Izinkan saya menulis dan bercerita berkenaan Jack The Ripper dengan secara ringkas (kalau bukan yang ringkas, memang kena buat penulisan 5 siri).
Trailer filem "Jack The Ripper"
Dikenali juga dengan nama "The Whitechapel Murderer" dan "Leather Apron", Jack The Ripper hanya menjadikan pelacur sebagai sasarannya. Hasil siasatan polis, jumlah sebenar pembunuhan adalah 5 orang wanita manakala 13 orang lagi mangsa lain, diragui sama ada perbuatan Jack atau bukan. Hampir kesemua mangsa Jack akan di kelar dari bahagian leher atau tekak sehingga ke abdomen. Isi perut serta organ-organ di dalam badan 3 antara 5 orang mangsanya pula dikeluarkan. Bahagian muka juga dicederakan. Pihak Scotland Yard percaya bahawa individu yang digelar Jack The Ripper ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang pembedahan serta anatomi badan manusia berdasarkan gaya pemotongan badan dan pengeluaran organ dari mangsa.
Letter "FROM HELL" (Surat "DARI NERAKA")
Pada Oktober 1888, pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Whitechapel, George Akin Lusk mengesyaki bahawa rumahnya sedang diperhatikan oleh seorang lelaki yang berjambang. Oleh kerana tidak sedap hati dan merasa terancam dengan kelibat lelaki asing itu, Lusk meminta perlindungan dari pihak polis. Pada 16 Oktober 1888, di rumah beralamat 1 Alderney Road, Mile End, Lusk menerima sebuah bungkusan yang tertera nama George Lusk serta dialamatkan kepadanya. Apabila Lusk membuka bungkusan tersebut, alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati sepucuk surat dan separuh ginjal manusia.
George Akin Lusk (1839 - 1919) |
- "From hell
- Mr Lusk
- Sor
- I send you half the Kidne I took from one women preserved it for you the other piece I fried and ate it was very nice. I may send you the bloody knif that took it out if you only wate a while longer
- signed
- Catch me when you can Mishter Lusk"
- "Dari neraka
- Encik Lusk
- Tuan
- Saya mengirim separuh ginjal yang diambil dari seorang wanita dan menyimpannya untuk anda separuh lagi saya goreng dan telah memakannya dan rasanya amat enak. Saya berkemungkinan menghantar pisau yang masih berdarah, yang digunakan untuk mengeluarkan ginjal tersebut tetapi anda harus menunggu lebih lama
- yang benar
- tangkap saya jika boleh Encik Lusk"
Surat "DARI NERAKA" yang dikarang Jack The Ripper |
Surat "From Hell" serta ginjal mangsa telah hilang dari simpanan pihak berkuasa beserta dengan fail jenayah Jack The Ripper. Sehingga ke hari ini, tidak ada seorang pun yang tahu identiti sebenar penjenayah tersebut walaupun terdapat lebih kurang 27 suspek yang disyaki oleh penguat kuasa, orang ramai, wartawan serta penyelidik di era lain.
5 Mangsa Utama Jack The Ripper
MARY ANN NICHOLS
26 Ogos 1845 – 31 Ogos 1888 |
ANNIE CHAPMAN
September 1841 – 8 September 1888 |
ELIZABETH STRIDE
27 November 1843 – 30 September 1888 |
Elizabeth adalah seorang wanita gagap yang mempunyai 9 orang anak. Pada malam kematiannya, di mengenakan jaket bewarna hitam dan skirt. Pada jam 12.35am, Liz dilihat dengan seorang lelaki yang memakai topi ala Charlie Chaplin dan membawa bungkusan sepanjang 18 inci. Mayat Liz ditemui hampir pukul 1.00am. Namun mayatnya tidak di "kerja" kan oleh pembunuh. Yang ada hanyalah luka sembelihan di bahagian tekak dan beberapa luka lain di bahagian rahang dan muka. Kemungkinan besar, pembunuhnya tidak sempat "mengerjakan" mayat Liz kerana dia ditemui awal.
CATHERINE EDDOWES
14 April 1842 – 30 September 1888 |
Catherine Eddowes dibunuh lebih kurang sejam selepas pembunuhan Elizabeth Stride. Adakah pembunuh tersebut tidak mendapat kepuasan kerana gagal untuk mengerjakan mayat Elizabeth, lalu dibunuh pula wanita ini dan mengerjakannya 2 kali lebih teruk? Pada hari Sabtu, 8.30pm, Catherine ditemui tidak sedarkan diri kerana mabuk oleh seorang pegawai polis yang kemudiannya membawa wanita tersebut ke lokap. Setelah kesan arak hilang di dalam sistemnya, dia dibebaskan polis pada jam 1.00am. Jalan pintas menuju ke rumahnya berada di sebelah kanan tetapi sebaliknya dia menuju ke kiri dan tidak diketahui motifnya. Kali terakhir dia dilihat hidup oleh 3 orang saksi yang baru pulang dari kelab malam berdekatan adalah pada jam 1.35am. Ketika itu, dia sedang berbual dengan seorang lelaki bermisai, berkulit cerah, berjaket ala tentera laut, berselendang merah dan bertopi leper. 10minit kemudian, mayat Catherine ditemui oleh seorang polis peronda, Edward Watkins. Mayat wanita ini berada dalam keadaan terlentang dengan kepalanya dihadapkan ke bahu kiri. Pakaiannya tersingkap sehingga ke bahagian abdomen. Mukanya cedera teruk, luka melintang di bahagian tekak. Organ dalaman dikeluarkan dan ditempatkan di bahagian bahu kanann mangsa. Ginjal sebelah kirinya telah diambil oleh pembunuh.
MARY JANE KELLY
1863 – 9 November 1888 |
Pada pagi 9 November 1888, John McCarthy, tuan rumah Kelly menghantar salah seorang pekerja beliau untuk mengutip sewa rumah kerana sudah 6 minggu wanita tersebut tidak membayar sewanya. Sejurus selepas 10.45am, pekerja yang bernama Bowyer mengetuk pintu bilik Kelly namun tiada jawapan. Bowyer melihat ke dalam bilik tersebut melalui tingkap dan alangkah terkejutnya Bowyer melihat keadaan mayat kelly seperti gambar yang dipamerkan di atas. Ketika polis tiba di tempat kejadian, pintu bilik Kelly berkunci dari dalam manakala terdapat beberapa pasang pakaian terbakar di bahagian pendiang. Polis berpendapat bahawa pembunuh sengaja membakar pakaian-pakaian tersebut bagi menghasilkan cahaya di dalam bilik itu memandangkan keadaan yang gelap. Hasil bedah siasat mendapati, Kelly dibunuh di antara jam 2 hingga 8.00am. Mayatnya terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah katil, kepalanya dipalingkan ke kiri, tangan kanan yang hampir tercabut diletakkan berdekatan dengan badan. Kakinya terkangkang luas dan kerana organ dalamannya dikeluarkan menampakkan isi badannya yang bolong. Payudara wanita tersebut dipotong, dan mukanya hancur sehingga tidak dapat dikenalpasti. Tisu di bahagian leher potong sehingga ke tulang. Organ-organ dalamannya ditemui di merata-rata tempat. Rahim, ginjal dan sebelah payudaranya ditempatkan di bawah kepala, sebelah lagi payudaranya terletak di tapak kaki kanan, hatinya berada di antara kedua-dua belah kaki, usus di sebelah kanan dan limpa di sebelah kiri badan, kulit abdomen tercabut dan kedua-dua pehanya diletakkan di atas meja.Hidung, pipi, kening, telinga, dipotong, bibir melecur dan terdapat luka sehingga ke dagu dan beberapa torehan panjang lain di keseluruhan muka. Lehernya ditikam sehingga tembus ke tulang belakang.
Alangkah kejamnya pembunuhan yang dilakukan. Kelly dipercayai sebagai mangsa terakhir Jack The Ripper. Adakah Jack tahu itu adalah mangsa terakhirnya lalu di"cacatkan" mayat Kelly 10 kali lebih dahsyat dari mangsa-mangsanya yang lain? 13 pembunuhan kejam selepas kelima-lima mangsa wanita ini diklasifikasikan sebagai "Jack Ripper Wannabe Killings" kerana ciri-ciri modus operandi tidak sama dengan 5 pembunuhan di atas. Adakah Jack seorang pakar bedah? Adakah dia seorang pakar anatomi? Atau mungkin Jack seseorang yang bekerja di sektor memotong daging. Adakah mungkin jenayah yang dilakukan berasas dari DENDAM terhadap isteri, teman wanita atau orang tersayang yang telah berselingkuh dengan lelaki lain? Atau mungkinkah DENDAM terhadap komuniti pelacur yang bertanggungjawab memberinya penyakit kelamin yang mengganggu kehidupan seharian seperti Siflis? Apa jua pekerjaan serta motif lelaki ini membunuh, tidak akan diketahui dan kekal misteri sehingga ke hari ini.
Akhir kata dari saya
ADAKAH KEMUNGKINAN JACK THE RIPPER SEBENARNYA SEORANG WANITA?