Iklan EKSKLUSIF

Artikel TERKINI

Friday, 14 November 2014

TUJUH Fenomena MISTERI Kehidupan

TUJUH Fenomena MISTERI Kehidupan



1. Déjà Vu

Déjà Vu adalah keadaan perasaan anda yang merasakan seperti pernah mengalami peristiwa yang sedang berlaku.

2. Déjà Vécu

Déjà Vécu adalah sama seperti Déjà Vu tetapi ia lebih detail. Jika Déjà Vu seolah anda pernah MELIHAT peristiwa yang sedang berlaku.

Tetapi Déjà Vécu anda seolah pernah MENDENGAR beserta dengan BAU, pengalaman yang anda sedang lalui.

3. Déjà Visité

Déjà visité adalah perasaan anda seolah-olah pernah lawati tempat yang anda lawati sekarang ini.

Apabila anda berjalan disatu tempat anda merasakan anda pernah pergi ketempat ini.

Mungkin didalam mimpi atau melalui pengalaman mistik anda.



4. Déjà Senti

Fenomena ini seolah anda sudah merasakan ianya telah berlaku.

Misalnya, anda merasakan anda sudah bercakap tentang sesuatu hal kepada rakan anda.

Sebenarnya anda tidak menyatakan lansung kepada rakan anda pun.

Ianya hanya berlaku didalam fikiran anda sahaja.




5. Jamais Vu

Jemais Vu ia berlawanan dengan Dejavu.

Ianya sesuatu yang anda tidak dapat pastikan.

Pengalaman ini berlaku apabila anda menyebut suatu perkataan misalnya perkataan 'biawak' banyak kali.

Apabila anda sebut banyak kali bunyi akan jadi pelik dan makin lama anda sendiri tidak faham apa yang anda sebutkan.



6. Presque Vu

Presque Vu, anda cuba mengingati sesuatu nama atau perkataan.

Ia seolah anda sudah nampak didalam minda anda perkataan atau nama itu, tetapi tak dapat menyebutnya.



7. L’esprit de l’Escalier

Perasaan atau pengalaman ini selalu berlaku didalam kehidupan seharian.

Pada ketika kita ingin menyampaikan sesuatu perkara, kita lupa atau tidak ingat apa yang hendak disampaikan.

Tetapi, bila kita sudah pulang atau tamat perbualan, baru kita ingat apa yang hendak disampaikan

Monday, 15 September 2014

9 Pengalaman 'REAL' Disaat Hampir MATI

9 Pengalaman 'REAL' Disaat Hampir MATI


Pengalaman ini bukannya diambil daripada kitab-kitab mana-mana agama. Tapi nukilan pengalaman mereka disaat hampir mati.

Inilah pengalaman yang mereka lalui:


1. Melihat Cahaya




Kebanyakkan menyatakan mereka melalui pengalaman melihat cahaya terowong yang cerah dipenghujung terowong.

2. Melihat Tubuh Sendiri





Pengalaman melihat tubuh sendiri juga pengalaman yang biasa diceritakan oleh mereka yang pernah merasai pengalaman hampir mati.

Terasa diri terapung dan dapat melihat tubuh sendiri yang sedang kaku. Dapat melihat keadaan sekeliling bilik dan mereka yang ada didalam bilik.

3. Berjumpa Dengan Malaikat Yang Menjaga





Ramai yang memberi laporan, bahawa mereka berjumpa malaikat yang membimbing mereka sepanjang perjalan hidup dimuka bumi.

Mereka akan ditemani oleh malaikat ini sehingga 'roh' dikembalikan ke jasad semula.


4. Berjumpa Dengan Ibu Yang Telah Meninggal Dunia



Kebanyakkan mereka yang pernah merasai saat hampir mati dapat berjumpa dengan arwah si ibu.


5.Berjumpa Dengan Saudara/Adik Beradik Yang Telah Mati



Pengalaman berjumpa dengan sanak saudara dan adik beradik yang telah mati, adalah suatu pengalaman yang biasa.


6. Melihat Semula Perbuatan Ketika Di Dunia



Mereka dapat melihat semula pengalaman/perbuatan yang paling manis dan pahit ketika didunia. Mereka dapat melihat peristiwa ini seakan menonton video.


7. Dapat Melihat Dan Mendengar Mereka Yang Ziarah 



Ramai yang dapat melihat dan mendengar mereka yang datang ziarah, tetapi tubuh tidak bermaya untuk berinteraksi.

8.Berasa Aman Dan Tenang





Merasa terlalu tenang dan aman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa ini tidak dapat dirasa oleh kita yang berada dialam fizikal ini.


9. Tidak Mahu Pulang Ke Jasad Semula




Rasa yang teramat aman dan tenang itu membuatkan ramai yang melalui saat pengalaman hampir mati ini, tidak mahu pulang ke jasad semula.

Jika perasaan disaat mati itu digambarkan seperti syurga, apa agaknya gambaran perasaan ketika terpaksa kembali ke jasad semula?


Sekiranya anda pernah merasai pengalaman ketika hampir mati, kemudian kembali ke jasad semula, bolehlah kiranya berkongsi pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Iklan Teks :

Telekung IMPORT Vietnam/Indonesia/Organza - KLIK

Anda mencari HOMESTAY di KELANTAN Pada Harga Ekonomi? - Klik

Ingin TERJEMAH Dokumen/Web/Produk Anda kepada bahasa Inggeris/Melayu/Korea? - Klik

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan

Artikel Popular Minggu Ini