Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Friday, 27 February 2015

Lelaki Misteri Tanya Soalan Dalam Mimpi

Lelaki Misteri Tanya Soalan Dalam Mimpi



Mimpi lelaki misteri

Semalam aku bermimpi.

Seorang lelaki wajahnya bersih, aku tidak tahu dia daripada bangsa apa.

Tampan dan kacak, wajahnya tak pernah aku jumpa dalam hidup.

Soalan ini masih lagi terngiang-ngiang lalu aku kongsikan soalan ini kepada pembaca.

17 Soalan yang ditanya ;


1.Tuhan untuk ditakuti?

2.Tuhan tidak wujud?

3.Tuhan wujud sebagai seorang lelaki yang 'luarbiasa'?

4.Tuhan perlukan ketaatan manusia?

5.Tuhan melihat kita sebagai tidak sempurna, dan kita tidak akan kembali kepadaNYA dalam keadaan ketidaksempurnaan?

6.Tuhan memerlukan kita mempercayaiNYA, memerlukan penyembahan dengan ritual tertentu?

7.Tuhan Maha Pengasih Penyayang boleh menjadi pemarah, pendendam?

8.Tuhan sedang memusuhi Iblis @ Syaitan?

9.Tuhan menetapkan sesuatu perkara betul dan salah?

10.Hanya dengan pengampunan Tuhan melayakkan kita ke syurga?

11.Tuhan merencanakan hidup manusia?

12.Tuhan hanya menyebelahi kita sahaja?

13.Tuhan hanya memuliakan mereka yang sanggup berkorban nyawa untukNYA?

14.Tuhan kadangkala memakbulkan doa adakalanya tidak?

15.Tuhan akan menghukum kita di 'Hari Pembalasan'?

16.Tuhan ingin kita masuk ke syurga?

17.Tuhan dan manusia adalah entiti yang terpisah?


Beliau hanya senyum sambil memegang bahu aku dan kemudian aku terjaga.

Bingkas aku bangkit daripada tidur kemudian duduk seketika dan berfikir kenapa soalan ditanya kepada ku?

Aku menarik nafas dalam-dalam sambil menutup mata dan menghembus perlahan-lahan kemudian aku baring sambil mengingatiNYA.

17 soalan aku dapat menjawab satu persatu. Aku senyum.

Lelaki itu aku tidak tahu siapa. Siapa dia sebenarnya, itu tak penting pada aku.

Mungkinkah aku akan bertemu dengannya lagi?

Entah.

Jika anda ditanya 17 soalan ini, apa jawapan anda?

Kongsikan diruangan komen dibawah.

Artikel Berkaitan

Lelaki Misteri Tanya Soalan Dalam Mimpi
TAFSIR MIMPI : Mimpi Kasut 
TAFSIR MIMPI : Mimpi Memandu 
TAFSIR MIMPI : Tanam Pokok
TAFSIR MIMPI : Mimpi Kucing
TAFSIR MIMPI : Ombak Laut
TAFSIR MIMPI : Mimpi Terbang
TAFSIR MIMPI : Mimpi Belayar
TAFSIR MIMPI : Mimpi Berlari
TAFSIR MIMPI : Mimpi Kematian Seseorang

Friday, 14 November 2014

TUJUH Fenomena MISTERI Kehidupan

TUJUH Fenomena MISTERI Kehidupan



1. Déjà Vu

Déjà Vu adalah keadaan perasaan anda yang merasakan seperti pernah mengalami peristiwa yang sedang berlaku.

2. Déjà Vécu

Déjà Vécu adalah sama seperti Déjà Vu tetapi ia lebih detail. Jika Déjà Vu seolah anda pernah MELIHAT peristiwa yang sedang berlaku.

Tetapi Déjà Vécu anda seolah pernah MENDENGAR beserta dengan BAU, pengalaman yang anda sedang lalui.

3. Déjà Visité

Déjà visité adalah perasaan anda seolah-olah pernah lawati tempat yang anda lawati sekarang ini.

Apabila anda berjalan disatu tempat anda merasakan anda pernah pergi ketempat ini.

Mungkin didalam mimpi atau melalui pengalaman mistik anda.



4. Déjà Senti

Fenomena ini seolah anda sudah merasakan ianya telah berlaku.

Misalnya, anda merasakan anda sudah bercakap tentang sesuatu hal kepada rakan anda.

Sebenarnya anda tidak menyatakan lansung kepada rakan anda pun.

Ianya hanya berlaku didalam fikiran anda sahaja.




5. Jamais Vu

Jemais Vu ia berlawanan dengan Dejavu.

Ianya sesuatu yang anda tidak dapat pastikan.

Pengalaman ini berlaku apabila anda menyebut suatu perkataan misalnya perkataan 'biawak' banyak kali.

Apabila anda sebut banyak kali bunyi akan jadi pelik dan makin lama anda sendiri tidak faham apa yang anda sebutkan.



6. Presque Vu

Presque Vu, anda cuba mengingati sesuatu nama atau perkataan.

Ia seolah anda sudah nampak didalam minda anda perkataan atau nama itu, tetapi tak dapat menyebutnya.



7. L’esprit de l’Escalier

Perasaan atau pengalaman ini selalu berlaku didalam kehidupan seharian.

Pada ketika kita ingin menyampaikan sesuatu perkara, kita lupa atau tidak ingat apa yang hendak disampaikan.

Tetapi, bila kita sudah pulang atau tamat perbualan, baru kita ingat apa yang hendak disampaikan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini