Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Thursday 26 January 2012

Patung Puaka

Salam sejahtera wahai sekalian pembaca budiman.

Pernahkah anda semua mempunyai anak patung kesayangan pada zaman kanak-kanak? Adakah anak patung kesayangan anda itu mempunyai "cerita tersendiri" di sebalik senyuman yang comel itu? Jawapan saya bagi persoalan ini adalah "YA". "YA" saya mempunyai 2 anak patung sewaktu kecil dan "YA", salah satu patung kesayangan saya benar-benar mempunyai "ceritanya" yang tersendiri.

Sewaktu saya berumu 2 tahun, seorang kenalan rapat ibu saya telah membelikan sebuah anak patung perempuan. Rambutnya kerinting, perang keemasan, matanya biru, mulutnya sedikit terbuka dan patung itu mempunyai susuk tubuh yang montel, dipadankan pula dengan gaun putih bercorak, sentiasa dalam posisi duduk berlunjur. Oh, sudahkah saya memberitahu anda bahawa patung tersebut mempunyai ketinggian yang sama dengan kanak-kanak berusia 3 tahun? Ya, itulah patung saya yang entah mengapa menggelarkannya dengan panggilan Molly.

Molly adalah teman setia saya. Semenjak kehadiran Molly, alat permainan yang lain tidak lagi saya endahkan. Mahu makan, bersama Molly, mahu tidur, juga bersama Molly. Patung itu ibarat "kembar" saya.

Kejadian bermula apabila saya mula berbual dengan Molly. Pada mulanya ibu tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah pada satu hari, dia terdengar suara "seseorang" membalas bualan saya. Apabila ibu menjenguk ke arah saya, tiada apa-apa yang berlaku. Selang beberapa hari kemudian, bapa saya pulang dengan membawa beberapa paket minuman kegemaran saya, Capri-Sonne.

Capri-Sonne, jus kegemaran yang.....


Setelah penyedut minuman dimasukkan ke dalam paket tersebut, ibu dan bapa meninggalkan saya seorang diri bersama dengan Molly di ruang tamu. Selang dua minit kemudian, mereka kembali dan alangkah terkejutnya mereka melihat jus epal saya telah habis diminum. Mereka bertanya kepada saya, siapa yang minum? Dengan nada hampir menangis, saya mengadu bahawa Molly yang menghabiskannya. Ibu saya mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu diberikan sepaket lagi jus epal kepada saya. Tanpa berlengah lagi, saya terus meneguk air yang diberi dan kemudiannya menyuakan kepada Molly. 

Pada mulanya, ibu dan bapa saya menganggap bahawa, memang sudah lumrah kanak-kanak suka menyuakan apa sahaja yang diberi kepada anak patung kesayangan mereka. Nampak comel, sehinggalah.....

"Sroottt...srott...srooot....."


Ibu dan bapa saya kelu. Perasaan bercampur-baur. Dengan segeranya ibu saya mengangkat saya menjauhi patung tersebut. Ya pembaca sekalian, bunyi sedutan air sehingga habis itu kedengaran sebaik sahaja saya menyuakan  jus epal Capri-Sonne ke mulut patung puaka tersebut!!! Bapa saya memeriksa paket minuman tersebut dan ternyata ianya kosong. Jika si puaka Molly mampu melakukan hal itu, apa pula yang akan dilakukannya selepas ini? Dengan segera, bapa saya mengangkat Molly, dan membakarnya di luar rumah kami. Setelah itu, kesemua anak patung berupa manusia dibuang dan hanya anak patung haiwan sahaja yang disimpan.


Mari kita fikirkan. Kejadian berlaku pada lewat 80-an. Hendak dikatakan ianya anak patung moden atau High-End, mustahil kerana patung itu tidak menggunakan sebarang bateri yang boleh membuatkan ia bergerak, apatah lagi menyedut minuman? Jika ianya benar anak patung moden, masakan Molly boleh menyedut minuman sehingga habis tanpa berlaku sebarang kerosakan? Jika pembaca mempunyai penjelasan yang logik, sila berikan pendapat anda di sini. Wallahu'alam.

Anak patung ini hampir serupa dengan si Puaka itu.
Jika saya dapat mencari gambar Molly, akan saya upload dengan segera.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini