan dibunuh dengan kejam. Mayatnya ditanam di dinding rumah tersebut. 

Versi 4
Ada sekeluarga yang bahagia tinggal di villa itu. Keluarga itu dianugerahkan pewaris kekayaan dan dialah si jantung hati kepada kedua orang tuanya.
Nabilla nama diberi. Tidak diketahui latar belakang keluarga itu. Nabilla telah di bunuh dengan kejam oleh amah di rumah itu. Mayatnya di simenkan di dinding rumah tersebut. Menurut cerita saksi yang pernah masuk ke dalam rumah itu, terdapat sebuah kolam renang dan segala perabot masih ada serta dalam keadaan baik. Terdapat juga gambar-gambar Nabilla di atas meja ruang tamu. 

Komen Ceciter Misteri : Sumber versi-versi yang dipaparkan adalah dari laman ini (KLIK DI SINI). 

 

Sumber asas artikel adalah dari Illustrasiaku  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini