Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Friday 15 February 2013

BERITA TERKINI : Meteor Jatuh MELETUP di Rusia, Lebih 500 TERCEDERA






Rakaman CCTV dibangunan berhampiran












15 Februari 2013 - Sebuah Meteor telah jatuh di Russia di wilayah Urals telah merosakkan bangunan sekitarnya. Ratusan penduduk berhampiran yang mengalami cedera ringan telah mendapat rawatan dihospital berhampiran.

Menurut sumber laporan tidak rasmi, pihak tentera udara di Uzhumka telah mengambil tindakan meletupkan meteor tersebut menggunakan peluru berpandu pada altitud 20 kilometer sebelum ia jatuh ke bumi.

Mangsa Mengalami Kecederaan
Sekurang-kurangnya satu bahagian daripada meteor tersebut telah jatuh di Chelyabinsk. Ianya telah jatuh ke atas atap zink sebuah kilang berhampiran dan ianya juga telah mengakibatkan talian internet dan perkhidmatan telefon bimbit terganggu.

Saksi menyatakan, letupan meteor itu menyebabkan dentuman bunyi yang kuat seperti gempa bumi dan kilat yang berlaku didalam satu masa dan mereka juga dapat menyaksikan kepulan asap disepanjang perjalanan meteor tersebut sebelum jatuh ke bumi.


"Tahap radiasi berada didalam keadaan selamat" Lapor Kementerian Keselamatan disana.

Sumber : RT











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini